26 June 2013

FADHILAT ZIKIR ASMAUL HUSNA

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).

1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.

2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga  manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.

4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.

5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.

6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan  menjadi segar sihat & sejahtera.

7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.

8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.

9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.

10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.

11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.

12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).

13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.

14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.

15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.

16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.

17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.

18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.

19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.

20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.

22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.

23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.

24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau  di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.

25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.

26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.

27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.

28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.

29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.

30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.

33. "Ya Haliim!"  Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar  atau diungkit-ungkit atau tergugat.

34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.

35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.

36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.

37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia!!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.

38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.

40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.

41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.

42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita  akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan -  perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.

43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak  masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.

44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.... 

45. "Ya Mujiib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.

47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.

48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.

49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.

50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.

51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.

52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.

53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.

55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.

56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.

57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala pujian.

58. "Ya  Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.

59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah....

60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.

61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.

62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.

63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.

64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap  manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yangterhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.

65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.

66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.

67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...

68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.

69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.

70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.

71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".

72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.

73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.

75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.

76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu. 

77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini

78. "Ya  Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka  yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.

79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.

80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.

81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita  memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.

82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.

84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.

85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.

86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan,  InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.

87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.

88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.

89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.

90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.

91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.

92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.

93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.

94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya  Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.

95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.

96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.

97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.

98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin,  nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.

99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.

Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.

Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.

Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"

2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.

3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.

4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.

5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah  s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).

KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM

  Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.

  Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

  Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt 

  Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

  Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya

  Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

  Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . .  Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba  itu.

Wassalam





25 June 2013

PENGESAHAN HALAL PRODUK SHAKLEE


NEW SHAKER SHAKLEE

Assalamualaikum
Masa National Conference yang baru lepas tak ingat nak share benda2 yang dapat semasa haritu. Ada gambar tapi belum upload. Ish ish ish.

Ini adalah salah satu goodies yang kami terima hari itu. Sudah mula dijual di semua cawangan Shaklee. 

Murah! Murah! RM11 sahaja. 

Shaker ini boleh digunakan untuk membancuh minuman bersama ESP & Meal Shake mahupun Cinch. Lagi cepat larut dan berbuih dengan adanya spring yang besar di dalam shaker tersebut (macam 'whisker' untuk buat kuih bahulu tu).


Nampak tak spring depan botol shaker tu?





23 June 2013

HAPPY BIRTHDAY ANGAH!

Assalamualaikum
Hari ini 23 Jun 2013 : ulangtahun kelahiran Angah yang ke 17. Pewitt, sweet 17 yo!
Malam tadi bawa pi dinner, celebrate awal. Biasanya hari Ahad banyak aktiviti, takut tak sempat nak celebrate. 

Semoga menjadi anak soleh Mama dan Ayah .
Belajar biar pandai, nak ambik exam SPM ni. 
Jangan lupa makan Omega Guard & Lecithin tau!

Anak-anak yang Mama dia wajibkan makan Supplement Shaklee (",)

DOA SUPAYA ANAK CERDIK & PANDAI


SUSU BERKHASIAT DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE

Assalamualaikum
Entri sebelum ni saya kongsikan cara untuk banyakkan susu. Kali ni saya nak cadangkan kepada Puan-puan yang menyusu bayi, kalau nak menambah khasiat susu kita, bolehlah cuba set penyusuan Shaklee yang berikut: -

VITALEA with iron formula (Multivitamin)
VITAMIN B COMPLEX
VITAMIN C
ALFALFA COMPLEX
OMEGA GUARD
OSTEMATRIX
ENERGIZING SOY PROTEIN

Bagaimana supplement Shaklee ni boleh membantu menambah khasiat susu? Sila baca seterusnya.

VITALEA with Iron Formula (Multivitamin)
Vitalea merupakan multivitamin yang menyediakan 12 vitamin, 7 mineral penting dan zat besi yang tak mungkin kita dapat dengan cukup daripada diet harian.

Kebiasaannya, sekitar usia bayi mencecah 6 bulan, kita disyorkan untuk memperbanyakkan sumber zat besi ke dalam makanannya  bagi membantu pembesaran bayi dengan lebih baik. Untuk ibu yang menyusu pula perlu memastikan pengambilan zat besi dalam menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas menyusukan bayi atau mengepam/memerah susu. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. 

Nota :
Multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil dengan minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

VITAMIN B COMPLEX
Vitamin B Complex boleh menenangkan ibu, yang kalau tengah stress mesti bayi dapat merasakannya sama ketika menyusu dan membantu ibu sentiasa berfikiran positif bagi menghasilkan susu yang banyak serta mengekalkan mood ibu di dalam keadaan yang baik.

Di samping itu Vitamin B Complex mampu membantu meninggikan sistem pertahanan badan, juga menukarkan glukos kepada tenaga, ie merangsang metabolisma yang baik. Lagi satu, Vitamin B Complex ini dapat mencantikkan wajah ibu dan mengelakkan dari wajah kusam.

Bagi ibu yang mengamalkan pil perancang (kalau menyusu secara eksklusif tak perlu pil perancang) Vitamin B Complex boleh menggantikan zat Vitamin B dalam badan yang dimusnahkan oleh pil perancang ini.

VITAMIN C
Vitamin C sebagai antioksidan sangat penting untuk menjaga salur darah dan pengambilan Vitamin C membantu meningkatkan kandungan antibodi ibu serta antibodi di dalam susu ibu. Ibu dan bayi akan jarang kena demam atau selesema, insya Allah. Tapi, sekiranya ibu atau bayi demam atau selesema juga, tingkatkan pengambilan Vitamin C ini daripada 1 biji kebiasaannya kepada 2 biji sehari.

Kadang-kadang ibu ada menghadapi puting melecet/luka/berdarah, insya Allah akan mudah sembuh dengan mengamalkan Vitamin C kerana salah satu fungsi Vitamin C ialah membentuk kolagen yang juga memberi kesan kepada kulit ibu dan bayi yang semakin bersih, cerah & cantik.

ALFALFA COMPLEX
Alfalfa pernah digunakan secara tradisional bagi meningkatkan penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Ia juga turut membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan (lebih lawas) kerana kandungan fiber yang tinggi dan berkesan untuk membuang angin dalam badan, secara tidak langsung memberi kesan baik kepada bayi kita yang takkan kena kembung. Tak perlu lumur minyak telon lagi. :) Ia juga bagus untuk buah pinggang serta menghilangkan bau badan yang tidak menyenangkan.

Nota :
Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. Lebih baik minum air yang banyak jika mengamalkan alfalfa.

OMEGA GUARD
Pengambilan Asid Lemak Omega dari Omega Guard Shaklee semasa penyusuan dapat menggalakkan perkembangan otak dan mata bayi dengan baik. Telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung apabila kandungan Omega 3 berada lebih banyak di dalam otak. Yang penting, Insya Allah, bayi yang mendapat khasiat dari pengambilan Omega 3 oleh ibu yang menyusukan jarang menjadi kanak-kanak hyperaktif atau autisme.

OSTEMATRIX
Kalsium penting untuk pembinaan darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia. Bagi ibu yang menyusu, pengambilan kalsium tidak boleh dipandang remeh kerana kalsium untuk penghasilan susu akan diserap dari yang sedia ada di dalam tubuh ibu. Bagi ibu2 yang tidak menjaga dan mementingkan pengambilan kalsium dalam diet harian dan jika perkara ini berlarutan dan ibu tidak menggantikan semula kalsium ini maka ibu itu akan mengalami risiko osteoporosis, rasa sengal kaki dan tulang belakang, mudah letih dan lesu serta muka menampakkan garisan tua. Ibu menyusu digalakkan untuk mengambil sebanyak 1,000mg  kalsium setiap hari, bersamaan 4 biji Ostematrix sehari. Makan 2 biji x 2 kali sehari kerana badan mampu menyerap 500mg saja kalsium dalam satu masa.

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
Bayi kita memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang sempurna. Protein adalah makanan sel. Protein berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu,  mengawal-atur keseimbangan bendalir dalam badan, membina hormon, enzim dan antibodi. Selain itu protein dikatakan membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrien dan sumber tenaga.

ESP mampu membantu memekatkan susu ibu di samping dapat memberi tenaga berkekalan kepada ibu. Selain itu ESP membantu ibu memperolehi kesan yang optimum apabila mengambil vitamin-vitamin lain. Kulit ibu serta bayi yang menyusu susu ibu juga menjadi lebih licin, gebu dan anjal. Tiada garisan putih ketika menggaru ("/




*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117.

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

TEKNIK BANYAKKAN SUSU BADAN

Assalamualaikum
20 Jun 2013 genaplah usia Waqiuddin 1 tahun 3 bulan. Dah pandai berjalan pun. Makan macam-macam benda. Gigi tumbuh pun banyak dah. Tapi susu Mama tetap jadi pilihan yang utama...Alhamdulillah.

Ibu-ibu, Mama-mama, Ummi-ummi di Malaysia ramai yang dah sedar betapa banyak kebaikan menyusu bayi sendiri. Malah telah tertulis dalam al Quran surah al-Baqarah ayat 233, firman Allah swt yang bermaksud : "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang hendak menyempurnakan penyusuan itu". 

Kebaikan menyusu bayi dengan susu sendiri antaranya adalah untuk maintain bentuk badan kita supaya kurus sentiasa... hehe...kalau nak tahu, apabila kita menyusu bayi kita, kita boleh membakar 200-500 kalori setiap hari! Wowwee!! Mesti jealous sesiapa yang tak menyusu bayinya..."Nyesal akak tak nyusu anak dulu.... kalau tidak mesti dah kurus. Camner ek... kalau nak nyusu balik?" kata kawan saya sorang ni.

Sayang Mama
Selain itu, masa menyusu boleh rapatkan hubungan kita dengan bayi kita. Cuba lihat semasa kita menyusukan bayi, bayi tu menatap wajah kita dengan penuh kasih sayang... kan?
Oh..ngerinya

Yang paling best kebaikan menyusu ialah boleh menghalang daripada kanser payudara. Rupa-rupanya bahagian payudara yang paling kerap diserang kanser ialah lobus (yang menghasilkan susu) dan duktus (menghantar susu ke puting). 


Itu antara kebaikan-kebaikannya... melalut la pulak dah. So, marilah kita pakat-pakat menyusu anak dengan susu badan kita ya Puan-puan.

Macamana nak maintain susu badan supaya tetap banyak dan berkhasiat? Especially nak dekat puasa ni.... ramai jugak customer dan kawan-kawan saya bertanya soalan ini. 

CADANGAN UNTUK BANYAKKAN SUSU

1. SUPPLY vs DEMAND
First & foremost kena tahu konsep SUPPLY vs DEMAND..lebih kerap bayi kita menyusu, lagi kerap payudara kosong lagi banyak susu dihasilkan. Kalau yang bekerja di pejabat ke kat mana-mana pun.... kalau tak boleh direct breastfeed, kena pump dengan kerap & konsisten, sebaik-baiknya setiap 2 hingga 3 jam. Ataupun banyakkan pump sekitar pukul 12 tengah malam sehingga 6 pagi, kerana waktu tersebut banyak hormon prolaktin terhasil. Tapi waktu tu kan sedap tidur? Takpe lah, berkorban apa saja demi anak yang disayangi. 

2. MINUM BANYAK AIR
Minum banyak air, sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Selain air kosong, susu, air kacang soya dan jus oren segar berupaya untuk meningkatkan penghasilan susu badan kita.

3. FIKIRKAN TENTANG BAYI KITA
Cuba bayangkan bayi kita sedang menyusu di payudara kita sejurus sebelum sesi penyusuan/sesi mengepam supaya dengan cara ini, payudara akan terangsang untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Masa nak mengepam tataplah gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.

4. BELAIAN & USAPAN BAYI
Ketika menyusu, belailah dan usaplah bayi. Dengan belaian & usapan ini, tanpa disedari merangsang penghasilan susu.

5. TENDUM PUMPING
Cuba biasakan sambil menyusu sambil mengepam susu (serentak) menggunakan pam payudara elektrik. 




6. MENYUSU DI WAKTU MALAM

Susukan bayi kita di waktu malam kerana ia merangsang peningkatan susu. Tambahan pula di waktu malam, bayi dan diri kita lebih relaks lalu membolehkan bayi kita menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

7. MAKAN ULAMAN
Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman antaranya pegaga, peria, raja, turi, betik & jantung pisang batu.

8. HALBA & JINTAN HITAM
Halba, selepas dibeli, dicuci dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Selain itu jintan hitam juga boleh dimakan dengan cara pengambilannya sama seperti halba.

9. MENYUSU DENGAN POSISI YANG BETUL
Setiap kali menyusu bayi kita, sila pastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

10. INGAT PADA ALLAH
Last but not least, yang paling penting, kita kena istiqamah, bertawakkal & berdoa kepada Allah. Jangan mengeluh, jangan putus asa. Bersyukur ke atas segala yang Allah berikan dan banyakkan juga istighfar dan zikir.

Semasa menyusukan bayi kita, bacalah surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan bayi di sebelah kanan dan surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan bayi di sebelah kiri.

Surah Luqman ayat 16 yang bermaksud : "(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekali pun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya) kerana sesungguhnya Allah Maha Halus PengetahuanNya lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.""

Surah Luqman Ayat ke16
Surah Luqman ayat 17 yang bermaksud :"(Luqman menasihati anaknya dengan berkata):"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.""

Surah Luqman Ayat ke17



21 June 2013

ANAK BONGSUKU DAH BERJALAN

Semalam, 20 Jun 2013, Waqiuddin berumur 1 tahun 3 bulan. Hmm... hari itu semalam tu lah dia menunjukkan keberaniannya untuk berjalan lebih dari 10 langkah. Yeay eureka Waqiuddin!

Sebelum ni selama sebulan dok bertatih... takut-takut nak cuba... selangkah dah turun balik merangkak dengan lajunya.

Semua anak-anakku kelima-limanya tak pandai berjalan selagi belum cukup setahun 2 bulan. So tak peliklah bila Waqiuddin confident berjalan semasa berumur setahun tiga bulan.

Tahniah anakku! Alhamdulillah.




...LAGI SEBAB SAYA YAKIN DENGAN SUPPLEMENT SHAKLEE...

...lagi sebab apa saya yakin dengan supplement Shaklee? Baca cerita tentang keluarga Chairman & CEO Shaklee Corporation, Mr Roger Barnett ni dulu ye :

Keluarga Roger Barnett

Roger Barnett & Sloan (isteri Roger Barnett) mengatakan anak kedua mereka yang bernama Spencer mula mengalami masalah kesihatan semasa berusia 3 tahun. Pada mulanya, Sloan berkata anaknya batuk berterusan tanpa henti. Suatu hari jantung anaknya berdegup kencang, jadi dia bergegas membawanya ke bilik kecemasan.

"Saya tidak fikir kita tahu sama ada kita akan kehilangan dia atau tidak," kata Roger. "Mereka memberitahu kami bahawa beliau mempunyai masalah pernafasan. Mereka fikir dia mungkin asma."

Sloan berkata, dia mula menyelidik bahan kimia yang boleh mengganggu paru-paru dan mendapati bahan kimia tersebut berada di dalam rumahnya. Menurut doktor, sesetengah bahan pencuci di rumah seperti pencuci bilik mandi, penyahkuman, pencuci lantai dan pencuci ketuhar-mengandungi bahan kimia toksik yang boleh mencetuskan serangan asma.

Sebaik sahaja pasangan Barnett tahu bahawa bahan pencuci tersebut boleh membahayakan kesihatan mereka, Sloan berkata kabinet mereka dikosongkan dan dibersihkan dan ia telah membuatkan rumah mereka tempat di mana semua orang lebih mudah bernafas.

Selepas membuang bahan pencuci rumah yang biasa mereka gunakan, Roger telah menemui Shaklee Corporation, sebuah syarikat yang telah menghasilkan produk pembersihan semulajadi selama 50 tahun.

Sloan dan Roger mula menggunakan Basic H sahaja di dalam rumah mereka, iaitu bahan pencuci mesra alam. "Kami berasa mereka berfungsi dengan sangat baik," kata Roger. "Berita yang paling menggembirakan mereka ialah Spencer tidak pernah kembali ke hospital lagi sejak kami menukar bahan pencuci tersebut."

Kerana terlalu menyukai produk Shaklee tersebut mereka membeli syarikat Shaklee Corporation terus! Sekarang, Sloan berkata, dia cuba untuk hidup dengan cara yang lebih bertanggungjawab kepada kesihatan anak-anaknya dan kepada kesihatan planet ini.

So... dah tau sebab apa saya boleh yakin dengan supplement Shaklee kan? Apa tunggu lagi, jom lah berubah. Tak perlu tunggu anak-anak anda atau anda sendiri menjadi seperti Spencer baru nak berubah... oh no no!

p/s : Oprah Winfrey pun guna supplement Shaklee tau! Tengok le dia... masih bertenaga ke sana ke mari buat kebajikan, walaupun dah berumur 59 tahun pada Januari 2013 lalu.
Basic H - ni la bahan pencuci yang mengubah kesihatan Spencer
*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

20 June 2013

SAYA PILIH SUPPLEMENT SHAKLEE, SEBAB....

Saya pilih supplement Shaklee sahaja sebab saya percaya dengan supplementnya yang semulajadi, selamat dan of course sebab ia berkesan ke atas saya, ia berkesan ke atas rakan-rakan saya dan ia berkesan ke atas kebanyakan orang di Malaysia, Taiwan, US & Indonesia.

Bagaimana saya tahu Shaklee selamat? 
Saya dah buat research (chewah..nak jugak) dari google & bacaan saya terhadap apa yang Shaklee dah buat research.  Dalam sedekad yang lalu saja, hampir 90 Kertas penyelidikan Shaklee telah diterbitkan dalam journal utama perubatan dan pemakanan "peer review" di seluruh dunia, seperti The American Journal of Clinical Nutrition, The Journal of Applied Physiology dan di The Journal of the American Medical Association (JAMA). Haha, nak tau? Banyak syarikat-syarikat lain menggunakan penyelidikan Shaklee untuk memasarkan produk mereka  bagi menuntut keberkesanan produk mereka.

TIADA UJIAN ATAS HAIWAN
Nak tau lagi tak? Polisi Shaklee Corporation adalah bertentangan dengan ujian ke atas haiwan dan tidak menjalankan apa-apa ujian ke atas haiwan dalam apa jua bentuk untuk mana-mana produk Shaklee yang dipasarkan di mana-mana di dunia. Adalah juga polisi Shaklee Corporation menyokong aktif pembangunan, penggunaan dan kelulusan alternatif yang selamat  selain ujian ke atas haiwan di seluruh dunia.

Sebagai sebuah syarikat sosial yang bertanggungjawab, Shaklee tidak menjalankan ujian  ke atas haiwan, tidak pernah menjalankan ujian ke atas haiwan dan tidak akan menjalankan ujian ke atas haiwan. Shaklee tidak pernah melakukan perniagaan dengan mana-mana makmal yang menjalankan ujian ke atas haiwan.

80,000 UJIAN BERKUALITI
Shaklee memulakan ujian dengan sumber semulajadi. Ahli-ahli saintis Shaklee telah membuat kajian di serata pelusuk dunia bagi mencari sumber ramuan asli semulajadi. Kemudian Shaklee menjalankan lebih 350 kajian ke atas setiap ramuan baru Shaklee, terutamanya terhadap bahan logam, racun serangga dan bermacam-macam bahan pencemaran yang lain dan Shaklee meneruskan kajian ke atas lebih 80,000 ujian berkualiti setiap tahun bagi menjamin ketulenan dan perlindungan bagi setiap satu produk.

TIADA BAHAN BAHAYA
Secara keseluruhannya, semua produk Shaklee tidak mempunyai parabens, triklosan, phthalates, natrium lauril sulfat (SLS), natrium lauryl eter sulfat (SLES), dioksana atau propilena glikol. Tidak terdapat bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada sebarang jenis lemak dan tidak mengandungi pemanis tiruan atau perisa. Shaklee tidak menjalankan ujian ke atas haiwan. Juga pembungkusan produk Shaklee adalah selamat dan bebas daripada sebarang toksin-toksin biophenol mahupun asid phthalates dan cecair toksik. Ini yang membuatkan Shaklee benar-benar pasti bahawa Setiap Produk Shaklee adalah 100% selamat digunakan. Terjamin.

USD300 JUTA UJIAN KLINIKAL
Shaklee telah melalui lebih USD300 juta pelaburan dalam ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk. Shaklee telah juga melalui ’Landmark Study 2007’ yang dikendalikan dengan kerjasama penyelidik-penyelidik daripada UC. Barkeley School Public Health menunjukkan bahawa mereka yang telah mengambil produk tambahan Shaklee terbukti jelas mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil jenama multivitamin yang lain.


*Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit*


Untuk tempahan dan konsultansi percuma, sila hubungi saya di 0192896117

Love,
Ruzana Ibrahim
Shaklee Independent Distributor ID no 894551
Call/Whatsapp/Sms : 0192896117
Email : ruzana.ibs@gmail.com

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign