29 March 2015

BRAIN TUMOR (KETUMBUHAN DI OTAK) - BOLEH SEBABKAN BUTA

Balik Tepeng since semalam.
Ambil kesempatan menziarahi seorang teman belajar during itm diploma.. teman sejak 26 tahun lalu.

Beliau seorang yang ceria.. tetapi rupa-rupanya ada brain tumor. Sebelum tu beliau ada fibroid.

Mak beliau cerita, masa beliau mula sakit, macam2 maknya belikan supplement & ubat. Apa yang orang suggest mak dia belikan. Setiap bulan mak dia beli.

Suatu hari Mak dia pergi rumah beliau & dapati semua supplement tu elok lagiacam tak berusik pun. Sedih luluh hati Maknya tambah2 lagi dengan keadaan beliau sekarang yang dah tak dapat melihat.. malah sebelah badannya dah kurang berdaya.. hampir2 lumpuh disebabkan brain tumor tu. Hanya terbaring mengharapkan bantuan orang sekeliling.

Kita sebagai orang Islam wajib menerima keadaan seperti itu sebagai qada' & qadar tanpa merasa kesal dengan ketentuan Allah.

Namun kita juga wajib berusaha menjaga amanah Allah iaitu tubuh badan kita supaya sentiasa sihat walafiat untuk beribadah kepada Allah.

Peringatan kepada diri sendiri, saudara mara & kawan2 yang dikasihi.. amalkan makanan kesihatan tak kiralah makanan sunnah atau supplement jenama orang putih sekalipun.. yang pentingnya halalan toyyiban.

posted from Bloggeroid

8 March 2015

ANYONE CAN BE A MILLIONAIRE EXCLUSIVE DINNER - MARCH 2015


Assalamualaikum, Hi Bloggers & Lovely Readers!
Semoga anda semua sihat gojes dan happy!

Dah hampir 3 minggu tak update blog. Masyaa Allah. Minta maaf ye kalau ada yang merindui saya.

Selama 3 minggu ni bz apa entah.. banyak uruskan penghantaran supplements kat customer kot sampai tak sempat dok diam-diam depan pc mengarang kisah.

So, harini maih saya redakan kerinduan anda semua dengan kisah dinner Exclusive Jutawan Shaklee.. nak?

Awal tahun baru ni Presidential Masters Shahreeza yang popular dengan nama Cery MamaFaiz, iaitu Masters yang paling tinggi ranknya dalam susur galur Jutawan Shaklee yang sangat pemurah, cabar kami (geng Beautiful & Charming group telegram seramai 200 orang) .. siapa naik rank atau Efektif rank pada bulan Januari & Februari 2015 ni, akan dijemput ke Majlis Makan Malam Eksklusif hanya untuk kami. Kami yang sudah sedia tahu yang beliau ini sangat pemurah .. apa lagi.. pulun la untuk naik rank & efektif. Alhamdulillah, saya pun salah seorang yang Efektif Rank sebagai Supervisor untuk kedua-dua bulan tersebut.. maka dapatlah jemputan eksklusif tu. Teruja tak? Tentulah teruja. Seronok happy macam Cinderella dapat pi Ball Night kat Istana gitu. Sebab apa? Sebab bukan semua dapat pi dinner ni.. bukan saja-saja PM Cery buat dinner ni kecuali menghargai susah jerih payah kami berusaha untuk biznez kami. Aik? Biznez sendiri pun orang lain hargai? Of course, macam Cikgu yang mengajar.. bila anak murid berjaya, Cikgu celebrate, kan? Umpamanya macam tu juga la. Sebab PM Cery ni tak jemu-jemu memberi ilmu, membimbing, memberi tunjuk ajar, sharing, mengingatkan, nasihat.. banyak la, macam Mak pun ada, macam Cikgu pun ye. So, bila anak-anak berjaya mestilah Mak happy... betul tak?

Beruntung la sapa dapat join group ni. Alhamdulillah Allah pertemukan saya dengan Nurul Aula Akif.. salah seorang leader bawah Cery ni la.. tah berapa ratus kali dah saya ucap syukur kerana pertemuan ini.. Memang bertuah!


Masa dinner tu semua orang dapat hadiah... kami yang rank Senior Supervisor & Supervisor dapat 2 jenis hadiah.. Hadiah 'door gift' dan hadiah 'Lucky Draw'.. manakala Coordinator ke atas dapat 3 hadiah.. dua tu serupa dengan kami, satu lagi special lebih dari kami la... barang emas dengan bertakhtakan permata swarovski.
Hadiah Special utk Coordinator
Door gift nilainya menghampiri RM300 setiap seorang dan lucky draw sekurang-kurangnya bernilai RM88 - RM2,000. 

Ini doorgift yang saya dapat

Hadiah Vivix bernilai RM475. Bulan April jimat takyah beli dah.
  Dengan PA saya
Posing sorang kat depan lobby

Geng Gojes Cik Pau.. I tumpang sekaki

Peminat Vivix - cer teka umur kami

Mak Shaklee (My Leader) Peminat Vivix juga.. cun kan 

Majlis ni takde kena mengena dengan Shaklee Corporation Malaysia. It was being organised by Faizland, company Cery MamaFaiz ni. 

Tu yang best tu, sebab Shaklee Corporation Malaysia pun selalu organize majlis motivational, majlis penghargaan, National Conference.. so, dalam setahun tu, macam-macam majlis, macam-macam anugerah seseorang tu boleh dapat.. walaupun biznez Shaklee tu, diri sendiri yang buat.. BEST kan.

Tu lah, kena join group yang betul.. iaitu Group kami, Jutawan Shaklee di bawah susur galur Cery MamaFaiz ni. Kami semua bermula dengan kosong, zero.. tapi alhamdulillah, we all grow gracefully. Cita-cita kami hanya satu:
 "MENJADI USAHAWAN MUSLIMAH YANG KAYA SERTA BERTAQWA".

Amin amin, ya Rabbal aalamin!



15 February 2015

Shaklee Effect atau bahasa Melayu Kesan Shaklee .. terhadap pengguna produk Shaklee berbeza-beza antara satu sama lain.

Harini saya nak berkongsi dengan anda, Shaklee Effect terhadap diri saya. Banyaaaaak sebenarnya.

First sekali, dari segi kesihatan. 
Semasa pantang, saya dapat nutrisi yang mencukupi dan cepat berasa sihat kembali.  Yang best, luka cepat sembuh. Yang best lagi, kurang kan stress bila mulakan kembali kerjaya selepas habis cuti pantang. Bagi anda yang pernah bersalin pasti faham tentang stress yang saya maksudkan tu. Stress nak tinggalkan anak yang baru berusia 61 hari kepada orang yang kita baru kenal.. stress nak mulakan kembali pekerjaan yang dah kita tinggal selama 60 hari tu.. walaupun ada orang lain yang take over tugas tu.. tapi bukan sepenuhnya seperti  yang kita buat.. betul tak? 

Yang kedua dari segi tabiat.
Dulu-dulu saya ni memang jenis tak suka membaca. Kalau membaca pun artikel yang pendek dan ringkas. Kalau cerita panjang melalut, maaflah, suku jalan la jawabnya. Kalau buku pula.. laju je flip mukasurat... cari yang interesting saja. Buku pelajaran tu.. Itu pun mujur. Biasanya masa exam saya capai nota yang saya buat semasa mendengar lecture.. ringkas dan padat.

Facebook pun malas nak buka dan baca. Teruk tak? 

Sejak saya mula ceburi biznez Shaklee, saya rasa terpaksa membaca untuk menambah pengetahuan tentang produk. Mula-mula tu memang tak suka... kalau boleh tak mau baca, rasa terpaksa.. selalu saya tanya saja mentor. Tak mau buat rujukan / pembacaan sendiri. 

Tapi sekarang dah lain. Saya semakin enjoy membaca, terutama buku-buku tentang kesihatan, membaca, mengorek info tentang produk of course la... buku-buku motivasi, buku-buku agama. 

Yang ketiga, dari segi hubungan dengan Pencipta.
Saya bukanlah seorang yang tidak taat kepada perintah Allah. Saya buat yang wajib tanpa rasa malas. Cuma, yang sunat tu tak berapa nak rajin.

Tapi, sejak saya mengenali orang-orang yang berjaya dalam biznez Shaklee, iaitu Master-master yang beragama Islam, saya mula buat ibadah sunat yang tak pernah saya buat sebelum ni, seperti solat dhuha, tahajud, dan sebagainya. Rasa bertambah baik walaupun belum sempurna. Masih banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Masyaa Allah. Terasa sangat kerdil.

Dan SubhanAllah, banyak perubahan dalam hidup saya setelah mengamalkan perkara sunat tersebut. Mula-mula memang rasa berat.. terutama untuk bangun di sepertiga malam. Tapi, lama-lama dapat rasa nikmatnya dan rindu jika tak dapat buat (masa period la). Rasa semakin tenang, rezeki bertambah.

Oh ya.. bab rezeki ni... bukan semestinya dari segi wang ringgit je.. tapi banyak... kelapangan masa, rezeki berjumpa rakan-rakan lama, rezeki boleh bangun malam, rezeki lapang dada.. tenang..mudah dalam pekerjaan/tugasan harian.. dan banyak lagi.





TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign