Ye ke? ;-P
Pages
▼
28 October 2014
MaxisONE plan
Bukan nak iklankan Maxis.. tapi nak cerita, Adik kata budak baju biru tu adalah dia.. kihkih...
Ye ke? ;-P
Ye ke? ;-P
27 October 2014
POKOK BARU HADIAH ABANG UNTUK MAK
Pokok2 Abg Nuar hadiahkan Mak semalam. ... boleh tumpang sama hasilnya nanti!
Thanks soo much Abg Nuar!
Menambah koleksi pokok-pokok di rumahku.
KAPALTERBANG PLASTESIN ADIK
What do u think this is? Adik kata kapalterbang.. maybe masa dia buat ni dia bayangkan kapalterbang.. but.. mama nampak macam kucing je dik... or anjing ;P
Tapi, bila tengok balik.. ha ah la.. kapalterbang... kan?
20 October 2014
GOUT & SHAKLEE
Apakah Gout?
Gout adalah sejenis penyakit sendi.
Punca Gout?
Gout berpunca daripada asid urik berlebihan yang terkumpul di dalam badan. Asid urik adalah bahan buangan terhasil semasa proses penghadaman sejenis protin bernama purin. Apabila tubuh kita berlebihan asid urik yang terkumpul di dalam sendi, ia akan menyebabkan gout, batu karang, dan kegagalan buah pinggang. Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.

Majoriti pesakit gout adalah lelaki dalam lingkungan usia 30 hingga 60 tahun.
Wanita yang telah putus haid (menopaus) juga berhadapan dengan risiko penyakit ini.
Kaum wanita (sebelum putus haid) jarang mendapat penyakit ini.
Kadar pesakit gout dianggarkan satu dalam 100 orang.
Pesakit gout juga berisiko untuk sakit jantung dan kejadian batu karang pada buah pinggang.
Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.

Sakit Gout ini mungkin boleh sembuh dengan syarat pesakit mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya sepanjang masa. Cara pemakanan pesakit harus ditukar kepada berlebihkan sayur-sayuran dan kurangkan daging dan makanan laut.
Tanda-tanda anda diserang Gout
Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki. Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit. Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi Gout
Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
Di samping itu, anda wajib menjaga pemakanan.
Elakkan makanan yang kaya dengan purin seperti :
-Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
-Ikan bilis, ikan kembung, ikan sardin
-Daging cincang
-Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
-Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
Kurangkan makanan seperti :
-Asparagus
-Bunga kobis
-Cendawan
-Bayam
-Kekacang seperti kacang tanah, lentil, beans & peas
-Telur
-Roti
-Jagung
-Bijirin
Pesakit adalah disarankan mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan.
Di samping itu, pesakit boleh cuba mengamalkan supplement semulajadi seperti berikut:
♥Vivix
♥Alfalfa Complex
♥Performance Drink
♥Omega Guard
♥Advanced Joint Health Tablet
♥Ostematrix
Fungsi-fungsi Set Gout Shaklee:
Vivix - Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut. Vivix membantu menguatkan sel tubuh. Ia membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Alfalfa Complex - detoks semulajadi bertugas menyingkirkan toksik dari badan. Pengamal Alfalfa perlu mengambil air yang banyak (sebaik-baiknya 3-4Liter sehari) untuk membantu melancarkan proses detoks.

Performance Drink - memelihara atau seimbangkan kandungan air dalam badan supaya badan tidak mengalami dehidrasi. Pesakit gout perlu menyingkirkan asid urik dengan lebih kerap kencing. Air yang mencukupi dalam badan amat penting untuk melancarkan proses pembuangan asid urik. Performance Drink berfungsi mengantikan air yang hilang dan memelihara tahap air dalam badan pesakit.
Omega Guard – mengelakkan keradangan sendi dan mengurangkan kesakitan.
Advanced Joint Health Tablet - AJHT mampu meningkatkan keselesaan sendi dalam jangka masa seawal 5 hari - 25% lebih pantas dari jenama lain. Antara lain, bagus kalau pesakit gout ambil AJHT ini sebab ia mampu meningkatkan cushioning pada sendi. Glukosamin yang diekstrak daripada jagung membantu memelihara rawan, memelihara tisu penghubung yg sihat sebab Zink, Kuprum, Manganese dan Vitamin C membantu membina kolagen dan lain2 komponen tisu penghubung yang memberi kekuatan dan struktur kepada sendi.
Ostematrix - Ostematrix mengandungi Magnesium. Magnesium membantu pengaliran darah yang lancar dengan cara membantu jantung berdenyut dengan kadar yang normal. Menurut kajian University of Maryland Medicagenic Center, Magnesium juga membantu mengurangkan tekanan darah. Bila tekanan darah jadi rendah, jantung akan kurang stress. Ini membolehkan darah mengalir dengan lancar dan mengelakkan uric asid menjadi kristal (crystallize) di dalam sendi.

18 October 2014
RESEPI - CHOCOLATE LASAGNA
Ada 2 resepi chocolate lasagna.. basically sama saja resepinya tapi lebih mudah kalau refer link ni untuk buat chocolate lasagna ni di sini http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com/2014/10/resepi-chocolate-lasagna.html (Kredit kepada Blog Cahaya Cinta Ku)
Ini gambarnya yang dah siap untuk dimakan.
Manakala, resepi satu lagi dari sini http://www.bukuresepi.com/chocolate-lasagna/
Cuba la.. nanti hantar sikit kat saya ya.. :)
Salam sayang
Ruzana Ibs, 0192896117

TIPS SIMPLE MACAMANA NAK KURANGKAN MAKAN
Tips ni specially untuk yang nak kurangkan berat badan. Nampak macam simple bodoh je tips ni.. tapi in syaa Allah berkesan.
7 tips stupid-simple untuk kurangkan makan dan secara automatik anda boleh menjadi sihat. Jom baca.
(1) BANGUN AWAL
Tak percaya? Ia dibuktikan oleh University Northwestern, Amerika Syarikat. Melalui kajian dari universiti ini, individu yang bangun lambat pada pukul 8.00 pagi dan ke atas akan mengambil diet tinggi kalori. Mereka juga dikesan akan makan malam dengan hidangan berat yang mengandungi 200 sehingga 375 kalori lebih banyak dari biasa.
Agama Islam juga menggalakkan kita bangun awal, solat sunat & solat subuh yang merupakan senaman rohani serta jasmani yang baik.
(2) BERGEMBIRA
Mengekalkan berat badan bukanlah terlalu sukar. Anda cuma perlu lakukan sesuatu yang mampu membuatkan anda tersenyum ceria.
Menurut saintis dari Brazil, apabila anda gembira hormon serotonin atau dikenali sebagai hormon gembira, mampu mengurangkan selera makan. lebih menguntungkan hormon ini juga merangsang tubuh untuk membakar lebih banyak lemak yang berlebihan.
(3) GUNAKAN JEJARI MINIMUM
Orang Asia sememangnya biasa makan menggunakan tangan... tapi jangan gunakan kesemua jari-jemari anda untuk menyuap makanan. Cukup sekadar 3 jari sahaja. Boleh juga gunakan chopstik atau garpu. Dengan cara ini akan membuatkan anda makan lebih sedikit dan cepat kenyang. Lagipun menggunakan tiga jari saja merupakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang mulia.
(4) PECAHKAN KULIT KACANG
Kekacang adalah snek untuk mengatasi ketagihan makanan. Elok pilih yang ada kulit dan anda perlu memecahkannya untuk makan.
Kajian University Eastern Illinois, Amerika Syarikat mendapati, individu yang makan kacang pistasio yang sudah dibuang kulit akan makan sebanyak 211 kalori, manakala individu yang lain yang diberi kacang yang sama dengan kulit (dan mereka perlu memecahkan kulit untuk dapatkan kacang tu) hanya makan sebanyak 125 kalori.
(5) GUNAKAN PINGGAN KHAS
Cubala makan dengan pinggan khas macam kat hospital/asrama tu.. (portion plate) yang ada pecahan bahagian-bahagian tertentu yang boleh membantu anda mengikut diet pemakanan sihat:
- daging 1/3 pinggan
- nasi atau bijirin 1/3 pinggan
- sayuran dan buah separuh dari pinggan
Bukan itu sahaja, penggunaannya memberi ilusi pinggan yang penuh dan membuatkan anda mengambil makanan lebih sedikit dari biasa.
Atau, boleh cari di pasaran pinggan khas seperti gambar di bawah ni :
(6) MAKAN BERSAMA WANITA
Berdasarkan kajian Universiti New York, lelaki hanya akan makan 37% lebih sedikit jika ditemani wanita atau isteri berbanding jika mereka keluar makan bersama teman-teman.
Jika anda wanita, makan bersama lelaki atau suami anda. :)
(7) PELBAGAIKAN DAGING ORGANIK
Bagi yang gemar makan daging, hidangan cara memanggang cukup selamat serta sihat... tetapi pastikan hanya mengambil 100 gram daging yang mana ia membekalkan 148 kalori dan 4 gram lemak.
Kemudian anda boleh tambah hidangan tadi dengan daging tanpa lemak seberat 26 gram.
Percayalah.. menu ini sudah memadai dan tidak perlu lagi tambahan makanan pemanis /pencuci mulut (dessert).
Good luck! Jangan lupa mencuba tips stupid-simple ni ya!
Salam sayang
Ruzana Ibs, 0192896117
Shaklee Independent Distributor
Kredit : Noor Hidayah Shafie-Majalah Wanita
14 October 2014
VITAMIN B - KECIL TAPI BERMANFAAT
Kenali Vitamin B yang tak kurang pentingnya kepada tubuh badan kita. Ada 8 jenis vitamin B dan setiap jenis ada fungsinya masing-masing.
(1) VITAMIN B1-TIAMIN
Vitamin ini diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga.
Makanan yang mempunyai vitamin B1 adalah makanan yang berkabohidrat tinggi seperti bijirin, tepung & roti.
Vitamin ini diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga.
Makanan yang mempunyai vitamin B1 adalah makanan yang berkabohidrat tinggi seperti bijirin, tepung & roti.
JIKA KURANG B1
Boleh mengakibatkan pergerakan pola mata, tangan dan kaki tidak seimbang
KEPERLUAN
Wanita : 1.1mg
Wanita : 1.1mg
Wanita hamil & menyusu : 1.4mg
Lelaki : 1.2mg
Lelaki : 1.2mg
SUMBER B1
Roti
Bijirin
Makanan laut (kerang & ikan)
Ragi
(2) VITAMIN B2-RIBOFLAVIN
Sangat berguna untuk kesihatan mata, kulit & membantu metabolisma karbohidrat & lemak.
JIKA KURANG B2
Masalah pada kulit terutama di bahagian hidung & mulut, bibir jadi kering, mata merah & sensitif kepada cahaya.
KEPERLUAN
Wanita 19-70 tahun : 1.1mg
Wanita 19-70 tahun : 1.1mg
Wanita menyusu : 1.6mg
Lelaki : 1.3mg
Lelaki : 1.3mg
SUMBER B2
Susu
Ayam
Brokoli
Cendawan
Bayam
(3) VITAMIN B3-NIASIN
Ia diperlukan untuk mengubah makanan yang diambil menjadi tenaga.
Ia juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit.
Ia juga menaikkan nafsu makan dan memperbaiki sistem penghadaman.
JIKA KURANG B3
Kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan kulit kering & mudah luka.
Ia juga akan membuatkan anda mudah cirit birit dan mudah marah.
KEPERLUAN
Wanita : 14mg
Wanita : 14mg
Wanita hamil : 18mg
Wanita menyusu : 17mg
Lelaki : 16mg
Lelaki : 16mg
SUMBER B3
Bijirin
Beras
Kekacang
Susu
Daging lembu
Cendawan
(4) VITAMIN B5-PANTHOTENIC ACID
Vitamin ini akan memecah lemak, protin & karbohidrat untuk menjadi tenaga.
Vitamin ini diperlukan untuk membuat vitamin D dan beberapa jenis hormon membentuk sel darah merah.
JIKA KURANG B5
Cepat marah
Penat
Masalah tidur
Mual, muntah
Kebas anggota badan
KEPERLUAN
Wanita : 4mg
Wanita : 4mg
Wanita hamil : 5mg
Lelaki : 6mg
SUMBER B5
Ikan sardin
Ayam
Avokado
Kacang lentil
Tembikai
(5) VITAMIN B6-PIRIDOKSIN
Vitamin ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak.
JIKA KURANG B6
Luka pada bahagian mulut
Hilang rasa
Depresi & Anemia
Terlebih ambil pula (lebih dari 50mg sehari) menyebabkan kerosakan saraf
KEPERLUAN
Wanita 19-50 tahun: 1.3mg
Wanita 19-50 tahun: 1.3mg
Wanita hamil : 1.9mg
Wanita menyusu : 2mg
Lelaki 19-50 tahun: 1.3mg
SUMBER B6
Daging lembu muda
Ikan
Kentang
Pisang
Tomato
Sayuran hijau
Buahan ungu
(6) VITAMIN B7-BIOTIN
Juga dipanggil Vitamin H yang berperanan memecah lemak, protin & karbohidrat menjadi bahan bakar yang boleh digunakan oleh badan.
JIKA KURANG B7
Masalah mata merah
Rambut gugur
Pucat
Kulit bersisik
KEPERLUAN
Wanita : 25mcg
Wanita : 25mcg
Wanita hamil : 30mcg
Wanita menyusu : 35mcg
Lelaki : 30mcg
SUMBER B7
Telur
Kacang tanah
Susu
Ikan salmon
Oat
Tiram
Pisang
(7) VITAMIN B9-FOLIK
Vitamin ini penting untuk mencegah kerosakan saraf pada bayi dalam kandungan.
Dapat membantu mengawal perasaan & nafsu makan
Tidur lebih nyenyak
JIKA KURANG B9
Kerap merasa penat
Berat badan menurun & anemia
KEPERLUAN
Wanita : 400mcg
Wanita : 400mcg
Wanita hamil : 600mcg
Lelaki : 400mcg
SUMBER B9
Buah bit
Susu
Sayuran hijau
Tembikai susu
(8) VITAMIN B12-KOBALAMIN
Kadar Vitamin B12 yang rendah dikatakan dapat memberi risiko mengalami penyusutan otak, menurut penelitian di Oxford University.
JIKA KURANG B12
Kurang ingatan
Murung
Mudah stress
Hilang keseimbangan
Hilang nafsu makan
Anemia
KEPERLUAN
Wanita : 2.4mcg
Wanita : 2.4mcg
Wanita hamil : 2.6mcg
Wanita menyusu : 2.8mcg
Lelaki : 2.4mcg
SUMBER B12
Daging lembu
Ikan
Telur
Susu
Kacang soya
Rumpai laut
♥mcg = microgram
♥mg = miligram
11 October 2014
KASUT TUMIT TINGGI - SELESAKAH?
Ramai wanita suka pakai kasut tinggi. Ia membuat anda kelihatan bergaya dan seksi malah memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci & menyerlahkan keyakinan diri anda.
Namun, kasut tumit tinggi sentiasa mendapat reputasi buruk bagi masalah kesihatan terutamanya jika andai memakainya dalam jangkamasa yang lama.
TIPS KURANGKAN KESAKITAN KERANA KASUT TUMIT TINGGI
♥ PILIH KETINGGIAN TUMIT SESUAI
Pilih tumit yang wajar ketinggiannya yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Bagi anda yang telah biasa dengan tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing & tinggi.. setinggi mana yang anda inginkan.

Tapi, bagi yang baru nak belajar pakai kasut tumit tinggi, elok pakai tumit wedges saja.
♥ REHATKAN KAKI
Adalah baik untuk merehatkan kaki anda sekali sekala. Maksudnya, tanggalkan kasut tumit tinggi anda & regangkan kaki serta urutnya agar kaki anda dapat bernafas seketika.
Satu lagi, cuba rendam dalam air suam yang berisi minyak aromaterapi.

♥CARA BERJALAN
Jangan melangkah dengan meletakkan tumit dan jari jemari kaki anda ke atas tanah serentak. Berjalanlah seperti anda memakai kasut leper.. iaitu dengan meletakkan tumit anda dulu, barulah jari jemari kaki anda. Bukan senang kan.. bagi yang tak biasa.

♥MEMILIH FABRIK KASUT YANG SESUAI
Ada pelbagai fabrik kasut di pasaran seperti kulit, plastik, jelly & campuran. Pilih kasut kulit yang berkualiti untuk tahan lama.
Tapi, jalau nakkan kasut tinggi yang melekap kepada kaki, pilih jenis jelly shoes. Ia juga akan mengurangkan geseran kulit kaki yang boleh mengakibatkan melecet.

Tambahkan kusyen pada tapam kasut supaya tapak kaki tak sakit.
♥JANGAN PAKAI KASUT TERLALU LAMA
Bawalah sepasang kasut biasa seperti sliper atau kasut leper yang selesa untuk ditukar sekejap-sekejap.
Kasut tumit tinggi bukan direka untuk dipakai berjam jam.
Elakkan memakai kasut tumit tinggi lebih dari 4 kali seminggu dan pastikan memakai selang 2 hari sekali.
Ini juga memelihara kasut anda bertahan lama.

RESEPI-PRALINES & CREAM FUDGE
Pralines & Cream Fudge
Yield: 24
Ingredients14.5 ounces sweetened condensed milk
3 cups white chocolate
1 cup caramel pieces
2 tbsp water
1/2 cup pecan halves
Instructions
Line a 9x9 baking dish with parchment paper, wax paper, or foil. Set aside.
In a 2-quart saucepan over medium-low heat, stir together the sweetened condensed milk and white chocolate until melted and smooth. Remove from heat.
Pour half of the fudge mixture into the prepared baking dish.
In a small bowl, heat the caramel pieces and water in a microwave for 1 minute.
Stir until smooth and all pieces are melted. Pour the caramel over the fudge in the baking dish. Sprinkle with pecans.
Pour the remaining fudge over the caramel pecan layer. Use a knife to gently swirl, but don't over mix-- allow for big pockets of caramel to remain.
Let sit at room temperature for at least 4 hours or until firm. Or speed set in the refrigerator for 30-60 minutes (but beware of condensation when serving). Cut into 1 inch squares to serve.
Credit to http://www.somethingswanky.com/pralines-cream-fudge/
10 October 2014
ULSER MULUT
DEFINISI
Ulser berasal dari perkataan Latin, Ulcus yang bermaksud bukaan.
Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan.
Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak.
Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.

Ia berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan, terutama apabila tergeser dengan gigi.
Ulser mulut yang tidak serius kurang terasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh 3 hari hingga seminggu selepas mendapat rawatan.
TANDA-TANDA ULSER MULUT
♣ Bentuk bulat berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan
♣ Saiz ulser mulut kebiasaannya tidak melebihi 2 atau 3 mm
♣ Sakit pada bahagian tersebut terutamanya apabila tersentuh / tergeser dengan gigi, makanan & minuman
♣ Demam dan hilang selera makan
♣ Sakit di dalam mulut
KESAN AKIBAT ULSER MULUT
♣ Ulser ini akan menyebabkan anda rasa sakit ketika bercakap, ketawa, senyum, memberus gigi, berkumur serta makan & minum.
♣ Ia akan menyebabkan anda hilang selera makan & minum. Ketika ini anda pasti hanya akan fokus kepada kesakitan tersebut sahaja.
♣ Ulser akan menyebabkan dehidrasi di mana badan akan kekurangan air dan anda sentiasa berasa haus.
♣ Tekak anda juga akan berasa sakit.
♣ Bibir menjadi kering, merekah & luka.
PUNCA ULSER MULUT
♣ Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas, terkena dawai alat ortodontik.
♣ Jangkitan bakteria atau fungus
♣ Kekurangan zat dalam makanan
♣ Tekanan perasaan / stress
♣ Kurang rehat / tidur
♣ Alahan kepada makanan (contoh nenas)
♣ Pengambilan ubat yang menyebabkan mulut menjadi kering (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema)
♣ Mulut kotor
♣ Gigi palsu
♣ Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman
♣ Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut.
PETUA UNTUK MELEGAKAN RASA SAKIT
♣ Sapu gel atau krim penahan sakit
♣ Kekalkan kebersihan mulut yang baik
♣ Makan makanan lembut
♣ Elakkan makan makanan panas dan pedas
♣ Banyakkan minum air
♣ Letakkan sedikit ais di tempat ulser
♣ Mandi dengan kerap
APA YANG ANDA PATUT BUAT BILA ULSER MASIH TIDAK SEMBUH
♣ Berjumpa dengan doktor gigi (pengamal pergigian) atau doktor perubatan (pengamal perubatan) dengan segera apabila ulser mulut tidak sembuh-sembuh serta apabila terdapat tanda dan gejala yang mungkin disebabkan oleh penyakit sistemik yang lain. Ulser yang tidak sembuh juga mungkin disebabkan oleh barah di mana prognosisnya bergantung kepada saiz ketumbuhan, status nodus limfa dan metastasis.
♣ Penjagaan kebersihan mulut yang baik akan mengurangkan risiko untuk mendapatkan infeksi sekunder semasa rawatan.
Sakit dan rasa tidak selesa boleh dikurangkan dengan penggunaan ubat kumur ataupun semburan benzydamine.
Penyembuhan boleh dipercepat dengan pengambilan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng/rangup.
♣ Ulser mulut yang disebabkan oleh jangkitan virus atau oleh gigi palsu yang tidak sempurna tetapi telah diganti dengan gigi palsu yang sesuai, akan sembuh dalam jangka masa yang singkat.
SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK USLER MULUT
♥ Alfalfa Complex / Herblax - menyahtoksin seluruh tubuh
♥ Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imun
♥ Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imun
♥ B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan
♥ Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut
♥ Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untuk pertumbuhan sel
♥ Zinc Complex - cepatkan proses penyembuhan
♥ Vivix - menyokong sistem imun & mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular
9 October 2014
RESEPI CREAM CHEESE FROSTING
RESEPI CREAM CHEESE FROSTING (credit to Tepung Kek Hani Asyraf)
RESIPI 1
500g cream cheese
1/2 cawan mentega
1 sudu kecil ektrak vanilla
2 cawan gula aising (boleh kurangkan ikut citarasa)
- Pukul cream cheese dan mentega sampai lembut dan gebu... Setelah itu masukkan bahan2 lain dan putar lagi sampai kembang.. Sapu pada kek yg telah sejuk dgn berhati2...
**********************
RESIPI 2
360g cream cheese
70g mentega - untuk lebih sedap, guna jenis pure butter
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
- Pukul cream cheese bersama mentega hingga kembang.
- Masukkan gula aising dan vanilla sedikit demi sedikit sambil memutar
*************************
RESIPI 3 - Joy of Baking
227g cream cheese
227g mascarpone cheese
1 sudu kecil ektrak vanilla
1 cawan gula aising
1 1/2 cawan (360ml) heavy whipping cream
****************************
RESIPI 4 - selalu saya guna utk kek Russian Black
500g cream cheese
250g mascarpone
100g gula aising - ayak
1 sudu besar serbuk nescafe - ayak
- Pukul cream cheese, mascarpone dan gula hingga lembut
- Tambah serbuk nescafe dan gaul
- Masukkan ke dalam piping bag dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 15 minit sebelum deko
**************************
RESIPI 5 - Buku Panduan Asas Menghias Kek
250g krim keju - suhu bilik
125g mentega
120g gula aising
1/2 sudu kecil perisa lemon
- Putar krim keju sehingga lembut dan tidak berbintil
- Masukkan mentega dan putar lagi
- Masukkan gula aising dan perisa lemon. Putar hingga sebati.

8 October 2014
ISU BOIKOT PRODUK SHAKLEE
Dah berbulan berlalu isu boikot Shaklee ni. Tup tup dua hari lepas penmerahdotcom pi cerita isu boikot oleh ustaz dari usim pula.
Terpulanglah kepada anda untuk menilai & menimbang tara hal ini.
Juga, terpulanglah kepada individu untuk boikot apa-apa produk sekalipun. Kalau gundah atau kurang yakin... buatlah solat istiqarah.
Kalau sesuatu perkara itu tidak benar dan dijaja ke sana kemari cerita tak benar tu, jadi fitnah dah tu kan. Tahu kan apa itu hukum fitnah?
Saya taknak cerita panjang-panjang kat sini.. tapi jemputlah baca blog rakan niaga Shaklee kami ini http://www.salwasaleh.com/2014/07/4-fakta-tentang-shaklee-support-israel.html .. untuk membuat kesimpulan atau keputusan anda.
Selamat membaca.
Kredit kepada www.salwasaleh.com di atas perkongsian beliau. Terimakasih ya Puan Salwa.
7 October 2014
20TH WEDDING ANNIVERSARY
Hari ini 7 October 2014 - waktu asar nanti.. genapla 20 tahun kami bernikah dan melayari bahtera bahagia sebagai suami isteri.
Dah ada 5 orang anak umur 19 tahun, 18 tahun, 14 tahun, 9 tahun & yang terakhir 2 1/2 tahun.
20 tahun ... waktu yang panjang pada akal yang normal. Tapi pada saya seperti baru saja lagi... walaupun anak2 besar panjang depan mata... rasa macam kawan-kawan.. (huhu.. melampau dah tu).
Serius, rasa awet muda.. rasa bahagia. Tapi tipula kalau saya kata tak pernah berselisih faham / bermasam muka dengan suami. Tapi kena selesaikan dengan cara baik dan gentleman.
Berkenalan semasa belajar di semester ketiga (part 3 kata budak2 itm) di ITM Arau, Perlis. Kami kursus tak sama.. dia senior DBS part 5 masa tu.. saya kursus DIA. Dikenalkan oleh kakak senior DBS part 5. Haha.. bila dikenang balik kelakar pun ada...manis of course la.
Yang penting dalam melayari alam perkahwinan dan berkeluarga adalah pengetahuan Agama Islam dan Iman yang kuat. Ikut sunnah Rasulullah s.a.w... Insya Allah selamat rumahtangga.
Last but not least... Ucapan untuk Abang tersayang : "terimakasih kerana menerima Sayang seadanya. Alhamdulillah ya Allah kerana mempertemukan Sayang dengan mu".
Last but not least lagi...boleh rujuk links berikut untuk tips RUMAHTANGGA BAHAGIA (terimakasih / kredit kepada pemilik blog/fanpage/facebook berikut):
http://keindahanhidupbermasyarakat.blogspot.com/2011/11/7-sunnah-baginda-untuk-rumahtangga-yang.html
3 October 2014
2 October 2014
SHAKER SHAKLEE TERLAJAK BEST
Minum Cinch Shake Mix, ESP, Mealshakes atau apa2 minuman sekalipun akan jadi lebih sedap dengan SHAKER SHAKLEE ni. Sebab? Istimewanya ada SPRING dalam shaker ni... menambahkan buih halus (frothy) membuatkan minuman anda lebih sedap, tanpa keladak & ketulan serbuk yang tak larut.
Shake, shake, shake.. terus minum dari shaker tu! Ada penunjuk takat ukuran ml juga di tepi shaker tu. Jadi anda akan dapat ukuran tepat minuman anda.
Shake, shake, shake.. terus minum dari shaker tu! Ada penunjuk takat ukuran ml juga di tepi shaker tu. Jadi anda akan dapat ukuran tepat minuman anda.
RM11 saja setiap unit. Murah kan? Yes.. murah!!! Tapi the BEST!!!