11 October 2014

KASUT TUMIT TINGGI - SELESAKAH?

Ramai wanita suka pakai kasut tinggi. Ia membuat anda kelihatan bergaya dan seksi malah memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci & menyerlahkan keyakinan diri anda.
Namun, kasut tumit tinggi sentiasa mendapat reputasi buruk bagi masalah kesihatan terutamanya jika andai memakainya dalam jangkamasa yang lama.

TIPS KURANGKAN KESAKITAN KERANA KASUT TUMIT TINGGI
♥ PILIH KETINGGIAN TUMIT SESUAI
Pilih tumit yang wajar ketinggiannya yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Bagi anda yang telah biasa dengan tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing & tinggi.. setinggi mana yang anda inginkan.
Tapi, bagi yang baru nak belajar pakai kasut tumit tinggi, elok pakai tumit wedges saja.

♥ REHATKAN KAKI
Adalah baik untuk merehatkan kaki anda sekali sekala. Maksudnya, tanggalkan kasut tumit tinggi anda & regangkan kaki serta urutnya agar kaki anda dapat bernafas seketika.
Satu lagi, cuba rendam dalam air suam yang berisi minyak aromaterapi.

♥CARA BERJALAN
Jangan melangkah dengan meletakkan tumit dan jari jemari kaki anda ke atas tanah serentak. Berjalanlah seperti anda memakai kasut leper.. iaitu dengan meletakkan tumit anda dulu, barulah jari jemari kaki anda. Bukan senang kan.. bagi yang tak biasa.

♥MEMILIH FABRIK KASUT YANG SESUAI
Ada pelbagai fabrik kasut di pasaran seperti kulit, plastik, jelly & campuran. Pilih kasut kulit yang berkualiti untuk tahan lama.
Tapi, jalau nakkan kasut tinggi yang melekap kepada kaki, pilih jenis jelly shoes. Ia juga akan mengurangkan geseran kulit kaki yang boleh mengakibatkan melecet.
Tambahkan kusyen pada tapam kasut supaya tapak kaki tak sakit.

♥JANGAN PAKAI KASUT TERLALU LAMA
Bawalah sepasang kasut biasa seperti sliper atau kasut leper yang selesa untuk ditukar sekejap-sekejap.
Kasut tumit tinggi bukan direka untuk dipakai berjam jam.
Elakkan memakai kasut tumit tinggi lebih dari 4 kali seminggu dan pastikan memakai selang 2 hari sekali.
Ini juga memelihara kasut anda bertahan lama.


RESEPI-PRALINES & CREAM FUDGE

Pralines & Cream Fudge
Yield: 24
Ingredients
14.5 ounces sweetened condensed milk
3 cups white chocolate
1 cup caramel pieces
2 tbsp water
1/2 cup pecan halves

Instructions
Line a 9x9 baking dish with parchment paper, wax paper, or foil. Set aside.

In a 2-quart saucepan over medium-low heat, stir together the sweetened condensed milk and white chocolate until melted and smooth. Remove from heat.

Pour half of the fudge mixture into the prepared baking dish.

In a small bowl, heat the caramel pieces and water in a microwave for 1 minute.
Stir until smooth and all pieces are melted. Pour the caramel over the fudge in the baking dish. Sprinkle with pecans.

Pour the remaining fudge over the caramel pecan layer. Use a knife to gently swirl, but don't over mix-- allow for big pockets of caramel to remain.

Let sit at room temperature for at least 4 hours or until firm. Or speed set in the refrigerator for 30-60 minutes (but beware of condensation when serving). Cut into 1 inch squares to serve.

Credit to http://www.somethingswanky.com/pralines-cream-fudge/

10 October 2014

ULSER MULUT

DEFINISI
Ulser berasal dari perkataan Latin, Ulcus yang bermaksud bukaan. 
Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan. 

Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak. 

Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.


Ia berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan, terutama apabila tergeser dengan gigi. 

Ulser mulut yang tidak serius kurang terasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh 3 hari hingga seminggu selepas mendapat rawatan. 

TANDA-TANDA ULSER MULUT
♣ Bentuk bulat berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan
♣ Saiz ulser mulut kebiasaannya tidak melebihi 2 atau 3 mm
♣ Sakit pada bahagian tersebut terutamanya apabila tersentuh / tergeser dengan gigi, makanan & minuman
♣ Demam dan hilang selera makan
♣ Sakit di dalam mulut

KESAN AKIBAT ULSER MULUT
♣ Ulser ini akan menyebabkan anda rasa sakit ketika bercakap, ketawa, senyum, memberus gigi, berkumur serta makan & minum.
♣ Ia akan menyebabkan anda hilang selera makan & minum. Ketika ini anda pasti hanya akan fokus kepada kesakitan tersebut sahaja.
♣ Ulser akan menyebabkan dehidrasi di mana badan akan kekurangan air dan anda sentiasa berasa haus.
♣ Tekak anda juga akan berasa sakit.
♣ Bibir menjadi kering, merekah & luka.

PUNCA ULSER MULUT
♣ Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas, terkena dawai alat ortodontik.
♣ Jangkitan bakteria atau fungus
♣ Kekurangan zat dalam makanan
♣ Tekanan perasaan / stress
♣ Kurang rehat / tidur
♣ Alahan kepada makanan (contoh nenas)
♣ Pengambilan ubat yang menyebabkan mulut menjadi kering (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema)
♣ Mulut kotor
♣ Gigi palsu
♣ Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman
♣ Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut.

PETUA UNTUK MELEGAKAN RASA SAKIT
♣ Gunakan bahan kumuran antiseptik
♣ Sapu gel atau krim penahan sakit
♣ Kekalkan kebersihan mulut yang baik
♣ Makan makanan lembut
♣ Elakkan makan makanan panas dan pedas
♣ Banyakkan minum air
♣ Letakkan sedikit ais di tempat ulser
♣ Mandi dengan kerap

APA YANG ANDA PATUT BUAT BILA ULSER MASIH TIDAK SEMBUH
♣ Berjumpa dengan doktor gigi (pengamal pergigian) atau doktor perubatan (pengamal perubatan) dengan segera apabila ulser mulut tidak sembuh-sembuh serta apabila terdapat tanda dan gejala yang mungkin disebabkan oleh penyakit sistemik yang lain. Ulser yang tidak sembuh juga mungkin disebabkan oleh barah di mana prognosisnya bergantung kepada saiz ketumbuhan, status nodus limfa dan metastasis.

♣ Penjagaan kebersihan mulut yang baik akan mengurangkan risiko untuk mendapatkan infeksi sekunder semasa rawatan. 
Sakit dan rasa tidak selesa boleh dikurangkan dengan penggunaan ubat kumur ataupun semburan benzydamine. 
Penyembuhan boleh dipercepat dengan pengambilan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng/rangup.

♣ Ulser mulut yang disebabkan oleh jangkitan virus atau oleh gigi palsu yang tidak sempurna tetapi telah diganti dengan gigi palsu yang sesuai, akan sembuh dalam jangka masa yang singkat. 

SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK USLER MULUT
♥ Alfalfa Complex / Herblax - menyahtoksin seluruh tubuh
♥ Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imun
♥ B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan
♥ Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut
♥ Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untuk pertumbuhan sel
♥ Zinc Complex  - cepatkan proses penyembuhan
♥ Vivix - menyokong sistem imun & mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign