Pages

2 June 2015

5 SIMPTOM HEMPEDU ANDA ADA BATU, YANG ANDA TIDAK TAHU

Pagi ni dapat perkhabaran dari sahabat yang suaminya dimasukkan ke wad.
Katanya ada batu dalam hempedu, jangkitan kuman dalam darah & darah putih yang sangat tinggi. Kami semua doakan semoga suami beliau dapat rawatan terbaik dan Allah memberi kesembuhan seperti sediakala dan semoga urusan beliau sekeluarga, Allah permudahkan. Syafakallah.
Amin.

Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

SIMPTOM SUAMI BELIAU
Menggigil sejuk. Selepas diberi minuman panas, selimut 2 lapis, letak minyak panas di kaki, beliau berpeluh, basah kuyup. Selepas itu, sentiasa berpeluh dan mengalamai senak dada.

Suami beliau pun sudah sedia ada darah tinggi dan diabetes sebelum ini.

Semasa di hospital, doktor cuba masukkan wayar ke jantung, tujuan mengawal kandungan air dalam badan kerana kalau lebih air dikhuatiri masuk ke dalam paru-paru, manakala kalau kurang akan memberi kesan buruk kepada buah pinggang.

Walau bagaimanapun, di entri ini, saya hanya akan berkongsi tentang batu dalam hempedu saja. Dalam entri lain akan saya kongsikan tentang darah putih lebih dari darah merah serta jangkitan kuman dalam darah.

Semoga perkongsian saya dapat beri manfaat kepada anda semua.

SIMPTOM BATU DALAM HEMPEDU
Bagaimana nak tau samada anda ada batu dalam hempedu atau tak? Biasanya memang tak ada simptom yang khusus, tapi, kalau kena simptom berikut, elok la pergi check. Atau saja buat routine medical check-up pun boleh.

(1) Sebahagian kecil batu karang hempedu boleh menyebabkan gejala seperti rasa sakit yang berpanjangan selama beberapa minit di bahagian kanan atas abdomen. Rasa sakit ini disebut ‘gallstone colic’. Gejala ini biasanya disertai dengan loya dan muntah.

(2) Demam - Keradangan pundi hempedu atau jangkitan hempedu statik dipanggil cholecystitis akut dan ia boleh menyebabkan demam.

(3) Batu karang hempedu yang menghalang aliran hempedu dari hati ke duodenum boleh menyebabkan hati dipenuhi dengan hempedu yang berlebihan. Hempedu yang berlebihan akan melimpah ke peredaran sistemik lalu menyebabkan jaundis atau mata, kulit dan membran mukus menjadi kekuningan.
Bagi kes yang teruk pemendapan bilirubin yang berlebihan dalam kulit menyebabkan gatal.

(4) Sakit perut, loya dan muntah.

(5) Batu karang hempedu di bahagian hujung duktus hempedu sesame akan menghalang aliran enzim pankreas dari pankreas kerana duktus hempedu sesame dan duktus pankreas berkongsi laluan ke dalam duodenum yang dipanggil ‘Ampulla of Vater’.
Aliran enzim pankreas yang tersekat boleh menyebabkan radang pankreas, atau Pankreatitis Akut. Ia menyebabkan sakit teruk di tengah bahagian atas abdomen hingga ke belakang.

PUNCA BATU DALAM HEMPEDU


(1) Batu dalam hempedu biasa terbentuk sekiranya kandungan kolesterol di dalam darah terlalu banyak.
2) Kurang minum air
3) Suka makan benda berlemak
4) Suka makan benda-benda masin
5) Suka makan nasi lemak (bilis,sambal dan santan sangat bahaya)
6) Suka makan “seafood” yang kaya dengan kolestrol jahat

RAWATAN UNTUK BUANG BATU HEMPEDU
PERKONGSIAN EN IZWAN MOHAMED NORDIN di Facebook

Saya nak kongsi pengalaman kena penyakit batu hempedu pada tahun 2010. Antara tanda-tanda awal penyakit ini adalah seperti hilang selera, badan lesu dan mata kabur. Kulit serta mata putih nampak kekuningan. 

Pada suatu hari tiba-tiba terasa sakit yang teramat pada pinggang hingga saya berguling-guling, terasa pinggang macam dicucuk-cucuk, rasa loya nak muntah pun ada dan demam secara tiba-tiba . Saya terus ke KPJ Kajang dan doktor sahkan ada batu dalam hempedu. Doktor sarankan jalani pembedahan untuk membuang hempedu. Tapi saya tak puas hati. Doktor tu ada juga sarankan minum jus epal banyak-banyak. Di rumah saya google sendiri cari alternatif. Cari punya cari jumpa satu petua yang agak boleh pakai dan saya amalkan sampai sekarang. Petua ini telah selamatkan hempedu saya dari dibuang.

Petua rawat "Batu Dalam Hempedu (gallstone flush)" tanpa pembedahan.

Cara 1 : Express 1 hari
1. Puasa dari jam 12 malam sebelum mulakan cara ini pada keesokan hari. Maksudnya makan malam sebelum 12 malam.
2. Esok pagi sarapan - minum jus 3 biji epal hijau (granny smith) . Boleh dapat di kebanyakan pasaraya. Saya kupas kulitnya dan blend sendiri.
3. Makan tengahari - minum jus 3 biji epal hijau
4. Makan malam - minum jus 3 biji epal hijau
5. Banyakkan minum air kosong selama proses ini.
6. Sebelum tidur (10 malam) – Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.
7. Lansung tidur. Kalau boleh posisikan badan mengiring ke kanan dan rapatkan kaki ke badan (tidur dengan badan kerekot). Ini dapat membantu proses mengeluarkan batu hempedu.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

Cara 2: Proses 6 hari
1. Setiap hari minum air epal hijau (granny smith) selama 5 hari pertama selepas makan sarapan, makan tengahari, makan petang dan makan malam.
2. Pada hari ke 6 : Lepas sahur mula puasa.
3. Buka puasa lebih kurang jam 6 petang.
- 6 pm : minum dengan bancuhan 1 cawan air dan 1 sudu teh garam Epsom.
- 8 pm : ulang minum garam Epsom (boleh didapati di Guardian atau farmasi)
- 10 pm : Sebelum tidur. Campurkan air perahan lemon (3 biji) dengan minyak zaitun (250ml) . Minum sampai habis.

Perut akan rasa memulas nak buang atau rasa nak buang esok pagi.

Seelok-eloknya rancang bila nak mula proses hari pertama. Supaya tak ganggu rutin harian. Contohnya hari ke 6 tu jatuh pada hari hujung minggu. Tak ada la letih sangat sebab berpuasa.

Tujuan penggunaan
- limau adalah untuk menumpulkan permukaan batu-batu hempedu. Supaya tidak mencederakan organ dalaman semasa proses bergerak keluar dari hempedu.

- Epal hijau pula bertujuan untuk melembutkan batu-batu hempedu agar ia senang dan mengelongsor keluar dari hempedu

- Minyak zaitun. Selepas berpuasa, minyak zaitun masuk ke dalam badan, ia akan dikesan sebagai kandungan lemak yang tinggi. Isyarat akan dihantar kepada hempedu supaya bekerja keras. Secara tidak langsung batu hempedu akan dipam keluar semasa hempedu bekerja pada tahap luar biasa ini.

- Garam Epsom pula membantu membuka saluran hempedu

- Amalkan 6 bulan sekali.

Selamat mencuba. Insyaallah
Boleh lawati Facebook untuk baca pengalaman dan tips bekas pesakit di sini 

BAGAIMANA MENGATASI BATU DALAM HEMPEDU
Anda dah tau apa yang menyebabkan batu dalam hempedu dan cara merawatnya. Seboleh-bolehnya, anda kawal tubuh badan anda supaya tidak kena batu dalam hempedu ni.

Bagaimana? 
Dengan menjaga pemakanan anda, iaitu dengan mengurangkan makanan yang boleh menyebabkan batu hempedu seperti yang disebut di atas.

Selain itu, anda boleh amalkan supplement berikut bagi tujuan di atas.
Anda mempunyai 5 pilihan:

(1) Garlic Complex 60 biji RM47.50
(2) Lecithin 180 biji RM52.50
(3) Omega Guard 90 biji RM136.00
(4) CoQHealth Plus 30 biji RM124.00
(5) Phytocol 120 biji RM197
(6) Vivix 150ml RM475.00

Bagaimana hendak membuat pilihan supplement?

(1) Anda disarankan memilih Garlic Complex jika:
Anda kurang mampu dari segi kewangan
Anda penggemar makanan bersup sahaja
* Garlic Complex menurunkan kadar serum trigliserida dan kolesterol LDL (kolesterol jahat)

(2) Anda disarankan memilih Lecithin jika:
Anda gemarkan makanan yang berkolesterol
Anda sedar yang menjaga tahap kolesterol lebih penting daripada kemampuan kewangan
* Lecithin menerutralkan kolesterol dalam darah

(3) Anda disarankan memilih Omega Guard jika:
Anda memerlukan hasil yang lebih pantas untuk membuang kolesterol yang banyak di dalam tubuh badan anda
* Omega Guard mempunya EPA & DHA yang dapat menurunkan kadar kolesterol LDL (kolesterol jahat)

(4) Anda disarankan memilih CoQHealth Plus jika:
Anda suka makan
Anda mempunyai tahap kolesterol yang tinggi
Anda belum berkemampuan memiliki Vivix
* CoQHealth Plus mengikis lemak & kolesterol dalam saluran darah

(5) Anda disarankan memilih Phytocol-ST™ jika:
Anda mempunyai tahap kolesterol yang masih rendah
Anda gemarkan makanan yang berkolesterol
Anda sedar yang menjaga tahap kolesterol lebih penting daripada kemampuan kewangan
* Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
Berkesan dalam merendahkan paras kolesterol LDL  (kolesterol jahat) secara semula jadi.

(6) Anda disarankan memilih Vivix jika:
Anda berkemampuan
Anda suka makan
Anda memegang rekod tahap kolesterol tertinggi
Anda ada penyakit-penyakit lain
Anda amat jarang bersukan
Anda semakin meningkat usia
* Vivix membaik pulih tubuh dari pelbagai jenis penyakit dengan cepat, selamat & berkesan



*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*

Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Salam sayang,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms/Telegram : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com
Facebook Page : Sihat Jelita Bersama Ruza
Instagram : Ruzana Ibs




RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign