9 December 2014

UKURAN GAMBAR PASSPORT - UNTUK DAFTAR SEKOLAH BARU KAKAK

Dah berhari-hari kakak minta tanya sekolah kat masjid tu, untuk daftar kakak kat sekolah tu. Tahun lepas Ayah dah tanya.. tiada kekosongan.

So, pagi ni saya pergi dengan kakak sendiri bertanyakan di pejabat sekolah masjid tu. Alhamdulillah ada kekosongan untuk darjah yang kakak nak masuk tahun depan. Senyuuuumm kakak sampai ke telinga. Dah berangan nak pergi rehat dengan kakak angkatnya yang tinggal di depan rumah ni nanti. Saya pun rasa senang hati sebab tak payah hantar jauh-jauh. Jimat minyak, jimat masa. Sekolah agama tahun ni pun tak lah jauh sangat.. tapi nak sampai ke situ biasanya terlibat juga dengan jem orang nak pergi kerja pagi-pagi tu. Haish. Jadi, kalau dapat pindah sekolah kat masjid yang ni.. dekaaat sangat. 

Borang dah isi. Nak kena sertakan gambar berukuran passport 2 keping. Tangkap sendiri gambar kakak kat rumah & print sendiri, boleh tak? Hehe.. nak 2 keping ja.. kalau pi kedai kena print 4 keping sekali.. bazir la pulak lagi 2 keping tu (berkira betul.. haha). Kertas untuk gambar dah ada. Boleh la kot. Untuk simpan dalam fail je kan.

Beria pulak nak tahu ukuran sebenar gambar saiz pasport ni.

GAMBAR UKURAN PASSPORT MALAYSIA
Gambar ni diambil dari Hanya Sebuah Blog


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign