27 June 2015

LELAKI PUN MENOPAUS SEPERTI WANITA?

Kita selalu mengambil berat tentang menopaus wanita, risau kesannya ke atas isteri / ibu kita.. betul tak?

Rupanya lelaki pun ada keadaan menopaus juga  yang perlu diambil tahu dan diambil berat.

Jom kita baca lebih lanjut tentang menopaus lelaki dan cara-cara untuk melambatkan andropos.

ANDROPOS
Menopaus lelaki dinamakan ANDROPOS - dikatakan hasil daripada penurunan beransur-ansur dalam testosteron, yang merupakan androgen. 

Apabila andropos berlaku, ia dianggap sebagai keadaan di mana kekurangan testosteron hormon berada di bawah julat normal untuk seorang lelaki tua. 

Ia adalah fenomena yang hampir sama dengan menopaus kecuali:
(1) Ia berlaku secara perlahan-lahan.
(2) Tiada tanda-tanda jelas seperti putus haid dalam menopaus 

BAGAIMANA TERJADINYA ANDROPOS?
Andropos adalah disebabkan oleh pengurangan hormon testosteron di kalangan lelaki pertengahan umur.

Andropos juga dikaitkan dengan penurunan sel-sel Leydic. 

APAKAH ITU HORMON TESTOSTERON?
- Testosteron dihasilkan oleh sel-sel Leydic di testis.
- Ia menentukan bentuk organ jantina lelaki, pembentukan bulu badan dan 
   corak kebotakan lelaki.
- Testosteron adalah perlu untuk nafsu keinginan seksual, ketegangan zakar 
  dan pancutan sperma.
- Testosteron juga menyumbang kepada beberapa fungsi metabolik termasuk 
  pembentukan tulang dan fungsi hati.
- Testosteron membantu badan lelaki dalam membina protein dan ia adalah penting untuk memandu seksual normal dan stamina

FAKTOR RISIKO PENURUNAN TESTOSTERON
Faktor-faktor luaran yang boleh menyebabkan pengurangan hormon testosteron adalah termasuk 
(1) pengaruh ubat 
(2) pemakanan yang tidak sihat
(3) merokok
(4) penyakit
(5) kekurangan tidur
(6) kekurangan aktiviti seks
(7) tekanan
(8) pengambilan alkohol yang berlebihan
(9) pembedahan. 

UMUR TERJADINYA ANDROPOS
Kejadian Andropos di kalangan lelaki dianggarkan:
2%-5% semasa berumur 40 - 49
6% - 30% semasa berumur 50 - 59
20% - 45% semasa berumur 60 - 69
34% - 70% semasa berumur 70 - 79
91% bila berumur 80 ke atas

SIMPTOM ANDROPOS
Tidak seperti wanita yang mengalamai menopaus apabila berhentinya darah haid, anda boleh mengesan yang anda mengalami Andropos apabila ada tanda-tanda berikut :

(1) Masalah ketegangan zakar
(2) Nafsu seks rendah
(3) Perubahan perasaan menjadi letih, cepat meradang, murung dan
     pemarah
(4) Masalah tidur
(5) Bulu-bulu tubuh berkurang
(6) Saiz dan kekuatan otot berkurang
(7) Peningkatan lemak tubuh
(8) Hilang daya ingatan
(9) Osteoporosis (Tulang rapuh dan nipis)
(10) Daya tumpuan yang lemah
Walaupun begitu, tidak semua lelaki mengalami tanda-tanda dan tahap perubahan yang sama, dan setengahnya tidak mempunyai tanda-tanda langsung.

APA TERJADI BILA ANDA ANDROPOS?
Kebiasaannya, apabila lelaki telah andropos, ia akan menyebabkan semangat kelelakian yang ada pada mereka mula berkurangan dan berasa seolah-olah kehilangan sesuatu dalam kehidupan harian yang dilalui.

Selain mengalami panas badan, rasa gementar dan sukar tidur, mereka juga dikatakan lebih mudah tersinggung dan cepat penat jika melakukan sesuatu tugas.

Manakala perubahan fizikal dapat dilihat apabila kulit didapati mula kering dan berkedut.

MELAMBATKAN ANDROPOS
Anda pasti tidak mahu cepat andopos bukan? Pasti anda masih mahu menikmati aktiviti semasa muda seperti aktiviti seksual bersama isteri serta aktiviti harian biasa dengan keadaan normal kalau tidak seperti muda, sekurang-kurangnya dengan lebih selesa bukan?

JAGA KELELAKIAN ANDA DENGAN SUPPLEMENT



KESIMPULAN
Kaum lelaki dinasihatkan agar mengenali dan memahami masalah seumpama ini lebih awal lagi serta mendapatkan nasihat pakar agar dapat dibantu demi kebahagiaan diri dan keluarga mereka. 

Amalan memakan makanan sunnah di samping supplement seperti Set Kesihatan Lelaki Shaklee adalah sangat digalakkan untuk melambatkan penuaan dan Andropos khususnya.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign