Pages

5 November 2014

AUTISM

Eugene Blueler merupakan orang yang pertama sekali menggunakan perkataan autism yang merujuk kepada kurang atau tidak ada perhubungan dengan orang lain dan dunia luar.

Walau bagaimana pun kini istilah autism merujuk kepada pervasive developmental disorder  atau masalah perkembangan tegal yang melibatkan fungsi otak. 

Menurut kamus perubatan pula, autisme adalah penyerapan dalam fantasi sebagai pelarian daripada realiti. Definisi ini lebih merujuk kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak autisme.

Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder,1994: “Autism is considered to be a pervasive developmental disorder of the brain functions which prevents a person from organizing and understanding information transmitted by their senses. It can cause a person to withdraw into own self and can affect social interactions with the outside world dramatically.”

Autisme berasal dari perkataan autos yang bererti diri sendiri dan isme bererti aliran. Dalam erti kata lain, autism bermaksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri. Autisme juga dikategorikan sebagai ketidakupayaan yang dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi, interaksi sosial, gangguan deria, pola bermain, dan perilaku emosi.

Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatan neurologi dan bukan kecacatan psikiatris (psychiatric disorder), walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial dan komunikasi emosi serta pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. 

Menurut Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder,1994 lagi, autisme adalah sejenis ketidakupayaan yang agak serius terhadap perkembangan yang amat ketara dalam tiga tahun pertama dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Kadar kejadian autism ialah 16 kes dalam 10,000 kelahiran (Rodler 2000).

Kemungkinan untuk anak lelaki mendapat autisme adalah empat kali ganda (4:1) berbanding dengan perempuan.

Autisme didapati dalam keluarga daripada semua etnik dan latar belakang sosial.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISM

Mereka berkemungkinan tidak dapat bertutur sebaliknya hanya akan mengeluarkan bunyi-bunyian ataupun meniru apa yang diperkatakan oleh orang lain. 

Kerap kali, mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran mekanikal, seni muzik, rote memory dan sebagainya.

Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut pada sesiapa sahaja.

BILA & BAGAIMANA TERJADI AUTISM

Menurut Dr Zubaidi, autisme bermula semasa proses pembentukan saraf. Kanak-kanak autisme mengalami gangguan proses peterjemahan maklumat di dalam otak apabila perhubungan antara sel-sel saraf dan struktur sel-sel saraf itu sendiri telah rosak.

GEJALA / TANDA AWAL AUTISM

Ibu bapa hanya boleh mengesan tanda-tanda awal melalui senarai semak perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak boleh sewenang-wenangnya mengatakan si manja autistik. Jangan lekas melabelkan anak anda mengalami autisme dengan hanya kerana dia menunjukkan beberapa signal autistik. 

RAWATAN AUTISM

Bawalah mereka untuk mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya kerana khuatir mereka pekak. Setelah dikenal pasti tidak pekak, maka bawalah pula berjumpa pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada mereka benar-benar menghidap autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya.

Rawatan terapi untuk kanak-kanak autisme hanya boleh dijalankan oleh pakar sahaja. Antara rawatan tersebut ialah Applied Behaviour Analysis yang dilakukan secara bermain atau play theraphy.

Kanak-kanak autistik memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilakukan dengan berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan kewujudan orang lain. Elakkan merenung atau menyentuh si kecil autistik kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stres. bagi mengasuh dan membimbing, banyakkan menggunakan alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan. Anda juga boleh memberikan kemahiran sosial melalui teknik berkumpulan, bercerita dan sebagainya.

Gejala autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Mereka juga perlu diberi peluang untuk merasa apa juga yang ada di persekitaran mereka bertujuan untuk merangsang. Penyakit yang dikenal pasti tidak mempunyai penawar ini akan berkekalan sehingga dewasa. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang boleh diambil sebagai persediaan menempuh kedewasaan.

TINDAKAN IBUBAPA/PENJAGA ANAK AUTISM

Ibu bapa yang memiliki anak autisme bolehlah mendaftarkan anak ke persatuan atau group support untuk mendapatkan sokongan, bertukar pendapat dan mengatasi ketegangan yang dialami. Menghantar anak ke kelas yang menawarkan pendidikan khas untuk pesakit autisme boleh membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup apabila dewasa kelak.

KESIMPULAN

Anak-anak autism ini adalah anak-anak istimewa yg perlu diberikan perhatian lebih lagi daripada kanak-kanak biasa untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Setiap orang tidak kiralah normal atau tidak pasti memiliki kebolehan & keistimewaan tersendiri. Begitu juga dengan anak-anak Autism ini, mereka haruslah diberi peluang untuk mengenal pasti potensi dan kebolehan istimewa yg terdapat di dalam diri mereka. 

Di samping itu cuba berikan mereka supplement untuk memperbaiki keadaan mereka dengan lebih cepat. Kita berusaha, Allah yang menentukan.

Antara Supplimen Shaklee yg dicadangkan untuk anak-anak autisme adalah :-
Meal Shake - Membantu tumbesaran kerana mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium & magnesium yg diperlukan untuk membina tulang & sel-sel untuk proses membesar dengan sihat & cergas. Meal Shake juga mampu meningkatkan selera bagi kanak-kanak yang terlalu cerewet dalam pemilihan makanan.

GLA Complex - merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E yang tinggi dengan sumber omega-6. GLA dapat memperbaiki keadaan anak-anak autisme, sukar memberi tumpuan kepada pelajaran dan hiperaktif.

Omega Guard - Kandungan DHA yang tinggi di dalam Omega Guard membantu meningkatkan keupayaan ingatan & pembelajaran, memelihara penglihatan & pendengaran serta meningkatkan sistem imun kerana kanak-kanak Autism lebih terdedah kepada penyakit.

Kenapa Omega-3 (Omega-3 Fatty Acids) Penting untuk Otak?
EPA (eicosapentaenoic acid) membantu jantung dan sistem pertahanan tubuh dari penyakit.
DHA (docosahexaenoic acid) membantu otak, mata, dan sistem saraf tunjang 

Kanak-kanak memerlukan Asid Lemak OMEGA-3 untuk perkembangan otak sepertimana memerlukan kalsium untuk perkembangan tulang.

Setiap sel otak memerlukan DHA untuk perkembangan yang sihat. Kekurangan DHA akan memberikan kesan kepada perkembangan emosi dan intelek kanak-kanak.






Rujukan : 
http://rienadarrwish.blogspot.com/2012/11/definisi-autisme.html
http://ms.wikipedia.org/wiki/Autisme
http://drzubaidi.com/blog/mengenal-tanda-masalah-autism/

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign