Mawar adalah pokok bunga yang cantik tetapi manja. Ia mesti dibelai dan dibaja selalu. Ada pelbagai petua untuk membantu bunga mawar sentiasa subur dan lebat. Namun ini ada tip yang sangat berkesan dan mudah daripada editor majalah LAMAN IMPIANA. Sekiranya anda masak udang. Kulitnya jangan terus dibuang. Anda boleh gunakan baja kulit udang tersebut dan tabur di keliling pokok bunga. Lakukan cara ini tiga atau empat hari sekali secara berselang seli. Anda akan lihat perubahan bunga mawar anda bukan sahaja tumbut lebat malah subur. Selamat mencuba!
http://impiana.karangkraf.com/tips/petua-lebatkan-bunga-mawar-1.425720