30 December 2014

MENGAPA SAYA ADA FIBROID?

  

APAKAH ITU FIBROID 
Fibroid adalah sejenis tumbuhan daging yang berasal dari otot rahim dan ia merupakan tumbuhan yang paling sering melanda wanita.

Fibroid (juga dikenali sebagai myomas) adalah benigna (bukan kanser) yang tumbuh di dalam uterus (rahim). Ia boleh melekap pada dinding rahim dengan tangkai, seperti dalam polip, boleh tumbuh di dalam dinding rahim, atau hanya menganjur keluar dari dinding ke dalam rongga rahim.

Ada yang tumbuh satu sahaja dan saiznya sangat besar, ada yang banyak ketul tapi kecil-kecil. Kawan saya pernah dibuang fibroid yang berpuluh-puluh ketul dalam satu pembedahan.

Sebenarnya, rahim mempunyai tiga (3) lapisan.
(1) Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa.

(2) Lapisan tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi.
Setelah bersalin, otot ini akan menguncup dan pulih seperti sediakala.

Ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung.

(3) Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium.
Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid.

Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.

Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain.

Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang yang dinyatakan tadi.

JENIS-JENIS FIBROID
Jenis-jenis fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim

(1) Intramural 
Tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Boleh menyebabkan rahim bengkak dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.

(2) Submucosal 
Juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling high possibility menyebabkan gejala-gejala yang ketara.  Fibroid ini dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh berlanjutan hingga ke dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

(3) Subserosal 
Juga dipanggil fibroid subserous yang tumbuh di luar rahim. Fibroid ini selalunya memberi gejala yang paling minima, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

GLA Shaklee jenis fibroid

SIMPTOM FIBROID
Ramai wanita yang ada fibroid dalam rahimnya tanpa disedari, ia tidak menimbulkan apa-apa simptom atau gejala.

30% dari wanita yang telah meningkat umur 40an, ada tumbuhan fibroid.

MENGAPA FIBROID TUMBUH?
Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui.
Ia tumbuh pada sesetengah orang, sedangkan pada yang lainnya tidak.

Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25% daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mendapatkan rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda dan tidak menggangu kesihatan.

Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak.

Ada juga kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan mengalami fibroid.

Bagi wanita ini, di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.

FIBROID DAN KETIDAKSUBURAN - MANA SATU DULU?
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid.

Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau umur 30an atau 40an dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.

FIBROID BERKAITAN HORMON?
Wanita mempunyai 2 jenis hormon:
(1) Estrogen
Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid

(2) Progesteron
paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu 2 minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang

Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti
- pendarahan yang tidak tentu masa,
- ketumbuhan fibroid pada rahim, serta
- keadaan ketidaksuburan atau kemandulan


Secara hipotesisnya, adalah diketahui bahawa terlalu banyak estrogen membuat fibroid berkembang.

Apabila kita semakin tua dan kita mengeluarkan kurang estrogen, fibroid akan mengecut. 

Walau bagaimanapun, ada wanita yang mengalami ketidakseimbangan hormon yang teruk akan mengalami pertumbuhan atau pengecutan fibroid yang tidak rasional.

BAGAIMANA ESTROGEN DAN PROGESTERON JADI TIDAK SEIMBANG?
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak.

Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang.

Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu.

Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang.

Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

PENGARUH LAIN TERHADAP TUMBUHNYA FIBROID
Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.


KESIMPULAN
Dengan demikian, mengimbangi hormon adalah amat perlu dijadikan matlamat kerana lebih seimbang hormon, lebih berkurangan kemungkinan anda akan menghadapi masalah dengan fibroid.

Bagaimana caranya untuk kecutkan fibroid? KLIK SINI.

Rujukan : 
http://pakar-sakitpuan.blogspot.com/2011/03/apa-punca-fibroid.html
The Wisdom of Menopause- Christiane Northrup, MD)


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign