Pages

11 December 2014

ADIK BAKAL HAFIZ AL-QURAN

Alhamdulillah. Pagi tadi dah berjumpa dengan Ustaz/Ustazah yang incharged untuk sekolah tahfiz untuk Adik & bayar yuran pendaftaran. Hari pertama belajar baru perlu bayar yuran sepenuhnya.

Isteri beliau bawa kami bertiga (saya, adik & kakak) melawat kawasan.. hehe.. sekolah tahfiz tu la. Rumah baru.. nilainya.. masyaa Allah.. RMjuta bukan RM ratus ribu. Saya saja gatal mulut tanya, berapa ratus ribu rumah ni? Beliau kata juta Puan.

Semasa melihat-lihat tempat bakal jadi kelas Adik, Adik tersenyum-senyum. Dia faham kot.. nanti dia akan belajar di situ. 

Sambil bertanyakan itu ini, salah satu concern saya adalah makanan yang akan dimakan oleh Adik khususnya ... kanak-kanak lain amnya. Concern saya adalah portion untuk anak-anak ni, supaya tidak terlalu besar sehingga boleh menyebabkan mereka tercekik dan sebagainya. Selama ini, saya memang akan perhatikan Adik ketika dia makan.. walaupun dia suap sendiri. Phobia betul dengar cerita tentang kanak-kanak mati tercekik. Nauzubillahiminzalik.. ya Allah, jauhkanlah dari anak-anak saya. Ustaz tu sebut yang ayam yang dimasak adalah dibeli dari supplier Az-Zain, ayam organik. Makanan mereka sudah tentu pilihan yang baik-baik .. sebab nak bagi anak-anak bakal Hafiz Hafizah ni.

Pembelajaran akan dibuat secara santai.. sebab baru umur 3 tahun kan.. kanak-kanak besar ni kan cepat jemu kalau strict & straight sangat.

Pembelajaran pun 1/2 day je.. sampai pukul 12 tengahari.
Antara aktiviti mereka termasuk solat dhuha, mengenali huruf-huruf al-quran, rumi, menghafaz al quran dan bermain.

Semoga Adik happy belajar di situ dan menjadi seorang Hafiz suatu hari nanti.
Amin!

2 comments:

  1. semoga adik menjadi anak tahfiz kebanggaan zana dan suami satu hari kelak...

    ReplyDelete
  2. Amin..ya Rabbal Aalamin. Terimakasih kak doakan.

    ReplyDelete

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign