Pages

24 June 2015

GASTRIK BUKAN HALANGAN BERPUASA

Apakah perkara yang paling membimbangkan ketika bulan puasa? Mungkin ada di kalangan anda yang bukan pening memikirkan tentang godaan makanan yang lazat tetapi gangguan penyakit yang boleh menggagalkan puasa anda. Paling meresahkan apabila anda tidak mampu menyempurnakan puasa walaupun hanya setengah hari.

Mulut terasa mual, sakit pada bahagian ulu hati, muntah sehingga lembik.. sehinggakan anda tidak mampu berbuat apa-apa.

DISPEPSIA FUNGSIONAL
Ia adalah gangguan fungsi gastrik yang disebabkan oleh pola pemakanan yang tidak teratur, pengambilan snek berlemak, minum kopi atau mengambil minuman bersoda sepanjang hari.

Masalah ini normal dan pengambilan makanan yang teratur boleh mengurangkan gangguan gastrik atau hilang sama sekali.

DISPEPSIA ORGANIK
Ia adalah gangguan kesihatan yang bermula dengan luka pada bahagian usus akibat jangkitan kuman Helicobacter Pylori.

APAKAH PENYAKIT GASTRIK?
Penyakit gastrik adalah penyakit yang disebabkan oleh radang atau hakisan pada dinding perut. Penyakit ini boleh terjadi secara mengejut atau secara perlahan. 

BAGAIMANA BOLEH TERJADI GASTRIK
Keadaan ini terjadi disebabkan oleh jus perut yang berlebihan sehingga terjadinya radang atau hakisan di dinding perut.

PUNCA GASTRIK
- Jangkitan kuman Helicobacter Pylori
- Pengambilan ubat penahan sakit secara berterusan
- Pengambilan minuman beralkohol yang berlebihan
- Pengambilan makanan secara tidak menentu
- Peningkatan usia
- Tekanan perasaan

SIMPTOM
- Sakit pada bahagian atas perut.
- Kembung perut
- Loya dan muntah
- Hilang selera makan
- Najis berwarna hitam

KESIMPULAN
Sebenarnya penyakit gastrik yang tidak terkawal boleh menjejaskan ibadah puasa yang dilakukan dan berkemungkinan besar TIDAK akan dapat menunaikan ibadah puasa. Malah, simptom gastrik pesakit akan bertambah teruk apabila seseorang meneruskan puasa.

Walau bagaimanapun, sekiranya penyakit gastrik berjaya dikurangkan, seseorang itu boleh berpuasa dengan lengkap.

BAGAIMANA ATASI GASTRIK DENGAN SHAKLEE
Jom baca dulu testimoni mereka yang amalkan supplement Shaklee
sebelum saya senaraikan produk Shaklee yang berkaitan.

Di bawah ini adalah senarai supplement yang saya nak cadangkan berdasarkan testimoni di atas di samping beberapa pengalaman pelanggan saya yang telah mengamalkannya.


ESP adalah sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Kerana itu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik tu.


Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut serta membuang angin di dalam badan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

MAKANAN YANG MENAMBAHKAN GASTRIK
Seboleh-bolehnya elakkan makan makanan yang berikut
1) Makanan banyak angin. Contoh : Durian, cempedak, nangka
2) Makanan pedas 
3) Makanan masam
4) Minuman bergas

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign