Saya jarang-jarang membeli barang kemas emas. Sekali saya beli, pakainya bertahun. Anak-anak perempuan saya pun bukan yang jenis suka memakai barang kemas, bila belikan kepada mereka, mereka tak pakai pun. Jadi, beli & pakai untuk diri sendiri sajalah.
Anda pun macam saya juga kah? Atau anda memang suka dengan barang kemas emas ni?
Kalau macam tu, jom kita tengok tips membeli emas yang saya baca ni. Ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli barang kemas malah jongkong emas. Pastikan anda membuat kajian tentang syarikat atau kedai menjual emas itu.
(1) HARGA PER GRAM MURAH
Rujuk laman web rasmi ataupun pengedar anda. Memang setiap syarikat memaparkan harga semasa, namun ada syarikat yang menjual di bawah paras harga tersebut.
(2) SUSUTNILAI RENDAH
Susutnilai adalah perbezaan harga beli dengan harga jual atau disebut spread.
Pastikan anda menyemak harga beli dan harga jual yang biasanya tertera di dinding kedai.
Jika tiada, anda patut bertanya & rekodkan.
Bandingkan dengan kedai-kedai lain.
(3) STOK TIADA HAD
Pesanan minimum adalah satu gram dan tiada had maksimum.
Belilah seberapa banyak emas yang anda mahu dan mampu.
(4) BERBILANG CAWANGAN
Lebih banyak cawangan, maka lebih stabil sesebuah syarikat / kedai tersebut.
Mungkin mereka mampu tawarkan harga yang lebih rendah kerana mereka mengeluarkan emas secara pukal.
(5) MUDAH DIJUAL BALIK
Pastikan syarikat tersebut bersedia membeli semua barang emas anda pada kadar yang lebih tinggi.
Adalah lebih baik jika anda berpeluang menjual balik di tempat yang anda membeli emas itu dulu.
Kalau tidak, baru cuba jual sendiri melalui facebook atau kepada pembeli lain.
(6) KUALITI TERJAMIN / DIIKTIRAF
Pastikan syiling atau jongkong yang anda beli didatangkan dengan sijil keasliannya.
Sijil tersebut ada menyatakan tentang ketulenan emas tersebut samada 999 atau 916 berserta beratnya.
Sebaiknya ada tandatangan dan tanda kualiti daripada organisasi bertaraf jongkong Public Gold.
(7) MUDAH DITERIMA DI ARRAHNU
Inilah syarat paling utama apabila anda membeli jongkong/barang kemas.
Awas juga kerana syarikat arrahnu tidak menerima barang kemas yang berbatu permata.
Pastikan jongkong yang anda beli itu mudahlaku.
Tanya terlebih dahulu kepada pengedar atau pengendali arrahnu jika anda perlukan kepastian.
Semoga perkongsian ini dapat memberi anda idea untuk membeli emas di masa akan datang.
Kredit :Liza Zahira (Nur)