Pages

31 October 2015

PAKAI BAKING SODA, WAJAH AKAN PUTIH !!!

PAKAI BAKING SODA, WAJAH AKAN PUTIH !!!

PAKAIBAKINGSODA,WAJAHAKANPUTIH

PAKAIBAKINGSODA  PAKAIBAKING SODA

Kalau anda takut pakai krim yang tidak jelas dan risau akan dapat efek negatif, jom cuba manfaatkan saja yang ada di dapur : iaitu baking soda. Kos sangat murah.

Selain untuk wajah, boleh guna baking soda untuk kebaikan kesihatan satu badan.

Juga boleh digunakan untuk pembersihan perkakas serta rumah anda.

1001 guna baking soda ni... JOM CUBA!

TAPI!!! Baca AMARAN di bawah dulu ya!

1. Penghilang Flek Hitam


Banyak hal yang boleh menyebabkan terjadinya flek hitam yg kadang timbul di tangan, wajah dan bahagian kulit lain, salah satunya adalah bekas jerawat. Bekas jerawat tidak boleh hilang jika dibiarkan saja. Harus melakukan perawatan untuk menghilangkan noda bekas jerawat tersebut. 

Cara :

Satu sudu besar baking soda
Campur dengan sedikit air, usahakan untuk tidak terlalu cair
Oleskan ke wajah kecuali bahagian mata dan bibir, kemudian biarkan sehingga kering atau selama 25 minit.
Bilas menggunakan air suam.
Amalkan setiap hari.

2. Memutihkan Kulit

Manfaat baking soda adalah memutihkan kulit, kerana baking soda boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati di dalam wajah. Jika sel-sel kulit mati terus dibuang, akibatnya wajah pun boleh menjadi putih dan bebas dari sel kulit mati penyebab kekusaman. 

Cara :

Campurkan dua sudu besar baking soda menggunakan air sabun
Oleskanlah ke bagian kulit wajah
Tekan-tekan wajah anda dengan jari secara perlahan-lahan
Bilas dengan air suam

3. Sabun Pembersih Kulit

Baking soda juga boleh digunakan sebagai pembersih wajah. Sifat baking soda yang boleh meyingkirkan sel-sel kulit mati adalah sesuai untuk dijadikan pembersih wajah dan juga pemutih wajah. 

Cara :

Campurkan baking soda bersama air
Gunakanlah untuk cuci muka sambil mengusap secara halus permukaan wajah.


4. Menghilangkan Minyak pada Wajah

Baking soda boleh digunakan sebagai penghilang minyak pada wajah. Jika digunakan untuk mencuci wajah, ia boleh membuat wajah menjadi kesat, bersih dan juga berkilau.


5. Membersihkan Sel Kulit Mati

Kulit yang kusam dan tidak cerah banyak disebabkan oleh sel-sel kulit mati di atas permukaan wajah. Sel kulit mati itu penyebab wajah kusam kerana sel kulit tidak boleh bergenerasi, sehingga sel kulit mati digantikan dengan sel yang baru. 

Cara :

Dua sudu besar baking soda
Campurkan ke dalam dua gelas air
Campur hingga rata
Gunakanlah sebagai pembersih wajah dengan menggunakan cairan tersebut
Baking soda bersifat exfoliant sehingga kulit wajah terasa lembut dan berupaya menyingkirkan sel-sel kulit mati di permukaan wajah


6. Mencerahkan Kulit Ketiak

Baking soda juga bersifat sebagai antiperspirant yang dianggap bisa membuat kulit ketiak lebih cerah. Selain alami, dibandingkan dengan deodorant baking soda lebih aman dan lebih berkhasiat dibandingkan dengan deodorant yang memiliki bahan kima. 
Cara :

Campurkan sebanyak 4 sudu makan makan baking soda
Sapu ke kulit ketiak.
Selain mencerahkan kulit ketiak, baking soda juga boleh membuat ketiak menjadi segar begitu juga dengan baunya` (tak bau busuk dah la) Ketiak pun akan menjadi lebih bersih dibandingkan dengan memakai deodorant biasa.


7. Membersihkan Kuku

Tanpa melakukan pedicure dan menicure, anda boleh mendapatkan kulit kuku sehat hanya menggunakan manfaat baking soda. Sebagai seorang wanita penting untuk selalu menjaga kesehatan dan kecantikan kukunya.

Cara :

Ambil baking soda yang secukupnya.
Campurkan dengan sedikit air.
Gaul baking soda dengan air sehingga menjadi seperti bentuk pasta. Usahakan dalam membentuk adunan pasta tidak terlalu kental dan juga jangan terlalu cair.
Tekan kuku tangan dan juga kuku kaki menggunakan baking soda.
Baking soda boleh membuat kulit kuku tangan dan kulit kuku kaki menjadi bersih dan juga putih.


8. Skrub Alami

Skrub pun boleh dilakukan menggunakan baking soda. Boleh buat skrub wajah maupun skrub badan. 

Cara :

Campurkan baking soda dengan air. Sapukan kepada wajah atau pada kulit tangan dan kulit kaki, serta mana-mana bahagian badan. Skrub ini boleh menyingkirkan sel-sel kulit mati di kulit badan mahupun di kulit wajah. 


9. Kondisioner Rambut














Percaya atau tidak, baking soda boleh digunakan menjadi kondisioner (pelembab) rambut.

Cara :
Sangat mudah. Lepas bersyampu, ramas rambut dengan baking soda. Lalu bilas. 


10. Ubat Kumur 

Kandungan di dalam baking soda boleh membuat mulut menjadi segar dan bersih, selain itu kuman di dalam mulut pun mati. 

Cara :

Satu sudu teh baking soda
Campur dengan 100 ml air
Kacau sampai sebati
Gunakanlah berkumur setiap pagi / malam


11. Penghilang Bau Mulut

Cara :

Satu sudu teh baking soda
Campur dengan 100 ml air
Kacau sampai sebati
Gunakanlah berkumur setiap pagi / malam


12. Penghilang Bau Badan

Bau badan bisa disebabkan oleh ketiak. 

Cara :
Tabur/sapu baking soda pada ketiak sehingga bau badan pun tidak akan muncul dan ketiak tidak akan berkeringat.


13. Penghilang Gatal

Penyebab gatal sangat banyak sekali, salah satunya adalah rasa gatal yang diakibatkan oleh gigitan serangga. Rasa gatal itu tentu akan sangat menganggu sekali. Cuba guna baking soda untuk menghilangkan gatal akibat gigitan serangga tersebut.

Cara :

1 sudu teh baking soda
Campurkan menggunakan sedikit air
Gunakan campuran air dan baking soda itu untuk menggosok bahagian tubuh yang terasa gatal (sapu macam sapu losyen)
Biarkan selama beberapa minit sebelum membilasnya.


14. Mengurangi Efek Panas Matahari

Matahari boleh menyebabkan kulit terasa terbakar. Untuk mengurangkan efek panas dan efek sakit akibat sinaran matahari boleh cuba menggunakan baking soda. Efeknya yang menyejukkan boleh membuatkan efek panas dari sinaran matahari berkurang. 

Cara :

Campurkan air ais dengan baking soda
Celupkan saputangan atau kain atau span ke dalam air rendaman tersebut
Kompreskan pada kulit yang terkena sengatan matahari atau ke kulit yang terasa panas


15. Pemutih Gigi

Yang ni paling best - mudah & murah.

Cara :

1 biji buah strawberi yang telah masak dilembutkan.
Campurkan buah strawberi itu dengan setengah sudu teh baking soda.
Oleskan campuran strawberi & baking soda itu ke permukaan gigi.
Biarkan selama lima minit.
Setelah itu, gosok gigi dengan berus gigi.
Kemudian berkumur hingga bersih. 
Lakukanlah selama seminggu sekali, jangan berlebihan. 
Jika berlebihan akan ada efek sampingannya, iaitu kerosakan di lapisan teratas gigi atau lapisan enamel gigi.


16. Menyegarkan Kaki Yang Lenguh

Kaki yang lenguh boleh disegarkan menggunakan baking soda. Boleh cuba pada Azrina ni, dia selalu komplen lenguh setiap kali balik sekolah.
Cara :

Satu sudu makan baking soda.
Campurkan dengan air suam.
Gaul hingga rata. Setelah rata, rendamkan kaki ke dalam air rendaman tersebut selama 30 minit atau sehingga air rendaman menjadi sejuk. 
Anda juga boleh melakukan picit-picit dengan lembut pada kedua belah kaki anda. 
Kemudian lapkan/pedapkan kaki dengan kain lembut. Lepas tu sapu dengan Herbal Blend Shaklee.


17. Membersihkan Tandas

PAKAIBAKINGSODA,WAJAHAKANPUTIH
Baking soda boleh mengurangkan kotoran dan kuman di tandas, sehingga tandas bebas dari kuman dan bakteria penyakit. Tak perlu pakai clorox dan pencuci yang mempunyai bahan kimia berbahaya.


Cara :

Taburkan serbuk baking soda ke lubang tandas / lantai.
Beruskan menggunakan berus tandas atau berus lantai.
Kemudian siramla dengan air. Tandas tu boleh la flush. Bersih berkilau!

18. Pemadam Api

Baking soda bisa digunakn untuk memadamkan api lebih cepat. 

Cara :

Tuang baking soda ke dalam botol
Spray serbuk baking soda ke arah api.


19. Pembersih Noda

Biasanya baju sekolah yang putih tu nampak sangat berdaki kan. Boleh cuba baking soda. Saya pun nak cuba.

1/4 cawan baking soda
Campurkan dengan detergent
Lalu gunakan untuk mencuci pakaian yang ada kotoran / daki tersebut

20. Pembersih Buah Dan Sayuran 

PAKAIBAKINGSODA,WAJAHAKANPUTIH

Baking soda juga bisa digunakan untuk membersihkan buah dan sayuran, sehingga manfaat buah dan sayuran yang dibersihkan akan terbebas dari pestisides. Manfaat baking soda bisa digunakan untuk menghapuskan bakteria yang juga menempel pada buah dan sayuran.

Cara :

Campurkan baking soda dengan air
Rendam buah/sayur di dalam campuran air dan baking soda tersebut beberapa minit.
Kemudia bilas buah / sayur tersebut


21. Membersih Saluran Sink / Bilik Air tersumbat

Untuk membersihkan saluran sink / bilik air yang tersumbat boleh cuba menggunakan baking soda.

Cara : 
Taburkan secawan baking soda dan satu botol air yang berisi air panas ke saluran pembuangan/sink/bilik air. 


22. Membersihkan Kain Lap 

Kadang kita guna kain buruk/ tuala kecil untuk lap tangan, pinggan basah, meja dan peralatan rumah lain yang berdebu. Boleh cuba baking soda untuk hilangkan kotoran yang terlekat di kain tersebut.

Cara :

Rendam kain di dalam air rendaman yang telah dicampurkan dengan baking soda. Lihat kotoran yang tertanggal


23. Pembersih Microwave

Microwave akan sukar dibersihkan terutama jika di dalam microwave terdapat bahan makanan yang telah melekat sebati dan kemudian mengering. 
Manfaat baking soda adalah ia boleh membersihkan sisa makanan yang biasanya menempel pada microwave. Caranya pun sangat mudah. 

Cara :

Tuangkan serbuk baking soda ke dalam bekas kaca atau bekas tahan microwave ke dalam air panas.
Panaskan dalam microwave selama dua minit.


24. Menghilangkan Bau

Baking soda juga bisa digunakan sebagai penghilang bau, conotohnya di dalam peti sejuk. 

Cara :

Tuangkan baking soda ke dalam bekas yang terbuka. Biarkan di dalam peti sejuk tersebut. 

Baking soda akan menutralisekan bau yang ada di dalam peti sejuk tersebut.
Selain itu, baking soda juga boleh menjaga kesegaran makanan juga minuman yang ada di dalam peti sejuk anda.


25. Pembersih Perhiasan

Emas dan perak kilaunya akan mudah hilang. Untuk mengembalikan kilaunya, anda boleh cuba menggunakan baking soda.

  
Cara :
Gosokkan baking soda tersebut ke atas emas dan perhiasan yang anda miliki. Biarkan selama lima minit, kemudian bersihkan menggunakan air bersih.
Perhiasan pun akan kembali berkilau seperti baru.


26. Menghilangkan Kekotoran Bawah Periuk

Bahagian bawah periuk atau bahagian bawah peralatan memasak adakalanya hangus dan hitam. Untuk mengembalikan kecantikan dan kemulusan alat masakan anda, boleh cuba menggunakan baking soda. 
   
Cara :

Celup dawai besi ke dalam serbuk baking soda kemudian gosokkan pada alat masakan yang ada kekotoran hangus tersebut.
Tambahkan cuka sedikit, kerak hangus pun akan hilang.


27. Menghilangkan Kekotoran / Daki di Mug/Cawan/Gelas/Teko

Mug/Cawan/Gelas/Teko (terutamanya yang berwarna putih) pasti akan berdaki terutama yang selalu digunakan untuk membancuh kopi dan teh. Baking soda boleh membantu untuk memutihkan semula Mug/Cawan/Gelas/Teko anda.
Hasil carian imej untuk cuci cawan dengan baking soda
Cara :

Gosokkan serbuk baking soda dengan menggunakan span kasar  ke atas bahagian cawan yang basah sehingga bersih.


Amaran : 


Bagi yang merasa was was untuk meletakkan baking soda ke atas wajah dan kulit, saya sarankan anda mencuba di bahagian yang tak nampak dulu, contohnya di leher (situ pun kadang-kadang bedaki kan?). Ini kerana jenis kulit muka kita ni berbeza-beza. Ada yang sesuai, ada yang sensitif.

Sama juga bila kita beli baju, kita cuba fitting dulu kan? Kalau kita rasa ngam dan sesuai, baru kita beli dan is happy with it. 

Jadi apapun silakan mencuba dulu kalau merasa kulit kita panas gatal dan rasa tidak sesuai maka jangan amalkan dan jangan gunakan bahan ini.

Saya hanya berkongsi tips yang saya baca... tapi saya TIDAK menjamin dan menanggung jika sekiranya sesuatu berlaku pada kulit anda. 

Anda boleh cuba, tapi tanggung risikonya sendiri ya.. jangan pulak salahkan saya.. hehe.

Sila terus berjumpa doktor/pakar kulit anda masing-masing jika sekiranya terjadi sesuatu pada kulit anda.

Lebih baik, jika kulit anda jenis sensitif, sebelum mengamalkan bahan ini sila berjumpa doktor/pakar kulit anda masing-masing ya! 

Bagi yang sudah mencoba dan hasilnya sangat memuaskan. TAHNIAH!

"Selamat duit, banyak boleh berjimat".

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign