Pages

24 May 2013

GUSI BERDARAH

Along pergi dentist semalam kerana dah lama tak jumpa dentist & since dia nak masuk universiti, Along nak pastikan giginya dalam keadaan baik. Kalau sakit gigi susah pulak nak concentrate on study. Lagipun gusi Along selalu berdarah especially semasa gosok gigi.

Selain buat scaling, dentist berikan dia antibiotic untuk kuatkan gusi (agaknya. Not sure of the reason for having the antibiotics). 
Sebagai seorang pengamal vitamin Shaklee yang tegar, saya tak puashati Along diberi antibiotics.

Stok Vitamin C sentiasa ada di rumah tapi Along jarang-jarang makan. Yang suka makan vitamin C adalah adik perempuan bongsu, Azrina yang berumur 8 tahun. So, I told Along, make sure, starting from today, makan Vitamin C setiap hari... jangan culas and see if the gums would stop bleeding or not. 

APA YANG MENYEBABKAN GUSI BERDARAH
Penyebab utama penyakit gusi (bahasa doktor kata periodontium) adalah *plak. Bakteria dalam plak menghasilkan toksin yang menyebabkan gusi merah, bengkak serta mudah berdarah. Jika tidak dirawat, penyakit gusi boleh merebak ke tulang yang menyokong gigi dan akhirnya menyebabkan gigi bergoyang.

*Plak ialah lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi, warna keputihan atau kekuningan di celah gigi yang keras.Biasanya orang sebut karang gigi.

Minum air berkarbonat, makan makanan ringan & menghisap rokok pun antara sebab-musababnya. Banyak juga penyebab-penyebab lain bagi gusi berdarah ni, antaranya :-
  • perubahan hormon semasa mengandung
  • berus gigi keras sangat
  • cara gosok gigi yang salah... gosok gigi dari kanan ke kiri, kiri ke kanan (horizontally)
  • kurang vitamin K
  • kurang vitamin C
Gusi berdarah ini jangan dipandang ringan. Bakteria dari gusi boleh menular ke jantung melalui pembuluh darah vena. 
Boleh juga pergi ke otak yang menyebabkan menginitis. 

KESIMPULAN
Untuk menghindar gusi berdarah, gosok gigi dengan berus gigi yang lembut. Di atas bungkusan berus gigi tu dia tulis 'Soft'. Guna ubat gigi Paradontax. Ubat gigi ni saya belikan untuk Along. 

Gosok secara menegak, dari gusi ke gigi. Dari atas ke bawah.

Rajin-rajin melawat dentist, buat scaling, sekurang-kurangnya sekali setahun.

Makan Vitamin C, Vita-Lea & Ostematrix. 
Ostematrix mengandungi kalsium, magnesium & Vitamin D. Vitamin D fungsinya menyerap kalsium.
Vita-Lea mempunyai Vitamin K yang funsinya membekukan darah, mengurangkan risiko pendarahan.

Berbelanjalah lebih sedikit untuk kesihatan... lebih sikit je. Kalau kedekut sangat untuk kesihatan... takpelah, tanggunglah kerugian yang besar di kemudian hari. 

Kita berusaha, Allah akan menolong hamba-hambanya yang rajin berusaha.



RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign