17 January 2015

THE BEST VITAMIN C - I LOVE

Nak tahu tak kenapa ramai yang tergila-gilakan Sustained Release Vitamin C (SRVC) Shaklee?

Baca dulu sebab apa Vitamin C penting kepada tubuh kita.

(1) Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.
(2) Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.
(3) Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).
(4) Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.
(5) Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu meberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan. Ini kerana ia:

(1) Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
(2) Mencerahkan kulit.
(3) Melambatkan proses penuaan.
(4) Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.

Selain dari sudut kecantikan. vitamin C Shaklee juga bagus untuk:

(1) Meningkatkan sistem imunisasi badan.
(2) Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.
(3) Mengatasi masalah gusi berdarah.


Kesimpulan
Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. 

Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan imun dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain. 

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh kita yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. 

Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin C sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin C sama ada melalui makanan ataupun supplement.


KENAPA Sustained Release Vitamin C (SRVC) Shaklee?

Vitamin C shaklee ini unik kerana formula Sustained Release dan formula Bioflavonoid.

Kelebihan utama vitamin C Shaklee adalah ia sudah diformulasi dalam bentuk ‘sustained release’. Ini bermaksud kandungan vitamin C di dalam tablet ini ini akan dilepaskan ke dalam badan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana vitamin C merupakan vitamin larut air. Jika terdapat lebihan vitamin C dalam satu-satu masa, badan kita akan bertindak untuk mengeluarkan lebihan ini melalui air kencing. Jadi, dengan formulasi ‘sustained release’ ini, kandungan vitamin C dalam badan dapat dikekalkan secara berterusan.

Sustained (Time) Release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi khas agar ia dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 ke 6 jam. Dengan bahasa ringkasnya, dilepaskan secara perlahan-lahan ke dalam aliran darah badan mengikut masa tertentu

Sebatian tumbuh-tumbuhan semulajadi dan bertindak sebagai pigmen tumbuhan dan agen antioksida. Kuasa utama bioflavonoid adalah sifat antioksida yang bertindak sebagai agen anti penuaan, keradangan dan mengekalkan kesihatan badan.

Vitamin larut air (B-Complex dan Vitamin C) adalah seperti namanya, mudah larut di dalam air (sebab itu dinasihatkan pengambilan air yang mencukupi apabila mengambil suplement), dan ia tidak boleh disimpan di dalam badan.

Sustained Release supplement boleh menawarkan kesan vitamin yang optimum, meminimumkan kehilangan vitamin dalam proses penguraian (perkumuhan), serta menstabilkan paras darah waktu siang dan malam.

Selain itu, satu biji Vita-C ini juga mampu membekalkan khasiat yang sama seperti memakan 7 biji buah oren beserta dengan kulitnya. Sudah pasti kita tidak mampu untuk memakan buah limau sebanyak ini setiap hari, kan? 

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign