15 February 2015

Shaklee Effect atau bahasa Melayu Kesan Shaklee .. terhadap pengguna produk Shaklee berbeza-beza antara satu sama lain.

Harini saya nak berkongsi dengan anda, Shaklee Effect terhadap diri saya. Banyaaaaak sebenarnya.

First sekali, dari segi kesihatan. 
Semasa pantang, saya dapat nutrisi yang mencukupi dan cepat berasa sihat kembali.  Yang best, luka cepat sembuh. Yang best lagi, kurang kan stress bila mulakan kembali kerjaya selepas habis cuti pantang. Bagi anda yang pernah bersalin pasti faham tentang stress yang saya maksudkan tu. Stress nak tinggalkan anak yang baru berusia 61 hari kepada orang yang kita baru kenal.. stress nak mulakan kembali pekerjaan yang dah kita tinggal selama 60 hari tu.. walaupun ada orang lain yang take over tugas tu.. tapi bukan sepenuhnya seperti  yang kita buat.. betul tak? 

Yang kedua dari segi tabiat.
Dulu-dulu saya ni memang jenis tak suka membaca. Kalau membaca pun artikel yang pendek dan ringkas. Kalau cerita panjang melalut, maaflah, suku jalan la jawabnya. Kalau buku pula.. laju je flip mukasurat... cari yang interesting saja. Buku pelajaran tu.. Itu pun mujur. Biasanya masa exam saya capai nota yang saya buat semasa mendengar lecture.. ringkas dan padat.

Facebook pun malas nak buka dan baca. Teruk tak? 

Sejak saya mula ceburi biznez Shaklee, saya rasa terpaksa membaca untuk menambah pengetahuan tentang produk. Mula-mula tu memang tak suka... kalau boleh tak mau baca, rasa terpaksa.. selalu saya tanya saja mentor. Tak mau buat rujukan / pembacaan sendiri. 

Tapi sekarang dah lain. Saya semakin enjoy membaca, terutama buku-buku tentang kesihatan, membaca, mengorek info tentang produk of course la... buku-buku motivasi, buku-buku agama. 

Yang ketiga, dari segi hubungan dengan Pencipta.
Saya bukanlah seorang yang tidak taat kepada perintah Allah. Saya buat yang wajib tanpa rasa malas. Cuma, yang sunat tu tak berapa nak rajin.

Tapi, sejak saya mengenali orang-orang yang berjaya dalam biznez Shaklee, iaitu Master-master yang beragama Islam, saya mula buat ibadah sunat yang tak pernah saya buat sebelum ni, seperti solat dhuha, tahajud, dan sebagainya. Rasa bertambah baik walaupun belum sempurna. Masih banyak lagi kekurangan yang perlu saya perbaiki. Masyaa Allah. Terasa sangat kerdil.

Dan SubhanAllah, banyak perubahan dalam hidup saya setelah mengamalkan perkara sunat tersebut. Mula-mula memang rasa berat.. terutama untuk bangun di sepertiga malam. Tapi, lama-lama dapat rasa nikmatnya dan rindu jika tak dapat buat (masa period la). Rasa semakin tenang, rezeki bertambah.

Oh ya.. bab rezeki ni... bukan semestinya dari segi wang ringgit je.. tapi banyak... kelapangan masa, rezeki berjumpa rakan-rakan lama, rezeki boleh bangun malam, rezeki lapang dada.. tenang..mudah dalam pekerjaan/tugasan harian.. dan banyak lagi.





14 February 2015

1001 NIKMAT BUAT BUSINESS SHAKLEE

Kenapa saya selalu share tentang shaklee effect saya? Bonus la.. produk la..
Dapat tu.. simpan sorang dah la.. kan?
Tak best.. bila kita sorang je rasa seronok.. pasti nak share.. pasti nak juga kawan-kawan rasa seronok macam saya. Rasa hebat bila sihat. Kalau boleh saya nak semua orang dapat rasa macam saya rasa.. bestnya.

Dengan berkongsi rasa ni saya harap tuanpuan mendapat inspirasi untuk bertukar kerjaya dengan bekerja di rumah.. dapat spend masa yang lebih dengan anak-anak & spouse anda. Saya faham sangat bagaimana rasa jadi wanita berkerjaya yang sesetengah company susah nak bagi cuti emergency. Terutama bila anak sakit.. kereta rosak.. jadual kerja yang padat & memenatkan. Kerja sampai malam.. weekend lagi. Kadang tu bawa balik kerja ke rumah.

Balik rumah nak tengok rumahtangga pula. Most of the time tak dapat masak dengan air tangan sendiri. Beli lauk masak nasi je. Itu saya la tu dulu.
Mungkin juga anda dapat inspirasi untuk tambah pendapatan .. sambil bekerja cari extra income.. itu bagi yang enjoy dengan kerjaya sekarang tapi saja nak extra..pun boleh.

BIZNEZ TANPA MODAL
Berbiznez dengan shaklee ni .. yang bestnya tak perlu keluarkan modal kalau taknak. Sebab produk dah disediakan oleh shaklee. Bila customer order & buat bayaran.. barula kita belikan produk tu.
Kalau ada duit lebih boleh la beli stok sikit supaya bila ada customer nak, kita boleh berikan serta merta. Lagipun stok ni attract customer. Tak percaya toksah buat.. hehe.

PERLU TAK MARKETING?
R&D shaklee dah buat. Marketing je tuanpuan kena buat sendiri... itupun marketing untuk kenalkan diri tuan puan.. marketing pun terpulang la nak keluarkan modal ke tak.. sebab produk ni dah established. In fact Shaklee adalah syarikat nutrisi terbaik antara syarikat mlm di malaysia. Ramai dah tau kebaikan produk Shaklee.. tapi ramai yang masih tak tahu mana nak dapatkan produk terbaik ni.. haa dari kita la.. sebab tu kena buat marketing untuk promote diri sendiri.

BAGAIMANA NAK PROMOTE DIRI?
Mudah je. Macam saya.. selepas beberapa bulan makan & guna produk Shaklee... saya share kebaikan supplement dengan suami. Kemudian anak2. Kemudian dengan teman rapat.
Suatu hari tu rasa nak semua orang pun rasa bestnya supplement ni.. terdetik perasaan nak semua orang sihat supaya tiada ahli keluarga mereka bersedih dengan kematian awal ahli keluarga yang sakit yang tak mengamalkan cara hidup sihat.

Seorang ibu muda meninggal dunia kerana tekanan darah tinggi .. meninggalkan anak-anak yang masih kecil yang masih menyusu.. yang masih menagih kasih sayang ibunya.. sebab stress kerja.. tak jaga kesihatan. Kalau boleh saya taknak kejadian sedih pilu macam tu terjadi kepada kita.

Jom fikir yang seronok seronok.
Jom berusaha untuk bertukar kerjaya.
Jom jadi WAHM macam saya.
Jom jadi usahawan Shaklee!!!

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign