4 June 2014

AGE : ADVANCED GLYCATION END PRODUCT

Seiring bertambahnya usia, manusia mungkin tidak dapat melakukan aktiviti seperti yang dilakukan kanak-kanak. Mungkin anda masih boleh berlari, tetapi tidak seperti sebelumnya. Anda mungkin berasa anda masih muda, namun tubuh anda tidak mengatakan demikian.Ini menunjukkan anda sedang mengalami penuaan.

Apa yang menyebabkan penuaan?

Para penyelidik telah menemukan suatu persenyawaan yang ada di dalam tubuh manusia yang merupakan faktor utama dalam proses  penuaan. Persenyawaan tersebut dinamakan Advanced Glycation End Product (AGE). Ia  terbentuk ketika di dalam tubuh melalui makanan dan minuman yang kita konsum setiap hari. Protin dan gula yang berlebihan bergabung menjadi satu. Tubuh manusia memerlukan protin dan gula sebagai bahan bakar fungsi tubuh yang normal, namun ketika terjadi kelebihan gula dalam darah, maka ia akan melekat pada molekul protin. Inilah yang menyebabkan AGE terbentuk. Tubuh memiliki mekanisme pertananan alami untuk melindungi dirinya dari efek berbahaya yang ditimbulkan oleh AGE. Namun jumlah AGE yang terbentuk di dalam tubuh yang menjadi terlalu banyakakan menjadi penyebab mengapa otot manusia tidak selentur dan selincah seperti sebelumnya. 

AGE juga terbentuk dalam jaringan kulit yang menuju kepada kedutan yang menampakkan anda tua. Namun penuaan tidak hanya mengenai kedutan. Yang baiknya.. kedutan tidak akan membunuh anda tapi jumlah akumulasi AGE di dalam organ tubuh  anda yang mungkin membunuh anda.

Jumlah AGE yang rendah dapat mendukung kesihatan jantung, meningkatkan fungsi otak, menjaga kulit dari menua, memeliharan kesihatan  pencernaan, meningkatkan ketajaman mata dan juga melindungi serta meningkatkan kesihatan hati dan ginjal. Dengan menjaga jumlah AGE daripada bertambah akan membuat hidup anda lebih bersemangat dan lebih awet muda.

Tubuh manusia memiliki daya tahan untuk menyingkirkan AGE dari dalam sistem tubuh sebelum mereka membahayakan organ tubuh kita. Dari masa ke semasa, jika terabai, tanpa pengetahuan kita, AGE akan terkumpul (accumulate) lebih cepat berbanding kemampuan tubuh kita. Akhirnya AGE meningkat dan menyebabkan masalah kesihatan organ tubuh serta otot.

Akumulasi AGE ini adalah sebahagian dari penyebab terjadinya penuaan dan kerosakan organ tubuh. Bukan itu sahaja, peningkatan AGE yang tinggi juga akan menyebabkan tubuh menghidapi penyakit serius seperti Obesiti, kesakitan Ginjal, Jantung & Pembuluh Darah, Mata serta Otak.

AGE bukan sahaja berperanan dalam proses penuaan tetapi terhadap masalah kesihatan yang lain yang disebut di atas.
Anda harus mengambil tahu jumlah AGE dalam tubuh anda.Sama seperti anda ambil tahu tekanan darah anda. Jika anda dapat monitor jumlah AGE secara rutin, makan anda dapat mengawal jumlah AGE. 

Salah satu cara mengawal jumlah AGE anda adalah dengan memerhatikan apa yang anda makan.Diet ketat dengan banyak mengamalkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat membantu anda menurunkan jumlah AGE anda dan mencegah pembentukannya.



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign