Pages

29 November 2014

PUDING ROTI ABANG SAYANG

Suami saya suka sangat puding roti ni..banyak kali dah buat tapi katanya yang saya buat 3 hari lepas yang paling dia suka.

BAHAN-BAHAN
A
6 keping roti  dipotong kecil-kecil (lagi banyak roti lagi tebal puding)

B
375ml susu cair
2 biji telur
3 sudu  gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu  mentega

C
kismis (ikut suka banyak mana nak letak)

CARA :
Mentega bagi lembut dulu.. keluarkan dari peti ais & biar pada suhu bilik. Kalau tak sabar.. letak sebelah periuk nasi elektrik yg sedang panas.

Sementara tunggu mentega lembut.. potong roti bagi kecil.. kalau guna roti gardenia.. potong 4 (saya guna gunting.. ada orang koyakkan je). Saya gunting kerak.. asingkan dari bahagian yang lembut putih tu. Kerak roti saya susun di bahagian tepi atau dasar loyang.. roti yg putih di bahagian tengah / atas.

Dalam bekas lain, gaul bahan B iaitu gula, telur, mentega dan esen vanilla, kacau rata. Saya guna hand mixer.. nak guna blender pun boleh. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. Ada kala saya masukkan susu pekat dalam 1/4 cawan & tepung kastard 1 sudu besar.

Adunan B tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis. Tekan-tekan roti-roti tu supaya adunan B meresap ke dalam roti. Rendam dalam 5-10 minit sebelum kukus, supaya roti tu kembang.. lagi cantik jadinya.. nampak macam bengkang.

Kukus  selama 25 minit dengan api sederhana. (Letak kain di penutup pengukus supaya air dari wap tu tak masuk ke dalam puding).
Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Mak saya suka makan panas-panas.. suami suka makan sejuk. Kalau rajin buatla kuah kastard.. sedaaap. (Resepi kuah kastard lainkali ye.. sebab takdak kuah pun sedap dah).

POTLUCK MINI REUNION EX BP (JUZ LADIES)

Lunch tadi.. masa semua orang lelaki pi solat jumaat (sampai nak dekat masuk waktu asar)... kami berlapan pi makan kat rumah old schoolmate, Puan Norain Othman. Mini reunion la gitu..ala ala potluck.

Gumbira rasa hati dapat makan makanan yang sedap2.. masing-masing bawa makanan untuk dikongsi. Of course tuan rumah prepare makanan yang sedap bangat ... 
Dari kiri : Tuan rumah, Mazlin, Fauziah, Jalilah, Hanizar, Nilly

This is me (yg dukung Adik yg pemalu) with Noryati Ismail

Che Ta Rosnita & Mazlin 

Menu:- nasi daging + ayaq asam kerisik, roti jala kari ayam, pasta + stuffed mushroom, kerabu umbut, pulut panggang, macadamia ciskek, choc mousse, acar buah, puteri ayu, bread butter pudding. (Lapar pulak tengok balik ni)


Dan saya bawa sago gula melaka.. eh takde gambar pulak.

Had a great time with great friends. Bila-bila, sapa-sapa buat pulak ye.. see you gorgeous gals lagi nanti!!!!

SELAMATKAH PRODUK ITU? RUJUK APPS MYHEALTH KKM

Adakah anda cakna dengan sesuatu produk samada ia adalah selamat dan dijamin penggunaannya? Ya.. anda wajib ambil tahu tentang produk yang anda masukkan ke dalam tubuh anda. Ia akan menjadi darah daging anda.

Bagaimana caranya?
Zaman moden dengan kemudahan di hujung jari... malah hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda. (Juga di personal computer anda, of course.)

Dengan aplikasi Myhealth yang anda boleh muat turun di Playstore.
Anda akan lebih mudah mencari kelulusan KKM ke atas sesuatu produk.
Contoh produk Shaklee, anda akan dapat maklumat penuh tentang pendaftaran semua produk Shaklee yang berdaftar dengan KKM. 





Bukan itu saja, anda boleh mendapat pelbagai maklumat seperti senarai hospital yang anda hendak kunjungi yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal anda, direktori pengamal perubatan / pergigian, soalan yang lazim ditanya berkenaan kesihatan, penilaian risiko kesihatan, kalkulator BMI dan banyak lagi.

LOVE STRUCK ME DOWN

A new song i love to hear lately....enjoy listening it too !!!
LOVE STRUCK ME DOWN BY WANTING QU
I’m going back to the sunset strip
A place I fell in love with a man
I know I had to see him again
So I drove a thousand miles in a day
Fourteen hours seemed like a piece of cake
Cause I know in the end the price was worth the fight

There he was, standing with his puzzled eyes
Then he closed the gaps between us, lips inches away

Suddenly love struck me down
My knees hit the ground
He loved me back
Like it was yesterday oh…
Love struck me down
I weep but no sound
A long awaited love struck me down

It’s been three years since you left town
How’ve you been I hope life didn’t bring you down
You must have met someone like me by now
Sunday morning I was in bed
Let the phone ring but it wouldn’t end
I was mad, I picked up, it was you

“Hey you, I am back for good now…”
Then it brought me back to that day, your lips inches away

Suddenly love struck me down
My knees hit the ground
He loved me back
Like it was yesterday oh…
Love struck me down
I weep but no sound
A long awaited love struck me down

Just ask me to stay. I’ll stay for the night
There’s nowhere else I rather be than here with your body next to mine
Holding me tight…
Back into your arms

You might like this too DRENCHED ... coz I do.. :)

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign