Pages

17 January 2015

PENJAGAAN PEMAKANAN SIHAT & SUNNAH PARA HUFFAZ

Jika anda ada baca entri saya sebelum ni, tentu anda tahu yang saya hendak sangat anak saya menjadi seorang huffaz. Maka saya pun menghantarnya ke sekolah tahfiz.

Sabtu minggu lepas sekolah tersebut mengadakan perjumpaan dengan ibubapa bakal huffaz ni, untuk terangkan panduan ibubapa, apa aktiviti mereka, pemakanan mereka dan sebagainya.

Para huffaz memang jaga pemakanan demi menjaga kualiti hafazan al-Quran dan pembelajaran akademik mereka. Pemakanan adalah permulaan segalanya.

Di antara penjagaan pemakanan organik yang sekolah ini lakukan adalah dengan menggunakan tepung tanpa peluntur, mentega tertentu, yis natural, baking soda & baking powder organik. Selain itu daging ayam yang digunakan juga adalah ayam organik.
Makanan ringan seperti gula-gula, keropok dan sebagainya yang kita panggil jajan juga mereka sangat tak galakkan.

Yang menariknya, mereka berikan kami, ibubapa bakal huffaz ni, resepi masakan seperti sos tomato, sos tiram, susu pekat dan sebagainya.

Oh ya.. kicap memang para huffaz tak makan.

Bagi umat Islam, apabila kita membicarakan konsep halal, ia melangkau kepada toyyiban (kebaikan). Jadi apabila menyebut halalan toyyiban ia memberi maksud sesuatu yang halal dan bersifat baik serta elok.

Jika halal tetapi memudaratkan dan mengundang sakit bukanlah toyyiban.

Mereka tak akan beri minuman atau makanan yang mengandungi Maltodextrin. Ini kerana ia terus serap ke dalam saluran darah yang boleh mengakibatkan risiko Diabetes, darah tinggi, serangan jantung dan pelbagai penyakit moden lain. Nauzubillah.

Kami sekeluarga pun sedikit demi sedikit cuba mengurangkan makanan selain yang disebut di atas.

Oh ya.. kebanyakan barangan runcit yang melibatkan makanan ni, kami beli di kedai AzZain dan bahagian organik yang ada di kebanyakan pasaraya seperti Sam Grocers, JayaGrocers, Giant, Tesco, dan sebagainya.

PHOBIA DENGAN SHAKLEE?

Semalam sembang-sembang dengan kawan sekolah rendah. Baru-baru ni beliau beli Vitamin C.. nak tau la sebab musabab dia membeli vitamin C tu.. dan saya tanya beberapa soalan detail tentang Vitamin C yang dia beli tu. 

Lepas tu saya pun perkenalkanlah Vitamin C Shaklee,  yang pada saya dan berjuta rakyat di dunia, amatlah baik. Baca sini kelebihan Vitamin C Shaklee (Sustained Release Vita-C 500mg)

Eh.. saya bukan nak cerita tentang Vitamin C kat sini, tapi nak cerita kenapa setengah orang takut dengan produk Shaklee.

Sambung balik cerita kawan saya tu ....

Beliau kata, beliau ada dengar ramai yang bagi positive feedbacks tentang Shaklee.. tapi selepas itu ada pulak kontroversi tentang produk Shaklee yang dikatakan memberi side effect pula..kecoh dalam grup mereka. (Side effect? Memang ada : makan Vit C untuk kuatkan imun, dapat pula side effect kulit semakin cantik.. contoh.)

Anyway, kontroversi ni adalah tentang seorang guru yang claim rahim dia semakin bengkak selepas makan GLA Shaklee. (Boleh baca sini kalau nak tau kronologi cerita cikgu ni)

Lepas tu baca surat dari Dr.Jamie (bagi pihak Shaklee) kepada Cikgu tersebut. (lihat imej di bawah) 

Dr Jamie ni adalah Chairman, Medical Affairs, Health Sciences and Education di Shaklee Corporation, US. Komplen dari Cikgu tu sampai kepada mereka di US.. (hebat Cikgu Mary).

Surat dari Dr.Jamie (bagi pihak Shaklee) kepada Cikgu Mary
Kalau produk Shaklee tak selamat, masakan Dr Jamie sendiri menghantar surat kepada Cikgu itu minta berjumpa dan berbincang.

Nak lebih yakin lagi yang produk Shaklee selamat dan berkesan? Baca sini dan sini juga.

THE BEST VITAMIN C - I LOVE

Nak tahu tak kenapa ramai yang tergila-gilakan Sustained Release Vitamin C (SRVC) Shaklee?

Baca dulu sebab apa Vitamin C penting kepada tubuh kita.

(1) Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
(2) Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.
(3) Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
(4) Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
(5) Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ia:

(1) Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
(2) Mencerahkan kulit.
(3) Melambatkan proses penuaan.
(4) Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk:

(1) Meningkatkan sistem imunisasi badan.
(2) Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
(3) Mengatasi masalah gusi berdarah.


Kesimpulan
Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. 

Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan imun dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. 

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh kita yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. 

Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin C sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin C sama ada melalui makanan ataupun supplement.


KENAPA Sustained Release Vitamin C (SRVC) Shaklee?

Vitamin C shaklee ini unik kerana formula Sustained Release dan formula Bioflavonoid.

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ia sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Sustained (Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

Sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. Kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab itu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplement), dan ia tidak boleh disimpan di dalam badan.

Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? 

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign