15 February 2015

Shaklee Effect atau bahasa Melayu Kesan Shaklee .. terhadap pengguna produk Shaklee berbeza-beza antara satu sama lain.

Harini saya nak berkongsi dengan anda, Shaklee Effect terhadap diri saya. Banyaaaaak sebenarnya.

First sekali, dari segi kesihatan. 
Semasa pantang, saya dapat nutrisi yang mencukupi dan cepat berasa sihat kembali.  Yang best, luka cepat sembuh. Yang best lagi, kurang kan stress bila mulakan kembali kerjaya selepas habis cuti pantang. Bagi anda yang pernah bersalin pasti faham tentang stress yang saya maksudkan tu. Stress nak tinggalkan anak yang baru berusia 61 hari kepada orang yang kita baru kenal.. stress nak mulakan kembali pekerjaan yang dah kita tinggal selama 60 hari tu.. walaupun ada orang lain yang take over tugas tu.. tapi bukan sepenuhnya seperti  yang kita buat.. betul tak? 

Yang kedua dari segi tabiat.
Dulu-dulu saya ni memang jenis tak suka membaca. Kalau membaca pun artikel yang pendek dan ringkas. Kalau cerita panjang melalut, maaflah, suku jalan la jawabnya. Kalau buku pula.. laju je flip mukasurat... cari yang interesting saja. Buku pelajaran tu.. Itu pun mujur. Biasanya masa exam saya capai nota yang saya buat semasa mendengar lecture.. ringkas dan padat.

Facebook pun malas nak buka dan baca. Teruk tak? 

Sejak saya mula ceburi biznez Shaklee, saya rasa terpaksa membaca untuk menambah pengetahuan tentang produk. Mula-mula tu memang tak suka... kalau boleh tak mau baca, rasa terpaksa.. selalu saya tanya saja mentor. Tak mau buat rujukan / pembacaan sendiri. 

Tapi sekarang dah lain. Saya semakin enjoy membaca, terutama buku-buku tentang kesihatan, membaca, mengorek info tentang produk of course la... buku-buku motivasi, buku-buku agama. 

Yang ketiga, dari segi hubungan dengan Pencipta.
Saya bukanlah seorang yang tidak taat kepada perintah Allah. Saya buat yang wajib tanpa rasa malas. Cuma, yang sunat tu tak berapa nak rajin.

Tapi, sejak saya mengenali orang-orang yang berjaya dalam biznez Shaklee, iaitu Master-master yang beragama Islam, saya mula buat ibadah sunat yang tak pernah saya buat sebelum ni, seperti solat dhuha, tahajud, dan sebagainya. Rasa bertambah baik walaupun belum sempurna. Masih banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Masyaa Allah. Terasa sangat kerdil.

Dan SubhanAllah, banyak perubahan dalam hidup saya setelah mengamalkan perkara sunat tersebut. Mula-mula memang rasa berat.. terutama untuk bangun di sepertiga malam. Tapi, lama-lama dapat rasa nikmatnya dan rindu jika tak dapat buat (masa period la). Rasa semakin tenang, rezeki bertambah.

Oh ya.. bab rezeki ni... bukan semestinya dari segi wang ringgit je.. tapi banyak... kelapangan masa, rezeki berjumpa rakan-rakan lama, rezeki boleh bangun malam, rezeki lapang dada.. tenang..mudah dalam pekerjaan/tugasan harian.. dan banyak lagi.





TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign