27 October 2014

BELL'S PALSY

Beberapa hari lepas, seorang sahabat beritahu yang ibunya diserang Bell's Palsy. Katanya sebelah muka tak berfungsi.

Saya cari di Internet... apa itu Bell Palsy.

Menurut Wikipedia :
Bell's Palsy adalah satu penyakit lumpuh saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena penyakit ini. Ia selalunya bersifat sementara. 

Ia boleh didapati dalam 2 di antara 10,000 orang

Beberapa keadaan boleh menyebabkan kelumpuhan muka seperti barah otak, strok dan penyakit Lyme. 

Penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi dari Scotland bernama Charles Bell yang pertama kali menemuinya.

GEJALA
Gejala penyakit ini selalunya bermula secara tiba-tiba, daripada biasa kepada teruk. Gejala-gejala ini termasuk:
♣perubahan dan luahan muka (contohnya mengerenyot muka)
♣kesukaran ketika makan dan minum
♣melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
♣kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
♣mata atau mulut yang kering
♣rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
♣kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
♣sakit kepala
♣kehilangan deria rasa
♣sakit di belakang atau di depan telinga
♣kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
♣gerenyetan di muka
♣rasa lemah di muka

Sesetengah pesakit boleh merasai kelainan pada wajahnya beberapa hari sebelum diserang Bell’s palsy seperti rasa kebas, sakit bahagian telinga dan rasa kelainan pada lidah.

Biasanya, Bell’s Palsy menyerang secara random di kalangan mereka yang berusia, wanita selepas bersalin atau ketika kedatangan haid, remaja dan mereka yang mengalami stres. Malah, ada juga kes yang berlaku di kalangan kanak-kanak namun peratusannya sangat rendah.

Serangan boleh dikelaskan kepada gred tertentu daripada sederhana hingga teruk dan segelintir mengalami kelumpuhan kedua-dua belah bahagian.

PUNCA
Punca yang dikenalpasti mungkin disebabkan radang akibat jangkitan viral seperti herpes yang menyebabkan saraf muka menjadi bengkak. Saraf tersebut bergerak melalui tengkorak dalam saluran tulang kecil di bawah telinga.

Disebabkan ia membengkak dan mampat dalam saluran tulang yang sempit, dipercayai keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan atau perencatan pada saraf tersebut. Namun itu hanya sebahagian daripada punca yang dikenalpasti kerana punca sebenar tidak diketahui.

Selain itu, beberapa punca mungkin mempunyai kaitan dengan serangan Bell’s palsy seperti trauma, faktor sekeliling, emosi dan metabolik tidak stabil.

RAWATAN
Dalam banyak kes, tiada rawatan diperlukan. Cuma, tujuan rawatan adalah untuk mengurangkan gejala.

Hampir 50% pesakit boleh pulih dalam masa 2 hingga 3 minggu malah ada yang menunjukkan pemulihan dalam tempoh 10 hari tanpa sebarang rawatan khusus.

Sementara itu, 35 hingga 40% mengambil masa lebih kurang setahun untuk pulih dan hanya 5% yang tidak pulih sepenuhnya di mana wajah mereka kekal menunjukkan mengalami Bell’s Palsy.

Ubat kortikosteroid atau antiviral mungkin boleh mengurangkan bengkak dan mengurangkan tekanan pada saraf muka. Pesakit mesti mengambil drug ini pada awal waktu (seboleh-bolehnya dalam masa 24 jam apabila gejala bermula) untuk lebih berkesan. Walau bagaimanapun, tidak ada kajian yang diterbitkan yang menunjukkan ubat antiviral boleh mempercepatkan proses pemulihan daripada Bell's Palsy.

Pembedahan untuk melegakan tekanan ke atas saraf masih kontroversi dan belum menunjukkan memberi faedah kepada pesakit Bell's Palsy.

Pesakit dinasihatkan mendapatkan rawatan awal dalam masa 48 jam selepas serangan berlaku bagi memudahkan proses pemulihan.

Pesakit disarankan melindungi mata mereka daripada terdedah dengan memakai pelindung dan menitis ubat cecair bagi mengelak mata menjadi kering akibat kesukaran mengerdip mata.

Rawatan fisioterapi kadangkala diberi kepada pesakit bagi membantu menguatkan otot terjejas dan sebagai stimulasi kepada saraf yang terlibat. Jenis-jenis fisioterapi yang biasa diberi adalah urutan muka, senaman otot muka dan stimulasi elektrik. Namun berdasarkan daripada kajian, fisioterapi tidak membantu sepenuhnya.

TIPS UNTUK PESAKIT BELL'S PALSY
1. Tuam bahagian yg terlibat. Boleh gunakan batu sungai yang kecil, panaskan di atas api, kemudian tuam bahagian muka pesakit dua kali sehari.
2. Elakkan tidur di bawah kipas yang laju atau aircond yang terlalu sejuk.
3. Kurangkan minum minuman sejuk atau berais.
4. Lakukan akupuntur.
5.Amalkan senaman muka.

CUBA CARA ALTERNATIF - VIVIX
Salah satu supplement Shaklee yang terbaik di dunia ialah VIVIX. Bukan sahaja terbukti sebagai ejen anti-penuaan, ia juga menyokong kesihatan otak dan urat saraf. 

“Dan dari buah tamar (korma) dan anggur, kamu jadikan daripadanya minuman haram dan makanan serta minuman yang halal sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang- orang yang mahu menggunakan akalnya.” (Surah Al-Nahl ayat 67).

Sungguh hebat ciptaan Allah malah jus anggur merah juga mengandungi resveratrol iaitu sebatian di dalam buah anggur yang berkhasiat bagi meningkatkan kesan ubat kanser yang terdapat di dalam segelas jus anggur merah. Ia merupakan bahan antioksidan yang kuat, dihasilkan oleh tanaman seperti anggur, raspberi, cranberi, dan kacang tanah untuk melawan jangkitan bakteria dan kulat.

Antara kandungan Vivix adalah anggur muscadine iaitu anggur liar yang mempunyai 20 kromosom (anggur biasa 19 kromosom). Oleh kerana pasangan tambahan kromosom ini, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol.

Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Banyak fitonutrien (phytonutrients) hadir dalam anggur muscadine telah diiktiraf sebagai antioksidan dan agen anti-radang yang paling berkuasa terutama pada kulit dan bijinya.

Anggur muscadine adalah rendah lemak dan sodium, dan mempunyai jumlah kalium, serat dan sumber vitamin C yang sihat. Fiber dalam anggur muscadine melebihi fiber dalam oat.

Anggur muscadine mempunyai kulit yang tebal. Kulit yang tebal ini memberikan anggur muscadine ketahanan semula jadi untuk penyakit, kulat dan serangga dan di mana banyak kuasa antioksida anggur muscadine disimpan.

Anggur muscadine mempunyai kuasa antioksidan yang lebih banyak daripada anggur yang lain. Berdasarkan ukuran standard ORAC, anggur muscadine telah diukur setinggi 6,800 per 100 gram, berbanding 739 untuk anggur merah . Kulit anggur muscadine sahaja mempunyai kira-kira 6-8 kali ganda kapasiti antioksidan berbanding keseluruhan blueberry.

Selain dalam Vivix, Vitamin E Shaklee juga mengandungi ekstrak anggur merah yang tentunya menjadikan ia satu antioksidan yang hebat.








TESTIMONI
Ima & Bells Palsy: "I take vivix from shaklee for my bell's palsy. I also take b complex and few other supplements... it is getting better and better everyday...less spasm...and my synkinesis improves tremendously..."































Rujukan / kredit kepada:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Palsi_Bell
http://www.sihatselalu.com.my/2011/09/bells-palsy-lumpuh-sarafotot-muka.html
http://pablodeaskoba.blogspot.com/2012/05/bells-palsy.html
http://www.vitaminasli.my/2014/07/cara-merawat-bells-palsy-tanpa-ubat.html#sthash.F0oYxxf1.dpuf
http://goodlifewithnaturalsupplement.blogspot.com/2014/09/testimoni-shaklee-dan-bell-palsy.html

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign