Ulser berasal dari perkataan Latin, Ulcus yang bermaksud bukaan.
Ulser mulut merujuk kepada lapisan membran yang terdedah disebabkan oleh kecederaan pada lapisan mukus. Mukus bertindak sebagai pelindung kepada sel-sel di bawahnya. Sekiranya lapisan ini rosak, lapisan seterusnya akan terdedah kepada segala bentuk kecederaan.
Ulser mulut biasanya berlaku di dinding mulut, gusi, lidah, lelangit dan kadang-kala melibatkan anak tekak.
Ulser boleh dialami oleh sesiapa sahaja tanpa mengenal umur.
Ia berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan dan menyakitkan, terutama apabila tergeser dengan gigi.
Ulser mulut yang tidak serius kurang terasa sakit dan akan sembuh dalam tempoh 3 hari hingga seminggu selepas mendapat rawatan.
TANDA-TANDA ULSER MULUT
♣ Bentuk bulat berwarna putih atau kuning yang dikelilingi oleh warna kemerahan
♣ Saiz ulser mulut kebiasaannya tidak melebihi 2 atau 3 mm
♣ Sakit pada bahagian tersebut terutamanya apabila tersentuh / tergeser dengan gigi, makanan & minuman
♣ Demam dan hilang selera makan
♣ Sakit di dalam mulut
KESAN AKIBAT ULSER MULUT
♣ Ulser ini akan menyebabkan anda rasa sakit ketika bercakap, ketawa, senyum, memberus gigi, berkumur serta makan & minum.
♣ Ia akan menyebabkan anda hilang selera makan & minum. Ketika ini anda pasti hanya akan fokus kepada kesakitan tersebut sahaja.
♣ Ulser akan menyebabkan dehidrasi di mana badan akan kekurangan air dan anda sentiasa berasa haus.
♣ Tekak anda juga akan berasa sakit.
♣ Bibir menjadi kering, merekah & luka.
PUNCA ULSER MULUT
♣ Kecederaan yang berlaku di lapisan nipis mulut seperti tergigit, terkena makanan tajam, air yang terlalu panas, terkena dawai alat ortodontik.
♣ Jangkitan bakteria atau fungus
♣ Kekurangan zat dalam makanan
♣ Tekanan perasaan / stress
♣ Kurang rehat / tidur
♣ Alahan kepada makanan (contoh nenas)
♣ Pengambilan ubat yang menyebabkan mulut menjadi kering (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema)
♣ Mulut kotor
♣ Gigi palsu
♣ Penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman
♣ Rawatan tertentu seperti rawatan sinar X atau ubat kimia khas (kemotherapi) terutama kepada penyakit kanser boleh menyebabkan terjadinya ulser mulut.
PETUA UNTUK MELEGAKAN RASA SAKIT
♣ Sapu gel atau krim penahan sakit
♣ Kekalkan kebersihan mulut yang baik
♣ Makan makanan lembut
♣ Elakkan makan makanan panas dan pedas
♣ Banyakkan minum air
♣ Letakkan sedikit ais di tempat ulser
♣ Mandi dengan kerap
APA YANG ANDA PATUT BUAT BILA ULSER MASIH TIDAK SEMBUH
♣ Berjumpa dengan doktor gigi (pengamal pergigian) atau doktor perubatan (pengamal perubatan) dengan segera apabila ulser mulut tidak sembuh-sembuh serta apabila terdapat tanda dan gejala yang mungkin disebabkan oleh penyakit sistemik yang lain. Ulser yang tidak sembuh juga mungkin disebabkan oleh barah di mana prognosisnya bergantung kepada saiz ketumbuhan, status nodus limfa dan metastasis.
♣ Penjagaan kebersihan mulut yang baik akan mengurangkan risiko untuk mendapatkan infeksi sekunder semasa rawatan.
Sakit dan rasa tidak selesa boleh dikurangkan dengan penggunaan ubat kumur ataupun semburan benzydamine.
Penyembuhan boleh dipercepat dengan pengambilan diet yang lembut dan pengambilan air yang mencukupi, serta mengelakkan pengambilan alkohol, tembakau dan makanan yang bergoreng/rangup.
♣ Ulser mulut yang disebabkan oleh jangkitan virus atau oleh gigi palsu yang tidak sempurna tetapi telah diganti dengan gigi palsu yang sesuai, akan sembuh dalam jangka masa yang singkat.
SUPPLEMENT SHAKLEE UNTUK USLER MULUT
♥ Alfalfa Complex / Herblax - menyahtoksin seluruh tubuh
♥ Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imun
♥ Vitamin C - untuk meningkatkan sistem imun
♥ B Complex - untuk elakkan daripada tekanan perasaan
♥ Carotomax - vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut
♥ Vitalea - meningkatkan ketahanan dari jangkitan dan penting untuk pertumbuhan sel
♥ Zinc Complex - cepatkan proses penyembuhan
♥ Vivix - menyokong sistem imun & mengimpak 4 mekanisma utama penuaan selular