27 September 2014

KELEMUMUR

“Penampilan tampak kemas dan jelita saudari ni... bercakap pun konfiden & penuh gaya.. tapi sayangnya atas bahu jaket hitamnya ada debu putih. Ada kalanya beliau menggaru-garu kepalanya yang mungkin kerana gatal”.
Jika anda adalah  seperti saudari itu .. atau anda ada kenalan yang mempunyai masalah sebegitu, teruskan membaca.
Situasi di atas mungkin disebabkan kelemumur.
Adanya kelemumur tidaklah kronik.. ia tidak membawa kepada kematian. Namun dengan kewujudannya adalah mengganggu keselesaan kita.

Walau bagaimanapun, kelemumur tidak ada kena mengena dengan penjagaan kebersihan seseorang. Orang yang bersih pun ada juga yang menghadapi masalah ini.

KELEMUMUR

Kelemumur secara umumnya adalah disebabkan oleh fungus (kulat) yang dinamakan P. ovale. Kulat ini sentiasa ada di permukaan kulit kita dan ia tidak menyebabkan sesuatu yang merbahaya. Sekiranya kulat ini menjadi banyak, selalunya sehingga 10 – 20 kali daripada keadaan normal, kelemumur akan terbentuk, di mana kulat tersebut akan menyebabkan inflamasi di akar rambut yang menyebabkan terjadinya kelemumur.

Kelemumur juga terbentuk apabila keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan.

Fakta : Lapisan permukaan kulit kepala yang normal akan diperbaharui setiap 28 hari. Dalam keadaan berkelemumur, kulit kepala akan tumbuh dengan cepat dan diperbaharui setiap 11 hari

PUNCA KELEMUMUR
(1) rambut yang tidak dicuci sempurna
(2) memakai penutup kepala seperti tudung atau topi menyebabkan kulit kepala berkuap
(3) penggunaan gel rambut yang terlampau
(4) penggunaan syampu yang tidak sesuai dan memiliki bahan kimia berbahaya
(5) kekurangan protein dalam diet seharian. Ini juga membawa kepada masalah keguguran rambut akibat akar yang lemah
(6) tekanan hidup samada di tempat kerja, sekolah, universiti ataupun rumah
(7) perubahan hormon
(8) daya imunisasi yang rendah

RAWATAN KULIT KEPALA BAGI ATASI KELEMUMUR
(1) Memilih syampu yang bebas bahan kimia berbahaya
(2) Menambahkan protein dalam diet harian.
-Protein adalah penting dalam pembentukan sel rambut, kuku dan kulit.
-Adalah penting untuk memilih protein terumatanya daripada soya tanpa gmo.
(3) Selepas rambut disyampu, bilas rambut dengan  jus epal semasa bilasan terakhir. 
-Pastikan jus epal itu di urut dengan rata di kulit kepala (sebaiknya guna epal hijau). 
-Boleh juga perapkan jus epal di kepala selama 15 minit sebelum dibilas dengan air biasa. (petua ini saya ambil dari www.mamafaiz.com)

By the way, apabila menyebut tentang syampu yang bebas bahan kimia berbahaya... Shaklee ada menyediakan syampu yang bebas bahan kimia berbahaya yang digunakan untuk kurangkan gejala kelemumur ini. Di samping syampu, Shaklee juga terkenal dengan rangkaian supplement yang selamat, berkesan (mujarab) & halal.

RANGKAIAN PROSANTE SHAKLEE
Purifying Shampoo
-Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk fesyen rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran lain
-Mengekalkan keseimbangan lipid dan lembapan semulajadi serta tidak melunturkan warna rambut
-Ideal untuk mengawal lapisan kulit kepala yang sihat, rambut juga tidak berkelemumur.


Nourishing Scalp Treatment
-Produk yang paling penting dalam Sistem Penjagaan Rambut ProSantĂ© ialah Nourishing Scalp Treatment yang mengandungi tahap Scalp Health Complex eksklusif kami yang paling tinggi.
-Nourishing Scalp Treatment menyelesaikan semua masalah rambut dengan serum yang amat mudah diserap oleh kulit bagi melancarkan peredaran, menentang factor persekitaran yang merosakkan dan juga membekalkan khasiat kepada kulit kepala.
-Vitamin antioksida iaitu A dan E, dan juga Koenzim Q10 melindungi anda daripada kerosakan akibat radikal bebas dan pencemaran persekitaran.
-Bertindak membekalkan ruang yang optimum untuk rambut anda.
-Formula tanpa bilas memudahkan anda menggunakan dan menggayakannya
-Tidak menjadikan rambut melekit atau berminyak

ShakleeProSanté Nourishing Scalp Treatment adalah formula eksklusif, yang terbukti mampu mengurangkan keguguran rambut semasa menyikat dan dapat melebatkan serta menguatkan rambut secara semula jadi apabila digunakan sebagai sebahagian daripada sistem Penjagaan Rambut ProSanté.

Replenishing Conditioner
-Pelembap yang pekat bagi rambut yang berkilat dan lembut bak sutera
-Memperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabang
-Menguatkan rambut dengan protein dan humektan yang berasal dari alam semulajadi




SUPPLEMENT SHAKLEE
ESP - Soy Protein Isolate Powder
-Merupakan protein Bukan-GMO yang lengkap dengan semua Asid Amino Perlu.
-Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik. 
-ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting. 
-Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign