21 October 2015

RESEPI - DIM SUM

  RESEPI AREENA

Resepi ni dikongsikan di Facebook oleh Areena Abidin. Klik gambar untuk ke link Facebooknya.
Semoga Allah tambahkan rezekinya serta permudahkan urusannya. Amin.

RESEPI DIM SUM

KULIT

Bahan-bahan:-
500g Tepung gandum
160g Tepung ubi
1/4 tsp Garam
3tbsp Minyak jagung/minyak masak
440ml Air panas mendidih (klu guna penyukat jug plastik yg x tahan panas, sukat dlu air bru didihkan, takut jug tu mengembang bila kena air panas)

Cara:-
1. Satukan tepung gandum, tepung ubi, garam & minyak.
2. Masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau. Uli sehingga sebati & tak lekat ditangan.
3. Bahagikan kepada 4 (senang nak canai nanti) & biarkan rehat 30 minit, cover ya.

●kalau tak ada mesin pengadun, boleh guna tangan tapi hati2 ya sbb air panas. Kacau dgn sudu atau sudip kayu. Msuk air sedikit2 sambil kacau. Adunan akan kelihatan maacm kering TAPI JANGAN tambah air, sebab manual so lambat la nak sebati. Continue uli guna jari smpai doh jadi licin. Memang panas.

INTI

Bahan-bahan:-
1 & setengah tube ayam cincang (saya guna ayamas)
Sebatang Lobak merah disagat halus
3 ulas Bawang putih- cincang halus
1 biji Bawang merah besar- cincang halus
(Saya guna mesin chopper je snang)
2tbsp Kicap cair
2tsp Minyak bijan
1tsp Sos tiram
2tbsp Tepung jagung
1/4tsp Garam
Sedikit lada hitam & lada sulah
Sebiji telur - dipukul dahulu

● blh jg letak daun bawang, mushroom, udang dll, ikut selera- bhn2 kena cincang or potong kecik2 ya.
● campurkan kesemua bahan2 tersebut

Penyediaan:-
1. Tabur tepung jagung atas papan canai.
2. Uli & canai nipis doh (nak guna mesin mee yg boleh canai pun boleh)
3. Terap doh (guna cutter ring) - lebihan doh yang diterap tu diuli & biarkan 10 minit so doh tu akan nampak licin balik.
4. Letak inti dan lipat, ikut kreativiti. Nak bentuk bulat atau karipap pun blh. Tak perlu guna air untuk lekatkan, just tekan aje dia boleh lekat sendiri.
5. Panaskan periuk kukus guna api besar. Bekas yang nak letak dim sum tu sapu nipis minyak, sapu guna tisu tebal je sebab nak elakkan dim sum melekat.
6. Kukus dlm 10-15 minit bergantung kepada saiz dan ketebalan kulit. (Doh nipis lagi sedap)
7. Nak goreng pun boleh
8. Makan panas2 dengan sos cili thai & kicap bijan
(3tbsp kicap cair campur dgn 1tsp minyak bijan)

   

●kalau buat banyak, boleh frozenkan. Kalau kulit nipis kukus 5minit & kalau kulit tebal sikit kukus 10 minit. Bila dah sejuk boleh simpan dalam bekas bertutup, jangan lupa alas dengan plastik ya, then frozenkan. Nak makan kukus aje kemudian. Selamat mencuba.

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign