Pages

9 June 2014

KOLESTEROL - CABARAN ERA INI

Adakah anda salah seorang dari 6 juta warga Malaysia yang menghadapi masalah tinggi kolesterol?
Dianggarkan bahawa 1 daripada 3 orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi*.

Kandungan kolesterol yang tinggi dalam darah menyumbang kepada masalah kesihatan yang serius di mana ia boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira usia dan dalam jangkamasa panjang ini akan memberikan impak negatif terhadap kesihatan jantung dan fungsi kardiovaskular. 

Walau bagaimanapun apa yang lebih membimbangkan adalah ramai individu yang masih tidak menyedari bahawa paras kolesterol mereka adalah tersangat tinggi.

APA ITU KOLESTEROL?

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel tubuh. Ia merupakan komponen tubuh yang penting untuk pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu dalam tubuh.


DUA SUMBER UTAMA KOLESTEROL

Kolesterol dihasilkan secara semulajadi oleh hati tetapi ia juga boleh diperolehi dari makanan harian. Kolesterol yang dimakan akan meningkatkan paras kolesterol darah. Kandungan kolesterol darah yang terlalu tinggi akan meningkatkan risiko penyakit jantung dan angin ahmar.




BAGAIMANA KOLESTEROL BOLEH MENYEBABKAN PENYAKIT JANTUNG?
Terdapat dua jenis kolesterol utama dalam darah :
- LDL (Lipoprotein Ketumpatan Rendah)
- HDL (Lipoprotein Ketumpatan Tinggi)

LDL dikenali sebagai kolesterol "jahat" kerana paras kolesterol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan lekit (plak) dalam saluran darah. Plak ini akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar.


Sebaliknya kolesterol HDL dikenali sebagai kolesterol "baik" kerana ia membantu mengangkut kolesterol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan "membersihkan" saluran darah. 



Oleh yang demikian, untuk melindungi diri daripada penyakit kardiovaskular, anda hendaklah 
mengekalkan kolesterol HDL yang tinggi dan paras kolesterol LDL yang rendah.


AWAS!!!

Jika anda mempunyai tinggi kolesterol :
Risiko serangan jantung meningkat sebanyak 15.6%
Risiko angin ahmar meningkat sebanyak 11%
Risiko yang lebih tinggi untuk tekanan darah tinggi, penyakit hati seperti hati berlemak dan masalah ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan fungsi seksual.

APAKAH PENYEBAB UTAMA TINGGI KOLESTEROL ?

Makanan di Malaysia yang tinggi lemak serta kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolesterol di kalangan penduduk Malaysia.

Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolesterol TIDAK MELEBIHI 300mg sehari bagi mereka yang sihat. Manakala bagi mereka yang menghidapi penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolesterol kurang daripada 200mg sehari.


Walaupun begitu, cuba bayangkan anda sedang mengambil makanan dari menu harian Malaysia seperti:

-Sarapan : 2 keping roti canai - 350mg
-Makan tengahari : Nasi lemak - 213 mg
-Makan malam : Char Kuay Teow - 235mg

Anda pasti tidak menyangka bahawa anda telah mengambil sebanyak 798mg kolesterol sehari. Itu adalah hampir 3 kali ganda lebih dari pengambilan harian yang disyorkan!


BERTINDAK HARI INI

Ikuti petua ini untuk merendahkan paras kolesterol di dalam darah anda secara semulajadi.
♥ Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut
♥ Lakukan senaman dengan kerap
♥ Turunkan berat badan
♥ Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika mengesyorkan penambahan Fitosterol ke dalam diet harian anda bagi menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


APA ITU FITOSTEROL?
Fitosterol (dirujuk sebagai STEROL & STANOL tumbuhan) wujud secara semulajadi dalam kandungan yang sedikit di dalam sumber makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijirin dan minyak sayuran. Lebih dari 80 kajian klinikal telah diterbitkan di dalam penerbitan saintifik melaporkan keberkesanan dan keselamatan fitosterol.

Struktur fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol. Dengan pengambilan fitosterol akan menyebabkan kolesterol bersaing untuk mendapatkan tapak penyerapan dalam sistem penghadaman. Hasilnya penyerapan kolesterol dihalang dan akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.


BERAPA BANYAK FISTOTEROL YANG PERLU DIAMBIL?

Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika 
mengesyorkan pengambilan 2,000mg Fitosterol dalam diet harian anda untuk membantu menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.



PENYELESAIAN DENGAN SHAKLEE
Anda boleh mendapatkan 2,000mg Fitosterol dari PHYTOCOL-ST™ SHAKLEE iaitu satu formula proprietari.

Keistimewaan Shaklee :

♥ Rumusan mantap daripada beberapa jenis Fitosterol
♥ Membekalkan 2,000mg Fitosterol tumbuhan setiap hari
♥ Menepati 100% keperluan harian Fitosterol yang disyorkan oleh Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika
♥ Tiada tambahan pengawet, pewarna, perisa atau pemanis
♥ Dijamin HALAL
Untuk memperolehi 2,000mg Fitosterol dengan makanan biasa, anda perlu memakan setiap hari :
- 200 biji lobak merah
- 70 keping roti gandum
- 425 biji tomato
Sanggupkah anda menelan makanan tersebut sebanyak itu sehari? Pertimbangkan.


Untuk hasil terbaik, makan Phytocol-ST™ Shaklee sebanyak 2 tablet, 2 kali sehari, bersama dengan makanan.



Phytocol-ST™ Shaklee boleh dimakan bersama Omega Guard Shaklee demi menjaga kesihatan anda. Di samping itu anda juga digalakkan mengamalkan CoQ Health Plus Shaklee yang boleh memoptimumkan manfaat Phytocol-ST™ Shaklee.



Phytocol-ST™ Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh itu, ia disarankan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjada kesihatan, tidak semestinya semata-mata untuk mereka yang mempunyai kolesterol tinggi sahaja. 



Phytocol-ST™ Shaklee adalah bebas gluten.

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign