Ramai dapat kenaikan gaji dalam 3 bulan yang pertama baru-baru ni kan? Tahniah! Alhamdulillah!
Bila ada kenaikan gaji, adakah keadaan kewangan keluarga kita akan bertambah baik selepas ini? Ada kedengaran yang naik gaji berangan2 nak tukar kereta baru, tambah jumlah bebanan hutang tu. (Tak salah tukar baru kalau kereta lama anda dah buruk dan banyak bawa masalah berbanding kebaikan).
Kenaikan tanpa pembaikan cara pengurusan kewangan sudah tentu tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada keadaan kewangan keluarga. Rancang & tetapkan matlamat kewangan serta tempoh ia patut dicapai. Carilah & bincanglah dengan perancang kewangan yang ada . Peruntukkan sedikit masa kita beberapa jam sahaja untuk merancang bersama perancang kewangan tersebut untuk manfaat seumur hidup kita.
Jangan ketinggalan dalam mencapai kecemerlangan dalam meningkatkan ekonomi keluarga kita. Cuba pertimbangkan formula berikut sebagai langkah pertama mencapai matlamat Jutawan Mukmin, in syaa Allah!
Katakanlah kenaikan gaji kita dalam RM500, kita hanya perlu memperuntukkan RM300 setiap bulan seperti berikut :
RM100 - tambahan bayaran hutang kad kredit kalau ada
RM100 - Caruman polisi takaful
RM00 - Pelaburan bulanan
Contoh:
Bermula dengan RM1000 & diikuti dengan RM100 sebulan sahaja selama 30 tahun, dengan pulangan kompaunded 8% setahun akan menghasilkan tabungan sebanyak RM150,000.
Dengan permulaan RM1000 diikuti dengan RM200 sebulan sahaja selama 30 tahun, dengan pulangan kompaunded 8% setahun akan menghasilkan tabungan sebanyak RM300,000.
Kepada anda yang baru habis bayar instalment hutang kereta, tambah dengan kenaikan gaji, katalah campur kedua tu jumlah yang anda dapat simpan RM670 sebulan, selama 30 tahun, dengan pulangan kompaunded 8% setahun akan menghasilkan tabungan anda sebanyak RM1 juta!
Jadi, pilihan di tangan kita. Nak joli kenaikan gaji tu kah, atau nak ikut cadangan ini kah?
Ambil iktibar dari ayat 5-6 surah Al-Inshirah "Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan."
Berakit ke hulu berenang ke tepian
Bersakit dahulu bersenang kemudian.