8 November 2014

RESEPI SOS MEATBALL & POTATO WEDGES

Resepi Sos Meatball Ikea yang Super Sedap (kredit kepada welovesusuibu.blogspot)

Bahan-bahan
1 ulas bawang besar kuning (diced)
1 biji tomato (diced)
1/2 cawan susu segar
3 sudu mentega (ganti dengan minyak jagung, lebih sihat)
2 sudu tepung gandum
1 cawan air
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
1/2 sudu serbuk lada hitam
gula dan garam secukup rasa
nota 1: saya tak guna kiub ayam, gabungan semua di atas dan berikan rasa yang sedap sangat
nota 2: kacau sekerap mungkin, mengelakkan sos dari berketul-ketul

Cara-caranya
Tumiskan sebentar bawang besar kuning dengan sedikit minyak jagung. Tumiskan sekali tomato bersama-sama bawang besar tadi.
Dan layu, angkat dan letak dalam pinggan.
Dalam kuali yang sama, tuangkan sedikit minyak jangung, masukkan tepung gandum dan goreng hingga warna bertukar coklat (api sederhana).
Masukkan air dan susu segar, biar mendidih sebentar.
Masukkan pula sos tiram, kicap, gula, garam dan lada hitam. Biar mendidih lagi.
Akhir sekali, masukkan bawang dan tomato yang telah ditumis tadi.
nota: sebab nak betul-betul macam meatball ikea, saya blend sos yang dah siap tadi hingga halus. rasa semua bahan bersatu dengan sedapnya.

Resepi Potato wedges
Bahan-bahan
4 biji kentang (potong bentuk wedges)
garam
serbuk lada hitam

Cara-caranya
Didihkan air, rebuskan kentang hingga empuk, masukkan sedikit garam.
Angkat dan toskan.
Letakkan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
Akhir sekali, gorengkan di dalam kuali hingga kekuningan

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign