9 October 2015

PENAPIS AIR : MURAH KE MAHAL KE MUDAH?

Dalam entri saya yang lepas, iaitu Apa yang ada dalam air minuman anda?, saya ada bertanya samada kita perlukan penapis air? Jawapan saya YA. Saya pasti anda pun sama...memang kita perlukan penapis air. Of course perlu!

Persoalan seterusnya : 

PENAPIS AIR YANG MANA ANDA PILIH, MURAH KE MAHAL? KENAPA?

Yang berduit biasanya tak berkira, mahal ke murah ke.. mana mereka berkenan, ambil & beli saja. Janji hati suka & memenuhi kriteria. Mesti anda semua fikir yang berduit mestilah beli yang mahal .. kan? Sebab biasanya yang mahal tu bagus. (Eh ye ke? Hmm.. kita tengok nanti)

Yang tak berapa berduit pulak (atau yang berduit tapi jimat cermat), biasanya akan berkira-kira, "Err.. yang mana paling murah tapi bagus?" Of course nak yang bagus.. tapi nak harga yang murah. Ada yang beli yang mahal tapi bayar ansuran... murah jugak la kiranya sebulan kena bayar.. tak kisah kan. Asalkan tak semua duit habis dalam sebulan.

Murah tu berapa RM bagi anda?


Kalau bagi saya, saya banding produk A dengan B dengan kualiti yang sama. Baru bandingkan harga.. hehe. boleh tak macam tu?

Subjektif la harga ni, murah kat si A, mahal pulak pada si B.

Ok. Takyah main teka teki.

Just nak share dengan anda semua.. saya gunakan penapis air Bacfree. Air kat rumah saya ni berkarat macam apa je. Maybe sebab rumah ni dah berusia 20 tahun lebih... paip yang digunakan pun dah berkarat kot. Kebanyakan rumah kat kawasan taman perumahan sini saya nampak masing-masing ada penapis air bulky macam roket kat luar rumah mereka.

Tujuan utama saya guna penapis air Bacfree ni, first and foremost sebab air kat rumah saya ni karat dia- masyaa Allah. Bukan setakat kekuningan.. tapi karat tahap maksima. Bila masuk tangki, boleh imagine la kat dasar tangki tu macamana kan? Rumah tu pulak dah berpuluh tahun... So, masa renovate pada tahun 2011, suruh kontraktor cuci tangki as soon as sebelum install penapis ni. Kalau tidak, takdak maknanya la letak penapis pun.
AIRKARAT
Air karat kat rumah saya
semasa buat bacwash pagi tadi

So, penapis ini akan menapis air sebelum memasuki rumah saya. So, air untuk mandi, membasuh dan menyiram pokok pun tak berkarat.

Kat dalam rumah pulak ada satu lagi penapis air untuk minuman, jenama Bacfree juga. Dapat murah sikit sebab dah beli yang luar punya.. harga pakej. So, tak payah masak air pun takpa, insyaa Allah selamat. So far so good. 

Masa tu memang taktau ada penapis air yang "murah" & "mudah"... murah daripada bacfree ni la of course. Tapi saya tak menyesal install penapis kat luar tu sebab nakkan air mandi, basuhan, dsbnya yang bebas karat. Cuma, kalau tau ada, tak perlu install yang dalam rumah ni pun takpa..hehe.. Tapi tak kisah lah, dah ada kan. Ia memudahkan juga. Satu lagi, nak kena buat bacwash setiap 2 minggu sekurang-kurangnya, untuk buang karat yang dah ditapis tu. Tu gambar kat atas tu semasa proses bacwash. Yang kat dalam rumah ni pulak, kena buka & cuci penapis dia macam ceramic, pastu letak balik. After a few years baru tukar. Menyusahkan bila kena buka tu.. tapi suami yang buat semua kerja tu.

Anak masuk asrama


Dah, apa kaitan cerita penapis air kat rumah dengan anak masuk asrama pulak ni.

Hehe.. sebenarnya nak cerita, bila anak masuk asrama dan bagitahu dia selalu minum air kosong dan selalu beli air dari mesin kat bawah asrama tu. Risau juga dengar cerita tentang air yang dibeli dari mesin. Takut mesin tu tak diservis ke..tercemar ke.. bawa penyakit lain pulak.

Jadi, saya pun belikan penapis air yang harganya tak semahal bacfree dan mudahalih pulak tu. 

Ni nak cerita ni tentang penapis air tu. Teruja sangat.

Penapis air murah dan mudah


Penapis air tu, tak lain tak bukan - GET CLEAN WATER PITCHER SHAKLEE (WP). Murah ke? 
Jawapannya : Anda sangat mampu untuk memilikinya. 

WATERPITCHERDIASRAMA

Haaa.. ni dia.

WATERPITCHER


Bila anak saya balik bercuti, saya pinjam & letak WP tu kat bilik tidur saya. Senang, tak payah turun bawah untuk minum air.. atau isi air dalam botol banyak-banyak bawa naik ke bilik tidur kat atas macam selalu saya buat sebelum ni. Bilik anak bujang kat sebelah dapur je, dia boleh ambil air minuman kat dapur je..hehe.

WATERPITCHER

Nanti, kat entri lain kita cerita tentang kebaikan & kelebihan WP ni ye. Ia bukan saja kecil, mudahalih, jimat segalanya.. tapi ia juga ada mineral & berPH alkali.





TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign