28 May 2015

RORO (ROLL ON ROLL OFF)

First time dengar perkataan ni, teringat kat Roro Mendut..haha.. entah kenapa.

Anyway, sebenarnya RORO ni adalah pengangkutan menggunakan kapal besar untuk pindahkan kenderaan anda dari satu tempat ke satu tempat yang lain melalui laut. Contohnya, dari Semenanjung ke Sabah/Sarawak. Boleh baca kat sini details mengenai RORO.

Cars going in the RoRo Vessel

First time juga ni, since ini first time nak berpindah ke 'seberang laut' .. hehe.

APA YANG ANDA PERLU SEDIAKAN 
(1) Kad pengenalan Pemilik kenderaan
(2) Geran kenderaan
(3) Surat pelepasan dari bank jika masih ada hutang dengan bank. Pergi ke bank di mana anda buat loan kenderaan tersebut, berjumpa dengan mana-mana pegawai yang boleh buat surat pelepasan tersebut. Biasanya mereka akan ambil masa 1/2 jam saja untuk sediakan surat tersebut.
Oh ya, jangan lupa bawa surat sokongan, contohnya surat arahan berpindah dari majikan.

Kemudian email kepada Syarikat RORO tersebut. Biasanya mereka akan meminta anda email dokumen di atas, 5 hari sebelum kapal bertolak... untuk tujuan 'booking'. Email juga salinan kad pengenalan orang yang nak ambik kenderaan apabila sampai di destinasi, jika bukan pemilik kenderaan itu sendiri yang ambil.

Anda boleh meminta jadual vessel / kapal yang akan membawa kenderaan anda dari syarikat RORO itu.

Anda juga boleh menghantar kenderaan anda 2 - 3 hari sebelum tarikh kapal bertolak.

HARGA RORO
RM1,700 untuk kenderaan kecil
RM1,800 untuk MPV


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign