1 June 2014

BEBASKAN DIRI DARI DIABETES

Kencing manis boleh dikategorikan kepada 2 jenis :
(1) Type 1 Diabetes Mellitus
(2) Type 2 Diabetes Mellitus


Menurut Dr Zulkarnain A. Hamidy (Physician di SALAM) Type 2 Diabetets Mellitus & Gestational Diabetes mempunyai hubungkait dengan faktor keturunan di mana anak-anak pesakit mempunyai risiko yang lebih besar untuk menghidapi kencing manis semasa dewasa. Lazimnya, Type 2 Diabetes Mellitus lebih kerap dihadapi oleh mereka yang berusia lebih 40 tahun.

Manakala Type 1 Diabetes Mellitus terdedah kepada remaja & individu berumur 20an.

Bagi wanita hamil pula, walaupun tidak pernah mengalami Diabetes, boleh mendapat ketika hamil. Ia dipanggil Gestational Diabetes iaitu keadaan di mana wanita tanpa sebelum ini disahkan diabetes mempamerkan tahap glukosa yang tinggi di dalam darah semasa mengandung (terutamanya semasa trimester ketiga). Gestational Diabetes adalah disebabkan apabila reseptor insulin tidak berfungsi dengan betul. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor yang berkaitan dengan kehamilan seperti kehadiran 'plasenta lactogen' yang mengganggu reseptor insulin yang terdedah. Ini seterusnya menyebabkan paras gula dalam darah naik secara tidak menentu.

Diabetes semasa hamil boleh menyebabkan kesan negatif terhadap kandungan seperti kematian fetus (intra urine death), bayi besar (macrosomia), air ketuban yang banyak (polyhydramnion), kelahiran tidak cukup bulan dan respiratory distress syndrome. Kemungkinan untuk pengidap Gestational Diabetes untuk mendapat Type 2 Diabetes Mellitus selepas bersalin adalah tinggi. Selain itu juga berisiko menurunkan faktor genetik kepada bayi mereka bila dewasa kelak.

Selain itu, faktor usia mendorong risiko untuk mendapat Type 2 Diabetes Mellitus ini. Oleh itu langkah penjagaan sejak awal sangat penting bagi mengelakkan risiko ini.

Di samping itu, faktor obesiti yang disebabkan pengambilan makanan yang tidak terkawal adalah punca Diabetes. Nak tau samada berat badan anda ideal atau tidak, perlu rujuk kepada body mass index (BMI) sebagai rujukan atau panduan. Bahagikan berat badan (Kg) dengan ketinggian badan (meter). BMI sepatutnya antara 18.5 hingga 22.9. Lebih dari itu anda dianggap obes.

Pengambilan makanan mengikut diet yang betul sangat penting bagi mengawal paras gula di dalam darah. Jika anda mempunyai tanda-tanda diabetes, anda perlu mengawalnya agar tidak menjadi lebih kronik.

TANDA-TANDA KENCING MANIS
- kerap membuang air kecil
- suka minum minuman manis dengan kerap
- kehilangan berat badan secara mendadak
- gangguan penglihatan (rabun)
- jangkitan kulit
- kebas tangan & kaki

BAGAIMANA NAK MENGAWAL DIABETES
-Dari segi pemakanan, pesakit diabetes atau mereka yang berisiko mendapat penyakit ini perlu menghadkan pengambilan KARBOHIDRAT dan makanan yang telah diproses.
-Bagi ibu menyusu bayi dengan susu badan, menghadkan pengambilan karbohidrat tidak akan menjejaskan penghasilan susu kerana bukan berhenti terus tetapi hadkan saja.
-Pastikan anda sentiasa bersenam mengeluarkan peluh, selama setengah jam setiap kali, sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali seminggu.

PANDUAN MENU
Sarapan Pagi
- 1 biji telur
- 1 - 2 keping roti serat, toasted 
- Segelas susu rendah lemak & air

atau 
- 2 keping biskut kering
- Segelas susu rendah lemak & air

Makan tengahari
- Sandwic ayam
- Ikan tuna dgn tomato, lettuce
- Epal saiz sederhana
- Segelas susu rendah lemak & air

Makan malam
- Ayam (bahagian dada)
- Salad
- Roti serat
- Epal saiz sederhana
- Segelas susu rendah lemak & air

Snek
- Sekeping roti serat dengan ayam atau keju
- Segelas susu rendah lemak & air

SUPPLEMENT UNTUK PESAKIT DIABETES


Pesakit kencing manis juga sangat digalakkan mengamalkan VIVIX  untuk kesan yang lebih baik dan cepat . 

Vivix merupakan supplement antioksidan terbaik yang boleh memperbaiki sel.

Insya-Allah, dengan pengambilan secara istiqomah dan doa serta tawakal pastinya diabetes anda dapat dikawal.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign