Pages

10 June 2015

TAK PERNAH BUAT MEDICAL CHECK-UP : BOLEH MEMBAWA KEMATIAN...?

Tengok tajuk macam teruk sangat kan, kalau tak pernah buat medical check-up boleh membawa kematian.. masyaa Allah. Scary.
Hidup mati, ajal maut di tangan Allah. 

Apa pun, saja buat gempaq soalan tu.. sebab, selama ini kita tengok seseorang tu sihat je, tetapi, sampai satu hari dapat berita beliau telah meninggal dunia, akibat sesak nafas dan sebagainya.

PERLUKAH ANDA MEMBUAT PEMERIKSAAN KESIHATAN (MEDICAL CHECK-UPwalaupun anda rasa tubuh badan anda sihat walafiat tidak pernah rasa sakit, hanya demam setahun sekali? Tak tau maknanya tak sakit.. hehe. Bahaya tu. Tak pernah sakit, tak semestinya dalam badan tu sempurna.

Pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat membantu kita memantau perkembangan kesihatan kita. Gaya hidup moden, faktor stress, kurang bersenam, selalu makan makanan segera boleh mempengaruhi keadaan kesihatan kita. Pemeriksaan kesihatan adalah satu rangkaian ujian kesihatan, yang dilakukan secara menyeluruh bertujuan mengetahui kondisi kesihatan kita. Jadi dengan melakukan pemeriksaan kesihatan ini, kita dapat mengetahui sejak awal jika adanya penyakit yang dapat mengganggu kesihatan kita. Ia dapat membantu kita melakukan tindakan pencegahan dan pengubatan awal untuk mengatasi serangan penyakit tersebut. Pemeriksaan kesihatan sangat efektif untuk mengesan dan mengetahui penyakit sejak awal.

Anda pasti bersetuju dengan saya bahawa mencegah penyakit lebih murah biayanya berbanding pengubatannya. Pemeriksaan kesihatan dapat dilakukan seawal mungkin, pada usia dewasa muda (sekitar 25 tahun). Bila anda telah berusia lebih dari 35 tahun atau 40 tahun, memang sangat disarankan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin. Selain itu kita juga harus menjalankan pola hidup sihat dengan mengkonsumsi makanan berserat seperti sayur, buah, mempunyai cukup istirehat (paling kurang tidur 8 jam sehari) serta minum air kosong sebanyak sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

Kebiasaannya, bila umur dah mencapai 40an, tubuh badan mungkin akan mengalami perubahan ketara dari segi kesihatan.. maklumlah, dah 40 tahun mengumpul toksik dan sebagainya.. kalau tak jaga pemakanan la... DAN.. kebiasaannya bila berumur 40 tahun, berbagai penyakit mula cuba hinggap. Jadi, jawapannya : YA, anda perlu melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin bila anda mencapai umur 40 tahun.

KISAH MEDICAL CHECK-UP SAYA
9 Jun 2015 pergi ke Salam untuk buat pemeriksaan kesihatan. Saja-saja nak buat sebab bulan Ogos ni saya berumur 44 tahun. 
2 jam juga menunggu untuk berjumpa doktor. Sampai hospital pukul 10.35pagi... selesai semua pukul 12.35 tengahari. Dah sampai lewat, ramai lagi pesakit lain yang sudah tiba lebih awal. Jadi, nasihat saya, kalau nak cepat selesai, datang awal ye.. seawal 7.30 pagi.. hihi.

Doktor tu saya dah kenal, sebab saya dulu pernah kerja kat situ sebagai Ketua Unit bahagian Akaun. Jadi, tak lah rasa takut sangat... Doktor tu pun baik orangnya, Dr Nik Wan Rusmani. Beliau sendiri yang mengambil darah saya. 
Sebelum dia letak jarum kat pelipat lengan saya, dia kata, "saya nak cucuk ni ye.. sakit sikit je." Nervous semacam pulak dah.. padahal dah berapa kali kena ambil darah sebelum ni, setiap kali mengandung kut.. 5 kali mengandung dah tu.. hehe.. Sebenarnya, tak sakit pun.

DEBARAN MENUNGGU KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN
Keputusan didapati keesokan harinya. Sebelum pergi ke hospital, saya whatsapp Dr Nik dulu. Beliau awal-awal dah bagitau, keputusan OK.. Alhamdulillah!

Sampai di hospital, jumpa doktor & beliau terangkan serba sedikit tentang keputusan pemeriksaan kesihatan ni.

Beliau tekankan tentang tahap kolesterol. Kata beliau, bacaannya tak membahayakan malah masih terkawal. Kalau selama ini tak pernah makan ubat kolesterol, tak perlu risau .. cuma kena kawal pemakanan. Beliau berseloroh, "Puan kan tokey Shaklee.. makan la supplement Shaklee!"

Sebenarnya saya memang sedang mengamalkan Phytocol serta Omega Guard, tapi bukan setiap hari saya makan...hanya selang sehari, sebab saya yakin tahap kolesterol saya baik. Jadi, lepas ni, saya akan tingkatkanlah kekerapan pengamalan 2 supplement tersebut selepas ini. Di samping itu saya pun mengamalkan Vivix yang memperbaiki sistem tubuh dari tahap selular. Makanan pun kena pilih dengan berhati-hati, jangan makan yang banyak kolesterol... daaaann....PASTIKAN BERSENAM DENGAN KERAP...
Hmm.. patutla, dah lama tak pi jalan-jalan kat taman Shah Alam tu.

Oh ya, selepas darah diambil baru doktor mengambil tekanan darah saya. Tapi beliau berkata takde masalah kalau ambil tekanan darah selepas ambil darah, it won't make much difference. 

Bacaan tekanan darah saya waktu itu adalah 126/76*.

*126 = tekanan sistolik
    60 = tekanan diastolik. 

Bacaan tekanan darah yg normal ialah : 
Tekanan sistolik = 120 – 139 mmHg 
Tekanan diastolik = 80 – 89 mmHg

KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN SAYA
Nah, di bawah ini adalah keputusan dari pemeriksaan kesihatan saya semalam. Insyaa Allah akan saya kupaskan tentangnya secara terperinci.. kena study dulu.. hehe.






RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign