24 January 2015

9 FAKTA BERKENAAN ZINK YANG ANDA TIDAK TAHU

APA ITU ZINK?
Zink ialah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.
Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan.
Ia membantu sistem imun melawan bakteria jahat dan virus.
Badan juga memerlukan zink untuk membina protein dan DNA, bahan genetik dalam semua sel-sel.

Zink diperlukan oleh lelaki, ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak untuk membesar dan berkembang dengan baik.

Zink juga membantu luka untuk cepat sembuh terutamanya bagi mereka yang membuat pembedahan dan bersalin. Di samping itu, zink juga penting bagi deria rasa dan bau.

Ramai yang mengambil mudah tentang kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Badan kita tidak menghasilkan zink. Zink hanya boleh didapati daripada makanan atau makanan tambahan (Zinc Complex Shaklee)
Zinc Complex

SIAPA PERLUKAN ZINC COMPLEX?
(1) Lelaki dan wanita (dari bayi hingga warga tua)
(2) Wanita mengandung (mengelakkan diabetes semasa hamil) dan menyusu
(3) Orang yang menjalani pembedahan atau mempunyai masalah gangguan pencernaan (seperti ulsur kolitis atau penyakit Crohn)
(4) Vegetarian kerana mereka tidak memakan daging yang merupakan satu sumber zink yang baik.
(5) Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi melebihi umur 6 bulan. Makanan seperti daging puri adalah disarankan.
(6) Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan kadar zink yang diserap oleh badan dan meningkatkan jumlah yang hilang melalui urin.
(7) Orang yang mempunyai penyakit sel sabit.

BERAPA BANYAK ZINK YANG SAYA PERLUKAN?
Jumlah zink yang diperlukan setiap hari bergantung kepada umur. Jumlah purata harian yang disyorkan untuk umur yang berbeza disenaraikan di bawah:

HAD SELAMAT ZINK?
Tanda-tanda zink terlalu banyak termasuk rasa loya, muntah, hilang selera makan, kekejangan perut, cirit birit dan sakit kepala.

Apabila mengambil zink terlalu banyak untuk jangka masa yang panjang, masalah seperti tembaga yang rendah, imuniti badan yang lemah dan paras kolesterol HDL (kolestrol baik) yang rendah.

Had selamat zink disenaraikan di bawah. Tahap ini tidak termasuk bagi orang yang mengambil zink atas nasihat doktor perubatan.

SUMBER SEMULAJADI ZINK
(1) Daging: kandungan zink yang tinggi dalam daging panggang dan daging rebus.
(2) Makanan laut: Tiram merupakan sumber makanan yang mengandungi zink paling tinggi. Zink seringkali hilang semasa proses memasak. Untuk mengekalkan kandungan zink, masak makanan dengan air sesedikit yang mungkin dan dalam waktu yang singkat.
(3) Produk tenusu: yogurt, keju dan susu mengandungi zink
(4) Biji-bijian dan kekacang: tepung gandum, bijirin kering, biji labu, kacang almond dan biji bunga matahari merupakan sumber zink yang baik.

PERBEZAAN ZINC COMPLEX SHAKLEE
- Dirumus daripada zinc glukonat semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah diserap oleh tubuh.
- Sesuai untuk pengambilan jangka panjang
- Berkesan dalam mengeluarkan logam toksin seperti kadmium dan plumbum daripada tubuh.

KEBAIKAN ZINC COMPLEX SHAKLEE
(1) Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T cells untuk menentang kanser dan menghalang jangkitan penyakit
(2) Diabetes - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
(3) Kanser prostat - pengambilan zinc complex dapat mengurangkan pembengkakkan prostat sebanyak 70%
(4) Ovulasi wanita - wanita memerlukan zink untuk ovulasi. Zink juga membantu pengucupan uterus untuk mengembalikan daya tahan.
(5) Memperbaiki radang kulit - pengambilan zinc complex dapat memperbaiki radang kulit seperti jerawat
(6) Jerawat - zinc complex bertindak dengan mengawal selia jumlah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
(7) Kelesuan kronik
(8) Mengekalkan deria bau 
(9) Kemampuan seks lelaki - zinc yang cukup penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma.
(10) Gugur rambut/ botak - zink mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel.
(11) Membentuk kolagen - zink membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
(12) Penyembuhan luka yang cepat - zink mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam 
(13) Rabun malam

KESAN KEKURANGAN ZINK
(1)  Pertumbuhan perlahan bagi bayi dan kanak-kanak
(2) Perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki
(3) Rambut gugur
(4) Cirit-birit
(5) Mata dan kulit luka
(6) Hilang selera makan
(7) Kehilangan berat badan
(8) Masalah penyembuhan luka
(9) Keupayaan untuk merasa dan menghidu makanan/ bau
(10) Tahap kecerdasan yang rendah

INTERAKSI ZINK YANG PERLU ANDA TAHU
Makanan tambahan zink boleh berinteraksi atau mengganggu pengambilan ubat-ubatan lain yang dimakan. Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh menurunkan paras zink dalam badan.

Contoh:
(1) Mengambil tambahan diet zink bersama quinolone / antibiotik tetracycline (seperti Cipro, Achrornysin dan Sumycin) mengurangkan jumlah zink dan antibiotik yang diserap oleh badan.

Lebih elok mengambil antibiotik sekurang-kurangnya 2 jam sebelum atau 4-6jam selepas mengambil makanan tambahan zink bagi membantu mengurangkan kesan ini.

(2) Makanan tambahan zink boleh mengurangkan jumlah penicillamine (dadah yang digunakan untuk merawat artritis reumatoid). 

(3) Diuretik thiazide (seperti chlorthalidone - jenama Hygroton dan hydrochlorothiazide - jenama Esidrix dan HydroDIURIL) meningkatkan kehilangan zink melalui urin. Mengambil thiazide diuretik untuk jangka masa yang panjang boleh mengurangkan jumlah zink dalam badan.



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign