Pages

13 November 2013

TESTIMONI VIVIX DARI LUAR NEGARA

Diabetes Testimonial – No More Leg Cramps and I Can Feel My Toes Again!

“.. I am diabetic with all the problems that go along. One of my greatest fears is losing my legs as my grandfather lost his from diabetes. I suffered severe neuropathy in both my legs and feet. In addition to that, I had 3 stints put in my left leg last summer and was diagnosed with PAD. I was experiencing severe leg cramps nightly. Hardly a night went by when I wasn’t awakened by them and had to jump out of bed and walk around. This would happen several times a night. Since taking Vivix, I have not been awakened a single evening with a leg cramp. So wonderful! And I can feel my toes again. They no longer feel like wooden appendages down there. Bless Shaklee and Vivix! I now experience full nights of restful sleep.”
~Cathi

Arthritis Pain – Now Pain Free!

“… I am now 72 and have been experiencing an elevated amount of joint, muscle and back pain.  It has grown over the past several years to aggravating proportions affecting sleep and most movement.  I was using up to 16 pain relief tablets a day to control this growing pain.  It worked to quench the pain but the pain itself showed no signs of letting up.  Then, in early August, Shaklee Corporation introduced Vivix, a fabulous new longevity tonic with resveratrol and super grape extracts.”    ~Martha

Five weeks later and Martha, quoted above, is pain free!  She takes no other pain relief tablets.  She uses the prescription for health plan products recommended by the brand’s director of medical affairs (Vivix, Vitalizer, Cinch & Nutriferon) on a daily basis and is enjoying being able to move again without pain anywhere.

Cancer Story

Let me relate a story I heard today about a woman who had cancer 10 years ago and refused chemo, deciding to go the natural route using Shaklee and other alternative approaches.  She has done extremely well for many years.  When Vivix came out, her friend told her about it.. she sent the information to her doctors and normally they would send her an email response.  But not this time!  They called her and told her to, “not walk, but RUN to get this product and start taking it immediately!”    ~Lorri

Inherent Essential Tremors – Fast Results

“I am 72 years old and have had essential tremors since my early 30′s.  The shaking and tremors became so bad that I had to quit my job as a lab technician in 1989.  When in high school I could type 60 words per minute.  For the past 15 years, in order to type, I had to hold my right index finger with my left hand and type one key at a time.  At times, the tremors were so pronounced that I had difficulty eating and drinking.

I have faithfully used Shaklee supplements since November of 1998 and added the Vitalizer when it was introduced.  I also take CoQHeart twice daily along with B-Complex.  There was very little improvement.  I started taking Vivix on August 23rd.  In a week and a half, I noticed the tremors/shaking had lessened.  Now, at three weeks of Vivix, my tremors/shaking are minimal!  I have to learn to use my hands again – I have to learn to type again with all my fingers!!

I was hoping a change would occur in two to three months on Vivix, but never expected these results in three weeks.”    ~Anne

Age Spots and Pain – and Other ‘Side Benefits’

“Although I’ve been on an excellent anti-inflammatory supplement and diet program for over ten years, I’ve still had some aches and pains that just haven’t gone away.  I’ve been using Vivix for about two weeks now and have had tremendous relief of all of the achy pains that used to plague me!  I’m especially relieved not to have pain around the arthritic bone spurs I have on the joints of my spine and hands.  This is a blessing in and of itself.

However, the other day, I got a phone call from a friend of mine who started using Vivix when I did.  She said her age spots were going away.  ‘What!!! Hold the phone!’ I said.  It looked like mine were lighter too!!  Now, several days later, I can say for certain that some of my spots are gone and the rest are much, much lighter.  I’ll bet they’ll all be gone within a week.  I’m also noticing much more energy and I’ve been sleeping better (less pain).  Better sleep, more energy, no pain and no spots!!!  Hip Hip Hooray for Shaklee!”    ~Dr. Sandy

There are videos and other posts about resveratrol on this website.. click on the Audio and Video tab above, and previous posts that discuss resveratrol. Visit here to learn more about Vivix and Arthritis, Age Spots and more with this brand’s unique cellular anti-aging tonic formulation of resveratrol + polyphenols from a super grape.

Testimoni ini didapati dari blog http://antiagingbydesign.com/vivix-testimonies-wow.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

PROMOSI NOVEMBER 2013 - VIVIX SHAKLEE

Sudahkah anda dapatkan Produk Promosi bulan NOVEMBER 2013 Beli 6 Percuma 1 Shaklee VIVIX???
JANGAN lepaskan PELUANG INI!!!


8 November 2013

TAK KENAL SHAKLEE MAKA TAK CINTA

Dolu2 masa saya baru kerja (about 20 yrs ago) saya dah kenal Shaklee tapi saya ingatkan orang2 kaya je boleh makan supplement Shaklee ni. Tak sangka lepas 20 tahun... kawan saya yang saya anggap lagi kaya dari saya pun fikir macamtu coz dia pun taktau cerita sebenarnya (sekarang dia dah tau) Hehe. 

Sekarang saya dah makan supplement Shaklee... hahaha.. mesti korang kata saya dah kaya.. alhamdulillah!!! Amin!

Sebenarnya supplement Shaklee ni sangat mampu dimiliki ... kalau saya tau.. 20 tahun lepas saya dah makan. Tapi masa tu saya tinggal di sebelah pantai timur... tak banyak exposure tentang Shaklee macam sekarang ni. Masa tu nak dapatkan pun susah. Tambah pulak orang yang jual produk Shaklee masa tu tak ceritakan kat saya betul2 apa kebaikan & manfaat setiap jenis supplement tu. Kalau dari dulu dia share dgn saya manfaat supplement Shaklee ni mungkin saya lagi lawa dari sekarang.. hehe.

Tapi it is never too late. Hah.. nak share ni ..VIVIX Shaklee dikatakan boleh membuat kita "25 years younger" dengan izin Allah. Saya dah minum nak masuk botol ke 9... alhamdulillah memang rasa 25 years younger... hehe. So tak nyesal la saya tak makan supplement Shaklee 20 tahun yg lepas.
So..moral of this story : start amalkan supplement as young possible.. kalau yang dah terlajak tu... takpa...makan VIVIX. It's not too late OK.


7 October 2013

TESTIMONI PELANGGAN MEAL SHAKES SHAKLEE

TESTIMONI 1



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TESTIMONI 2





~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
TESTIMONI 3




















*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

TESTIMONI ANAK SENDIRI DENGAN MEAL SHAKES SHAKLEE

Anak akak ni sejak kecil sampai hujung bulan Mei 2013 selalu selesema, batuk & demam. Sebulan sekali pasti kena.

Tapi sejak akak bagi dia minum MEAL SHAKES SHAKLEE (beli masa promo bulan Jun 2013 baru ni) alhamdulillah dengan izin Allah sampai harini baru sekali dia kena selesema... tu pun sehari je.. esoknya dah kering. Akak juga bagi dia CHEWABLE VIT C semasa dia mula kena selesema. 
Setiap pagi akak letakkan satu scoop MEAL SHAKES SHAKLEE ke dalam minumannya (kdg2 milo, kdg2 horlicks, kdg2 susu) sebelum pergi sekolah. ALHAMDULILLAH.
Ibu Bapa yang rasa nak cuba berikan MEAL SHAKES SHAKLEE kepada anak2 anda yang sering selesema, batuk & demam bolehlah....




*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

19 September 2013

UBAT vs SUPPLEMENT

UBAT vs SUPPLEMENT

SOALAN :
(1) Ada beza ke UBAT dengan SUPPLEMENT?
(2) Kalau tak sakit buat apa makan ubat dan supplement?

JAWAPAN :
(1) Ya, ada BEZA. Ubat TAK SAMA dengan SUPPLEMENT. 
(2) Ubat dimakan setelah jatuh sakit
Supplement pula dimakan semasa sihat sebagai pencegahan penyakit.

KESIMPULAN
Pepatah Melayu ada menyebut "Mencegah adalah lebih baik dari merawat". Rawatan mungkin menanggung kos yang lebih tinggi dari pencegahan: kos dari segi kewangan dan menanggung kesakitan. Eloklah amalkan makan supplement demi kesihatan kita yang baik.

Nah, di bawah ini disenaraikan perbezaan ubat dan supplement berikutan persoalan di atas.

Satu lagi akak nak pesan, kalau memilih supplement pastikan ia adalah dari bahan dan proses semulajadi bukan sintetik.

15 September 2013

SUPPLEMENT SHAKLEE YANG MEMBAKAR LEMAK

Terdapat 2 jenis supplement Shaklee yang fungsinya membakar lemak, (keperluan semasa proses hendak kurus) :
(1) Lecithin
(2) Omega Guard

LECITHIN

Lecithin berasal dari minyak biji soya yang berfungsi sebagai pengemulsi lemak dan memastikan lemak kekal di dalam sistem penghadaman dan tidak memendapkan lemak ke dinding membran sebagai lemak kental.

Pengemulsi lemak bermaksud lemak itu dipecahkan molekulnya kepada lebih kecil supaya ia lebih mudah bergerak di dalam sistem penghadaman. Secara logiknya Lecithin berupaya membasmi lemak yang kita makan pada waktu itu dan bukannya 'membakar' lemak yang sedia ada yang sudah terkumpul di dinding membran.

Kalau makan lecithin saja adakah boleh kurus? Bergantung kepada keadaan lemak yang ada pada tubuh kita, kalau tiada lemak termendap, maka kuranglah lemak terkumpul. Mungkin berat badan akan berkurangan atau kemungkinan juga kekal tak berubah... tak naik dan tak turun.

Lecithin bukanlah pembakar lemak, tetapi pengemulsi lemak. Lemak yang telah diemulsi perlu dikeluarkan.

OMEGA GUARD
Omega Guard adalah sumber asid lemak Omega-3 yang paling tinggi.  Tubuh kita tidak boleh menghasilkan asid lemak Omega-3 sendiri, jadi kita perlu mendapatkannya daripada makanan atau makanan tambahan.
   
Manfaat Omega 3 kepada Berat Badan:
  • Kandungan asid lemak Omega-3 EPA (asid eicosapentaenoic) dan DHA (asid docosahexaenoic) menurunkan paras insulin tubuh kita, jadi apa-apa kalori tambahan yang kita makan akan dibakar untuk tenaga, bukannya disimpan sebagai lemak. .
  • Minyak Omega 3 adalah anti-lipogenic (blok penyimpanan lemak dalam badan kita) dan meningkatkan kadar metabolisma kita, jadi pembakaran lemak badan berlaku dengan lebih cepat
  • Asid lemak Omega 3 telah terbukti untuk meningkatkan aliran darah ke otot semasa bersenam, sekaligus meningkatkan keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak
  • Diet yang kaya dengan minyak Omega 3 meningkatkan tahap gula dalam darah (hipoglisemia) dan hasilnya, kita mempunyai lebih banyak tenaga untuk menjalankan urusan seharian
  • Omega 6 asid lemak GLA (asid gamma-linolenik) meningkatkan tahap serotonin iaitu bahan kimia di dalam otak yang membuatkan kita kurang selera makan dan sentiasa rasa kenyang
  • Tonaline atau CLA (asid linoleik conjugated) adalah asid lemak yang meningkatkan kadar pembakaran deposit lemak dan membantu mengekalkan jisim otot kita
  • Sebagai BONUS, di samping menguruskan badan, Omega Guard Shaklee membantu mengurangkan risiko sakit jantung. (Satu penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak Omega 3 seperti EPA dan DHA boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari).

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

12 September 2013

JOM DETOX BADAN DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE!!!

DETOX (NYAHTOKSIN)
Bila badan rasa tidak selesa dan timbul simptom-simptom seperti sakit kepala, berat badan berlebihan, tidak hadam, keletihan, sukar tidur dan keluar jerawat di wajah & di badan, mungkin kita perlukan detox.

Secara normal, setiap hari badan kita akan menyingkirkan toksin melalui peluh, najis dan air kencing. Pembuangan toksin dari badan adalah perlu bagi memastikan tubuh badan kita berfungsi secara normal.

Bagi membersihkan tubuh dari toksin, dicadangkan supaya kita mengikuti langkah berikut :
(1) PUASA - rehatkan sistem badan, puasa dapat membantu proses detox

(2) DETOX hati - rangsang hati anda untuk membuang toksin yang terkumpul dengan cara mengurangkan pengambilan kaffein, alkohol, garam, gula, makanan diproses dan sebagainya. Cuba ambil herba seperti teh hijau, bawang putih, kunyit, sayuran seperti brokoli dan artichoke, cendawan reishi, milk thistle, dandelion root dan sebagainya

(3) DETOX Sistem Penghadaman - ambil makanan yang tinggi serat (fiber) seperti sayuran dan buahan segar, gandum, oat, alfalfa, jus limau dan buahan berries.

(4) DETOX melalui kulit - minum air yang ditapis lebih banyak dari biasa, lakukan senaman secara teratur bagi menggalakkan pengeluaran peluh, sauna dan mandian wap 2-3 kali seminggu.

Setelah melalui proses detox, kawal pemakanan anda dengam mengambil makanan yang berkhasiat, mengambil makanan tambahan dan vitamin dan menggunakan sistem penapis air yang baik.

(5) DETOX dengan SHAKLEE!

(a) Alfalfa Complex (Detox seluruh tubuh)

Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. Membantu proses detox hati, darah dan usus. Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

(b) DTX Complex (Detox hati)
Campuran 6 herba yang terkenal dalam kesihatan hati iaitu biji benih milk thistle, kunyit, artichoke, cendawan Reishi, dandelion dan biji benih schizandra chinensis. Membantu mengekalkan aliran hempedu, membina semula sel-sel hati, meningkatkan penghasilan enzim untuk proses detox hati, melindungi hati dari toksin dan merawat masalah hati.

(c) Garlic (Detox darah)
Dibuat dari bawang putih premium yang dirumus bersama ekstrak herba rosemary & spearmint. 
Membantu meningkatkan sistem penghadaman, mengeluarkan logam berat dari dalam darah, antibiotik semulajadi meningkatkan sistem imun tubuh.

(d) Herblax (Detox usus)
Gabungan 9 herba semualajadi - daun alfalfa, daun jati cina (senna), biji adas manis cina (anise seed), bunga mallow biru (Blue malva), kulit kayu buckthorn, akar likoris, biiji jintan manis (fennel), akar rhubarb & akar Culver's. 
Membantu membersihkan usus dari najis lama yang tertinggal, membantu pergerakan semulajadi usus & melegakan sembelit.

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

5 September 2013

SUGAR CONTROL SET

Penyakit kencing manis (diabetes) semakin menular di kalangan ramai orang tetapi ramai yang tidak menyedari yang mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapatkan penyakit ini.

Menurut persatuan Diabetes Malaysia, sebanyak 1.2 juta rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis... wah ramainya.








Penyakit kencing manis boleh membawa kepada gejala berikut :-
  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka yang lambat / tidak sembuh
  • Hilang fungsi saraf
SET SUGAR CONTROL SHAKLEE ini membekalkan nutrisi lengkap untuk meningkatkan kesihatan pengidap kencing manis.

Kebaikan

  • Mengekalkan paras gula sihat dalam darah
  • Melegakan rasa kebas dan semut-semut
  • Membantu menyembuhkan luka


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

3 September 2013

Cabaran
Penyakit kardiovaskular merupakan pembunuh nombor satu di kalangan rakyat Malaysia dan 2 1/2 kali ganda lebih tinggi berbanding kematian berpunca daripada kanser, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kebangsaan Jantung Malaysia. Manakala mengiut perangkaan Organisasi Kesihatan Dunia, sejumlah 37% kematian di Malaysia berpunca daripada penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung & strok. Kebanyakan pakar kesihatan mencadangkan gejala ini dicegah dengan meningkatkan amalan gaya hidup harian seperti diet seimbang, mengambil supplement berkualiti, senaman secara teratur, tidak merokok dan memastikan berat badan ideal. Coenzyme Q10 (CoQ10) merupakan salah satu daripada supplement kesihatan yang amat penting untuk kesihatan jantung kita.

Apa itu Coenzym Q10 & mengapa ia penting untuk tubuh kita?
CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan ditemui di setiap sel tubuh kita yang diperlukan bagi sel untuk berfungsi dengan baik. Namun, ia lebih banyak ditemui di dalam organ-organ yang bekerja lebih keras dan memerlukan tenaga selular yang banyak untuk organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untung menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga. Proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga. Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

CoQ10 telah ditunjukkan dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki peredaran darah ke seluruh tubuh. CoQ10 juga menyokong pertalian antara saluran darah yang menyumbang kepada paras tekanan darah sihat / normal.

Selain itu CoQ10 juga bertindak sebagai satu antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangani masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini penting dalam membantu menyokong fungsi saluran darah, termasuk pengaliran darah ke jantung.

Berapakah jumlah pengambilan dietari Coenzyme Q10 yang kita perlukan?
Pengambilan dietari harian membantu memelihara paras CoQ10 dalam tubuh, namun jumlah CoQ10 yang diambil daripada makanan selalunya kurang daripada 10mg sehari. Sila lihat carta di bawah untuk melihat jumlah CoQ10 di dalam makanan yang biasa kita ambil.
Tambahan lagi, keupayaan tubuh dalam menghasilkan CoQ10 menurun berikutan peningkatan usia. Berdasarkan satu kajian penyelidikan, tubuh berupaya menghasilkan CoQ10 pada tahap tertinggi di usia 20 tahun dan menurun pada 20 tahun berikutnya. Pada usia 40 tahun, jantung kita hanya berjaya menghasilkan sebanyak 68.2% daripada jumlah penghasilan CoQ10 di dalam tubuh pada usia 20 tahun.
Pelbagai faktor lain seperti diet tidak seimbang, pendedahan harian terhadap radikal bebas dan penggunaan sesetengah ubat-ubatan tertentu seperti dadah bagi merendahkan kolesterol boleh mengurangkan tahap CoQ10 di dalam tubuh. Justeru, pengambilan supplement boleh membantu untuk mengekalkan zat makanan pada tahap selular yang penting di dalam tubuh kita.

Penyelesaian masalah
CoQHealth Plus mengandungi kesemua proprietari semulajadi daripada campuran 28mg COQ10 dengan vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang didatangkan di dalam kapsul bioketersediaan dengan sistem penyampaian minyak kacang soya bagi memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik. CoQ10 telah ditunjukkan dapat :

  • Menyokong penghasilan tenaga bagi jantung
  • Menggalak dan melindungi arteri sihat terhadap pengoksidaan LDL
  • Meningkatkan peredaran darah
  • Membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah

*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com



PROMO BULAN SEPTEMBER 2013 - CoQHEALTH PLUS

Sudahkah anda dapatkan Produk Promosi bulan SEPTEMBER 2013 Beli 6 Percuma 1 Shaklee CoQHEALTH PLUS???
JANGAN lepaskan PELUANG INI!!!

2 September 2013

MENGEKALKAN JANTUNG SIHAT MELALUI MAKANAN BERKHASIAT

Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu kita. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

Di bawah adalah tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung kita supaya kekal sihat dan bertenaga:

KOENZIM Q10 (COQ10)
CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh kita. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.

CoQHealth™ Plus menampilkan semua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya di dalam kapsul CoQHealthTM Plus Shaklee dirumus untuk memastikan sistem penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.


TUMBUHAN POLIFENOL
Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida 
tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankanpengambilan diet dalam tumbuhan polifenol kerana ia berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat daripada kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). Salah satu polifenol yang kuat adalah Resveratrol, di mana ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik, ellagitannins, anthocyanins, dan proanthocyanidins juga didapati dapat memberi kesan positif terhadap lanjut usia pada tahap selular. Polifenol-polifenol ini banyak terdapat di dalam polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. 

Vivix™ Campuran Minuman Botani yang merupakan satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix™mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol tumbuh-tumbuhan. 





ASID LEMAK OMEGA-3
Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Docosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA). Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolesterol baik), mengurangkan plakplak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplement.

OmegaGuard™ mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA dan DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard™ memberikan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA. Ia dihasilkan dengan melalui proses penyulingan molekul tiga peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 di dalam tubuh kita.

23 August 2013

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)


Nak tahu? AJHT (Advanced Joint Health Tablet) adalah salah satu produk Shaklee yang sangat HOT di kalangan orang yang sakit sendi. Sebelum diteruskan cerita tentangnya, let us get to know apa itu "JOINT" dan next... kenapa kita perlu makan AJHT ni.

Apa itu "Joint"? 

Joint adalah perkataan Inggeris yang bermaksud sendi.
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri dari tulang rawan (yang lembut tu), ligamen, tendon, dan cecair sinovia (sebagai pelincir) yang beri keselesaan dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal. Gambarajah di bawah menunjukkan bahagian-bahagian yang melibatkan sendi tersebut.


Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini yang menyebabkan "joint discomfort" - ketidakselesaan sendi. 

Bukan saja kerana umur yang telah meningkat, tetapi kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yang tidak betul yang terlalu lama seperti mendukung anak dengan lama, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ini berlaku untuk jangkamasa panjang yang menyebabkan sakit sendi lutut, sakit sendi tangan, sakit sendi kaki, sakit sendi bahu dan sakit sendi siku.

Saya pasti setiap orang pernah rasa joint discomfort ni, kan? Kalau ibubapa kita yang telah tua memang sudah biasa mengalaminya. Jadi, AJHT ini boleh melegakan dan membantu..dan mengikut clinical test yang dibuat oleh Shaklee, kesannya sudah boleh dirasai seawal 5 hari selepas memakan AJHT ini. 

Bagaimana AJHT bertindak?
AJHT ini membantu dalam 3 cara:

1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.

2. Bertindak sebagai 'kusyen'
Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan

3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
Zinc, copper, manganese dan vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.

Melalui 3 cara di atas AJHT membantu melegakan sakit-sakit sendi.

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini tersangatlah bagus kerana ia dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.

5 August 2013

BERHENTI MEROKOK!

Mengapa berjuta-juta rakyat di Malaysia suka merokok? 
-Mungkin sudah menjadi ketagihan terhadap nikotin, atau 
-Mungkin kerana merokok memberi keselesaan psikologi bagi sesetengah orang, atau
-Mungkin juga, kerana berhenti merokok adalah payah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah HARAM dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

(1) Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya menyedut sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.

(2) Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

(3) Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

(4) Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

(5) Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta. Petikan dari http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam

Dah baca petikan di atas? Eloklah pakat-pakat berhenti merokok. 

Perokok akan banyak kehilangan vitamin C dalam badan sepanjang aktiviti merokok. Nikotin mempengaruhi metabolisme tubuh yang menyebabkan tubuh tidak mampu menyimpan vitamin C. Untuk itu, perokok perlu mengambil vitamin C dengan banyak untuk membersihkan nikotin dalam darah! Apabila nikotin yang berkarat dalam darah dan badan disingkirkan sedikit demi sedikit, kebergantungan terhadap nikotin berkurangan dan akhirnya akan TIADA LAGI perasaan hendak merokok itu! 

Btw, rokok boleh mengurangkan potensi sperma dan perokok juga ada potensi untuk mati pucuk. Hmm... nak ke jadi gitu? 

Jadi makanya....memang elok sangatlah berhenti merokok dengan Vitamin C Shaklee.

Kenapa Vitamin C Shaklee?
Sebab Vitamin C Shaklee berupaya memberikan perlindungan berkekalan, jam demi jam dengan menggunakan sistem perlepasan berkekalannya. Vitamin C merupakan bahan antioksida tinggi. 

Sebiji Vitamin C Shaklee sehari sudah menyamai kandungan Vitamin C dari 7 1/2 biji buah oren! Mampukah kita nak memakan 7 1/2 biji buah oren sehari? Tak perlu bersusah payah... makan saja sebiji Vitamin C Shaklee sehari.

Btw lagi, untuk membandingkan harga Vitamin C Shaklee sebotol sangat-sangatlah murah dan berbaloi, kalau dibandingkan dengan harga rokok... hendaknya pulak kena penyakit kronik seperti yang tersenarai di atas nun... lagilah banyak belanja perlu dikeluarkan untuk membayar perubatan.

Tepuk dada tanya selera!


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com





RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign