7 August 2014

DETOX


Detox  adalah proses bersihkan usus di mana segala toksin, lemak & lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Detox sangat penting sebelum mengambil supplement supaya tahap penyerapan nutrisi pada kadar paling optimum.

Toksin yang terkumpul dalam badan boleh menyebabkan beberapa penyakit serius. Malah, kebanyakan penyakit hari ini adalah berpunca daripada badan yang penuh toksin. Antara penyakit akibat daripada usus yang penuh toksin adalah

☻Darah tinggi
☻Jantung
☻Hati
☻Buah pinggang
☻Kencing manis

Antara tanda-tanda yang anda perlukan detox adalah seperti berikut :-
☻Sakit kepala yang kerap
☻Keletihan
☻Kulit Kusam
☻Selalu jatuh sakit seperti demam
☻Sembelit

Kemungkinan yang paling teruk berlaku adalah segala penyerapan vitamin dan mineral menjadi lemah dan menyebabkan badan tidak cukup nutrisi yang diperlukan.

Supplement Shaklee untuk detox untuk anda cuba amalkan :
♥ Alfalfa Complex
♥ Herb-lax

Salam sayang
Ruzana Ibs, 0192896117


19 July 2014

PERTEMUAN TAK KESAMPAIAN

Pagi - di rumah.
Selepas waktu solat jumaat mula bergerak ke bandar, first ke Shaklee, then deliver VIVIX & AJHT di Shah Alam.

Next was to Kelana Jaya LRT station to meet an old friend. Tang sini tersangkut sat. Janji jumpa pukul 4pm. Saya sampai awal 3.45pm. Takpa biar sampai awal. Tunggu punya tunggu, sms to whatsapp to calls... no answer. Risau juga... if dia tak jadi datang ke... or... apa jadi padanya? RISAU. Nak taknak, 4.30pm kena push off balik to fetch my little girl at school. Tunggu lagi 5 minit sebenarnya. Dengan perasaan kesal dan RISAU I drove home & melalui kesesakan lalulintas yang luarbiasa dari hari-hari lain tapi biasa pada hari Jumaat. Alhamdulillah sampai tepat pada masa kakak keluar sekolah (45 minit juga on the road).

After an hour sampai rumah baru dapat call dari that old friend (lepas dia dah sampai semula ke keretanya) Kesiannya dia. Rupanya dia dah sampai kat LRT station, 5 minutes earlier dari masa saya beredar.. mungkin berselisih jalan. Dia tunggu saya sehingga pukul 5 petang baru dia beredar pulang. Rupanya handphone dia tertinggal dalam kereta. Lepas dah naik LRT baru dia perasan. Takkan nak patah balik untuk ambil handphone tu.

Mesti dia penat mencari & menunggu saya sehingga jam 5 petang. Puasa pulak tu.. dengan panas teriknya hari ini. Masyaa Allah... berkali-kali saya memohon maaf.. begitu juga dia.

Kebetulan dia bawa Ipad tapi Ipad pulak habis bateri. Ada-ada saja kan?

Pasti ada hikmahnya di situ. Cuba fikirkan. Wallahua'lam.

Takpa, ada masa & rezeki, lain kali ek jumpa.

Yang peliknya, masa dulu-dulu, masa takde handphone ada saja cara nak berhubung & boleh pula berjanji awal-awal di mana exactly tempat nak berjumpa. Taking for granted ada handphone, tak kisah, last minute boleh tanya di mana dia tunggu... tapi bila handphone tertinggal atau habis bateri... inilah jadinya.

Pengajaran untuk kami berdua... dan ingatan kepada anda semua!

Buat perancangan bersungguh-sungguh untuk sesuatu tindakan yang anda ingin lakukan. Pastikan semua maklumat diberi & diterima adalah tepat & signifikan.

Selain itu, amalkan supplement ni :
Untuk kuatkan minda amalkan Omega Guard & Lecithin
Untuk kekalkan hidrasi amalkan Performance Drink
Untuk kekalkan tenaga amalkan VIVIX.

17 July 2014

BE POLITE

Haha..ramai benor nak cerita pengalaman kena langgar selepas kisah si gadis garang tu, .Saya pun pernah kena langgar. Dengan budak sekolah yang bawa motor macam tak cukup jalan nak pecut. Habis rosak bahagian hadapan tempat aircond tu, apa ke nama (ni masalahnya bila suami je yang handle bab kereta) Sebbek saya drive masa tu slow jer sebab dekat kawasan rumah nak ke sekolah. Kalau tidak arwah kot budak tu. Saya masa tu jalan terus ... budak tu nak belok ke sekolah.. imagine, bila belok dengan memecut apa jadi? Kereta saya yang dilanggarnya, dia bajet lepas kot.. dah tak bagi signal. Budak tu tingkatan 4.

To cut the story short.. mula tu Mak budak tu nak tunjuk arrogant gak sebab kerja kat pejabat lawyer (bukan lawyer pun), pastu, sebbek ada sarjan kat situ yang kebetulan lalu & nampak kejadian & tunggu saya kat situ... cerita keadaan yang sebenar kepada mak budak tu. Penduduk situ pun ramai yang keluar rumah yang nampak kejadian. Mulanya mak dia macam berat je nak terima hakikat... cuak pun ye kot, mana tau saya pi report kat pejabat polis... dia & suami dia yang kena nanti... dah le ada sarjan jadi saksi pulak. Sarjan tu suruh saya report je.

Masa tu pulak suami saya berada di KL, saya di Kuantan. Masa kemalangan tu saya otw nak ke sekolah anak (masa tu anak sulung & kedua saya berumur 9 & 8 tahun kalau tak silap.. sekarang dah 19 & 18 tahun) mereka ada trip sekolah nak ke mana tah. 

Masa tu syukur sangat kerana ramai yang baik hati membantu saya. Anak2 saya dibantu oleh jiran yang lalu di situ untuk dihantar ke sekolah. Trauma gak budak2 tu.

Dan syukur sangat kerana ada seorang sepupu yang bekerja di Kuantan juga masa tu. Jadi, dia la yang membantu saya settle dengan ibubapa budak tu.

So, after a while, bapa budak tu pulak datang. Tapi bapa dia cakap elok-elok la.
Siap sewa kancil berikan saya pakai sementara kereta masuk bengkel. Banyak gak la belanja bapa dia kena keluarkan semata-mata kerana kecuaian anak dia.

Saja nak cerita kat sini yang sebagai mangsa keadaan, you don't have to yell at people yang buat you. Tapi masa mula tu, mak budak tu bercakap dengan nada yang tinggi dengan saya kerana ingat saya yang pi langgar budak tu. Rasanya saya drive masa tu 20-30km sejam sebab saya memang slow down bila nampak budak tu.. boleh agak la dia nak belok sebab tahu ada sekolah kat situ.. tapi tak sangka dia nak belok terus sebab saya dah hampir kepadanya.


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign