APA YANG ADA DI DALAM AIR MINUMAN ANDA?
Bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan anda sebenarnya boleh hadir dalam air minuman keluarga anda. Bahan beracun & berbahaya, logam berat, pencemaran pertanian seperti racun perosak -- bahan cemar berbahaya ini boleh memasuki bekalan air kita dan mempunyai potensi untuk mewujudkan cabaran kesihatan jangka panjang.
Apakah sumber air minuman anda?
Sumber air di negara kita adalah dari sungai dan keadaan sungai-sungai kita sangatlah kotor (dicemari bangkai binatang, manusia, sampah sarap dan bahan buangan dari kilang).
Apa yang dilakukan oleh syarikat bekalan air adalah menapis segala sampah sarap dan kemudian memasukkan bahan kimia seperti tawas, klorin dan fluoride untuk memperbaiki rasa, warna dan bau air tersebut. Selain dari itu, klorin juga berfungsi untuk membunuh virus seperti salmonella, e-coli dan bakteria.
Tahukah anda?
Air paip yang mengandungi klorin apabila dimasak, kebanyakan kuman dan bakteria akan mati. Walau bagaimanapun, ia tidak menghapuskan bahan kimia dan logam berbahaya yang terkandung dalam air tersebut.
Bahaya Klorin kepada tubuh anda:
- Menjadi toksid kepada tubuh manusia jika terhidu
- Menghakis tisu manusia
- Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen
- Jika dipanaskan akan menghasilkan sebatian yang karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser.
Di samping itu, walaupun air telah dirawat dengan klorin, ada masanya paip di rumah anda telah berkarat, kerana melalui saluran paip besi. Maka air yang keluar dari paip anda adalah air berkarat.
Logam berat yang terdapat dalam air yang kita minum akan terkumpul dalam badan dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser atau fibroid bagi wanita dan boleh menyekat pertumbuhan IQ kanak-kanak.
Malah, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, toksin boleh dipindahkan kepada bayi melalui susu mereka. Toksin adalah sejenis bahan asing yang merbahayakan kesihatan.
Di dalam badan kita terdapat dua jenis penapis bahan cemar yang mungkin tidak dapat ditukar ganti. Ia adalah HATI dan BUAH PINGGANG.
Hati adalah organ utama yang membantu menapis segala toksin dari mencemari tubuh. Kemasukan toksin yang tidak terkawal akan menyebabkan bebanan pada organ tersebut. Bahan cemar logam berat seperti lead dan merkuri adalah sangat sangat bahaya kerana menurut kajian, kehadiran kedua-dua jenis logam berat ini boleh membunuh tikus dengan serta-merta.
Logam berat tidak akan keluar dari badan kita. Ia akan terkumpul dalam badan. Lead boleh merendahkan IQ, menyebabkan seseorang mudah lupa, menambahkan free radicals dalam badan dan boleh menyebabkan seseorang itu risau tanpa sebab (anxiety).
Maka, adalah penting untuk pastikan apa yang kita masukkan dalam badan kita adalah bahan yang selamat.
Perlukah penapis air di rumah?
Oleh kerana sumber air sekarang adalah sangat kotor, maka jumlah bahan kimia yang dimasukkan untuk merawat air pun pasti semakin banyak.
Jadi, penapis air yang baik adalah sangat penting dalam setiap rumah.
Jika anda ada memasang penapis air di rumah anda akan lihat betapa cepatnya penapis menjadi kotor disebabkan warna karat.
Sebenarnya air yang bersih saja tak mencukupi. Sepatutnya, "anda minum air yang sihat". Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia.
Bagaimana memilih Penapis Air?
Bagi yang pentingkan kualiti produk, adalah dinasihatkan mendapatkan yang ada seal atau sticker asli NSF dan WQA. Yang ini contoh penapis yang diiktiraf standard untuk ceramic candlenya sahaja.
Untuk pengetahuan anda, Standard yang paling popular bagi penapis air adalah NSF. NSF adalah satu organisasi bebas yang memberikan sijil standard bagi pelbagai jenis produk. Salah satu daripadanya adalah produk penapis air.
Standard 042 adalah standard paling basic bagi sesebuah penapis air. Kalau penapis air itu dapat menapis klorin, baiki rasa dan bau air, ia boleh mendapat Standard 042 .
Standard 053 adalah standard bagi penapis yang dapat menapis bahan cemar seperti logam berat, pencemaran industri, pertanian dan sebagainya, yang boleh menjejaskan kesihatan.