Pages

7 November 2014

SUPPLEMENT : PILIH DENGAN BETUL

Tajuk entri kali ini, siapa yang dah baca majalah Rapi mesti tau. Saya setuju sangat dengan ulasan Editor Rapi, Cik Puan Zuraita Mohd Anua. Beliau menulis :

"Sekarang ini, supplement ada dijual di merata-rata tempat. Kalau malas nak ke farmasi, anda sudah boleh membelinya di hujung jari sahaja menerusi pembelian online.

Secara umumnya, supplement adalah makanan tambahan samada yang diminum atau dimakan. Ia juga dijadikan dalam pelbagai bentuk iaitu pil, kapsul, cecair, serbuk, sachet dan sebagainya.

Oleh sebab supplement adalah makanan tambahan, ia boleh diambil atau taknak ambil pun takpa. Terpulanglah pada individu itu sendiri. Namun kebanyakan kita gemar mengambil supplement kerana merasakan pengambilan nutrisi secara semulajadi seakan tidak cukup (betul 3x.. macam saya.. saya ambil supplement kerana hendak lebih sihat, lebih bermaya, lebih cantik... :P). Oleh itu supplement dianggap sebagai pelengkap nutirisi harian yang paling mudah.

Persoalan 
Perlukah kita bergantung kepada supplement?
Jika anda memilih makanan tambahan untuk diri sendiri, anda perlu memastikan apakah anda memang memerlukannya.
Adakah anda mengambilnya untuk mencukupkan nutrisi atau untuk keperluan penyakit yang sedang anda tanggung?

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mendapatkan nasihat doktor atau pakar pemakanan terlebih dahulu sebelum memilih. Namun perlu diingat: SUPPLEMENT BUKANNYA UBAT!

Tips ketika hendak membeli supplement
Sebelum membeli supplement buatlah sedikit penyelidikan tentang produk tersebut.
Adakah ia mendapat sijil pengesahan dari pihak kementerian? 
Adakah ia halal? 
Apakah kandungan bahan-bahannya?
Bagaimana pula dengan pembungkusannya?
Pastikan juga testimoni adalah tidak meragukan. Jika perlu, hubungi sendiri beberapa orang testimoni yang dipaparkan untuk menguatkan lagi pilihan anda.
Pastikan juga kandungan nutrisi di dalam setiap supplement yang anda ingin makan adalah mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

Last but not least, pastikan produk supplement itu diakui sah, selamat dan berguna untuk diri anda."

Sebagaimana saya dan rakan-rakan saya yang lain, kami pilih SHAKLEE.
Sebab kami percaya SHAKLEE adalah semulajadi, berkesan dan selamat. Yang utama ia adalah Halal.

Baca selanjutnya kenapa saya pilih SHAKLEE di sini.


RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign