Pages

20 October 2014

GOUT & SHAKLEE

Apakah Gout?
Gout adalah sejenis penyakit sendi.


Punca Gout?
Gout berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Siapa  yang biasa kena Gout?
Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun
Wanita yang telah putus haid (menopaus) juga berhadapan dengan risiko penyakit ini.
Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.
Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.

Pesakit gout juga berisiko untuk sakit jantung dan kejadian batu karang pada buah pinggang.

Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurangkan daging dan makanan laut.  

Tanda-tanda anda diserang Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.

Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.

Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.

Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.

Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

Komplikasi Gout
Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil 'tophi'

Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.

Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes

Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.

Di samping itu, anda wajib menjaga pemakanan. 

Elakkan makanan yang kaya dengan purin seperti :
-Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
-Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
-Daging cincang
-Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
-Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang 

Kurangkan makanan seperti :
-Asparagus
-Bunga kobis
-Cendawan
-Bayam
-Kekacang seperti kacang tanah, lentil, beans & peas
-Telur
-Roti 
-Jagung
-Bijirin

Pesakit adalah disarankan mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan.

Di samping itu, pesakit boleh cuba mengamalkan supplement semulajadi seperti berikut:
♥Vivix
♥Alfalfa Complex 
♥Performance Drink
♥Omega Guard
♥Advanced Joint Health Tablet
♥Ostematrix


Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee:
Vivix -  Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. Ia membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.

Alfalfa Complex - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink  -  memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.

Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.

Advanced Joint Health Tablet - AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - 25% lebih pantas dari jenama lain. Antara lain, bagus kalau pesakit gout ambil AJHT ini sebab ia mampu meningkatkan cushioning pada sendi. Glukosamin yang diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yg sihat sebab Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain2 komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.

Ostematrix - Ostematrix mengandungi Magnesium. Magnesium membantu pengaliran darah yang lancar dengan cara membantu jantung berdenyut dengan kadar yang normal. Menurut kajian University of Maryland Medicagenic Center, Magnesium juga membantu mengurangkan tekanan darah. Bila tekanan darah jadi rendah, jantung akan kurang stress. Ini membolehkan darah mengalir dengan lancar dan mengelakkan uric asid menjadi kristal (crystallize) di dalam sendi.



RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign