Pages

2 September 2013

MENGEKALKAN JANTUNG SIHAT MELALUI MAKANAN BERKHASIAT

Setiap hari jantung berdenyut kira-kira 100,000 kali, untuk mengepam dan mengalirkan 7,000 liter darah ke seluruh badan. Walaupun saiz jantung hanya sebesar penumbuk, ia mempunyai tugasan yang cukup besar dalam memastikan pengaliran darah sepanjang 96,000km salur darah yang diperlukan oleh setiap organ dan tisu kita. Sebagai otot yang paling kuat bekerja dalam tubuh dan juga merupakan pusat kawalan utama sistem peredaran darah, jantung semestinya memerlukan sejumlah tenaga yang banyak dan nutrien yang cukup untuk berfungsi dengan baik dan sempurna.

Di bawah adalah tiga jenis nutrien yang diperlukan untuk melindungi jantung kita supaya kekal sihat dan bertenaga:

KOENZIM Q10 (COQ10)
CoQ10 memainkan peranan penting dalam proses penghasilan tenaga dalam tubuh kita. Jantung memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan ia kekal bertenaga bagi mengepam darah setiap hari, kerana itulah jumlah CoQ10 yang ditemui di dalam jantung amat tinggi untuk memastikan ianya berfungsi secara optimum. CoQ10 telah terbukti dapat menguatkan otot jantung, meningkatkan peredaran darah dan mengekalkan paras darah yang sihat. Tambahan pula, kuasa antioksida CoQ10 juga dapat memberi perlindungan terhadap pengoksidaan kolesterol LDL dan ini membantu dalam menyokong saluran darah supaya kekal sihat. Tubuh kita mampu mengeluarkan CoQ10 secara semulajadi, namun pengeluarannya semakin berkurangan apabila usia meningkat. Jadi, pengambilan suplemen CoQ10 yang mencukupi dapat membantu dalam mengekalkan tahap tenaga sel yang penting di dalam tubuh.

CoQHealth™ Plus menampilkan semua campuran semulajadi yang terdiri daripada 28mg CoQ10 dengan tambahan Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau yang dapat menyokong pengeluaran tenaga pada jantung. Shaklee menggunakan kaedah penapaian yis untuk memberikan bioketer sediaan CoQ10 yang berkualiti tinggi. Sistem minyak kacang soya di dalam kapsul CoQHealthTM Plus Shaklee dirumus untuk memastikan sistem penguraian dan penyerapan dilakukan secara optimum.


TUMBUHAN POLIFENOL
Polifenol merupakan sebatian tumbuhan yang mempunyai khasiat antioksida 
tertinggi terhadap kesan penuaan sel. Kajian menyarankanpengambilan diet dalam tumbuhan polifenol kerana ia berupaya memberi perlindungan terhadap penyakit akibat daripada kesan penuaan seperti penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit saraf (neurodegenerative). Salah satu polifenol yang kuat adalah Resveratrol, di mana ia terbukti dapat melambatkan proses penuaan di peringkat sel. Tumbuhan polifenol kuat yang lain seperti asid fenolik, ellagitannins, anthocyanins, dan proanthocyanidins juga didapati dapat memberi kesan positif terhadap lanjut usia pada tahap selular. Polifenol-polifenol ini banyak terdapat di dalam polygonum cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu. 

Vivix™ Campuran Minuman Botani yang merupakan satu penemuan revolusi dalam nutrisi polifenol. Vivix™mengandungi campuran botanikal unik yang terdiri daripada Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberry Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol tumbuh-tumbuhan. 





ASID LEMAK OMEGA-3
Omega-3 mengandungi beberapa fungsi penting untuk kesihatan jantung. Dua asid lemak Omega-3 yang paling baik untuk jantung adalah Docosahexaenoic Acid (DHA) dan Eicosapentaenoic Acid (EPA). Kedua-dua asid lemak ini dapat mengurangkan triglycerides (lemak dalam darah), meningkatkan HDL (kolesterol baik), mengurangkan plakplak yang melekat pada dinding arteri dan mengurangkan keradangan. Ia juga dapat membantu dalam pengawalan kadar degupan jantung, mengekalkan tahap tekanan darah dan meningkatkan pengaliran darah yang baik. Oleh kerana tubuh kita tidak mampu menghasilkan Omega-3 secara semulajadi, maka kita perlu mengambilnya daripada makanan tambahan atau suplement.

OmegaGuard™ mengandungi minyak ikan semulajadi daripada ikan laut dalam. Ia menyalurkan lebih banyak EPA dan DHA daripada pilihan jenama lain. Satu hidangan OmegaGuard™ memberikan 1000mg asid lemak omega-3 termasuk DHA dan EPA. Ia dihasilkan dengan melalui proses penyulingan molekul tiga peringkat bagi memastikan ketulenan dan potensi asid lemak omega-3 di dalam tubuh kita.

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign