22 September 2015

DAPAT BATU KARANG SEBAB KENCING BERDIRI?

Tengah cari bahan untuk blog, terjumpa fakta ni.

Keburukan kencing berdiri :
- Risiko penyakit batu karang
- Menyamai syaitan
- Mengganggu rezeki
- Melemahkan syahwat
- Mudah menjadi pelupa

Saya & suami memang mendidik semua anak-anak dari kecil untuk mesti duduk/mencangkung bila nak kencing.

Teringat saya semasa kem motivasi anak dengan Dato Dr Fadzillah Kamsah beberapa tahun lalu.
Beliau ada meminta para hadirin yang lelaki untuk angkat tangan jika pada tahun itu TIDAK PERNAH kencing berdiri. Terkejut saya tengok, hanya beberapa orang sahaja yang angkat tangan (mereka yang tak pernah kencing berdiri sahaja yang dikehendaki angkat tangan). Maknanya kebanyakan lelaki memang kencing berdiri. Masyaa Allah!

Jadi, semua orang lelaki, dan juga perempuan..  jangan lagi kencing berdiri tau! Risiko  penyakit tu. Lagipun, hendakkah anda menyamai syaitan? Hendakkah anda rezeki anda terganggu? Hendakkah anda menjadi seorang pelupa? Nauzubillahi minzalik.

Bayangkan jika anda kencing berdiri, sudah pastinya kencing anda akan terpercik mengenai tempat lain seperti seluar dan baju anda dan pakaian itu anda bawa solah? Pastinya tak sah solah anda kerana pakaian tersebut terkena najis.

Ingat ye kawan-kawan, lepas ni jangan lagi kencing berdiri.



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign