30 September 2015

TUTORIAL : LETAK GAMBAR DI SIDEBAR

1. Dashboard > Layout > Add Gadget > Html/JavaScript


2. Paste kod di bawah ini: (di ruangan Html/JavaScript itu)

<center><img src="URL GAMBAR ANDA"/></center>

*Dari mana nak dapatkan URL Gambar Anda Sendiri? Anda boleh upload begini:
Katalah anda ada gambar dalam blog sendiri nak upload.. contoh yang saya buat untuk sidebar saya "PROMO BULAN SEPTEMBER"

Gambar tersebut saya ambil dari salah satu dari Entri Blog saya.
Kena View Blog dulu (buka tab baru, seolah-olah anda sedang membaca Blog orang lain).
Copy url entri tersebut & paste di new tab yang lain, contohnya di google Chrome begini : 
ATAU

2.1 UPLOAD di IMGUR (klik sini)

Contoh paparan imgur.com

2.1.1 Setelah anda klik di "Upload Images", paparan di bawah akan keluar.

Anda boleh samada :
(1) Pilih fail dari komputer anda dengan memilih kotak "browse your computer"
(2) Masukkan URL gambar anda di kotak kedua "enter image URLs"
(3) Drag & drop
(4) Copy gambar dari mana-mana & paste saya di kotak "paste from your clipboard"


2.1.2 Setelah upload image, paparan ini akan keluar :
         2.1.2.1 Gambar diupload keluar seperti di kotak merah tu
         2.1.2.2 Kemudian klik "Start Upload" yang seperti di kotak oren tu


         2.1.2.3 "Clipboard image uploading", kemudian "completed"


         2.1.2.4 Keluar link macam ni, copy code kat "Direct Link" tu



        2.1.2.5 Paste di ruang html tadi tu, kat perkataan URL GAMBAR 
                    ANDA.
                    <center><img src="URL GAMBAR ANDA"/></center>

3. Kemudian SAVE!

Siap!!! Ada la gambar kat sidebar anda tu.
Senang kan?
Kalau rasa susah, whatsapp saya @0192896117, saya tolong buatkan.. hehe.. bayar RM10 je.. haha.

23 September 2015

TUTORIAL : PENGENALAN

PENGENALAN KEPADA TUTORIAL

Saya buat tutorial ni, sebab senang nanti later on nak refer semula. Sebab bukan selalu buat benda macam ni kan.. kalau banyak kali buat maybe boleh ingat.

Di samping itu, blogger lain boleh belajar juga ... newbies la.. yang dah terer tu.. saya tabik spring kat uols.

Sikit-sikit yang mana saya belajar.. saya akan share di ruang TUTORIAL ni.

Selamat mencuba semua!!

Salam sayang,
Ruzana Ibs

22 September 2015

DAPAT BATU KARANG SEBAB KENCING BERDIRI?

Tengah cari bahan untuk blog, terjumpa fakta ni.

Keburukan kencing berdiri :
- Risiko penyakit batu karang
- Menyamai syaitan
- Mengganggu rezeki
- Melemahkan syahwat
- Mudah menjadi pelupa

Saya & suami memang mendidik semua anak-anak dari kecil untuk mesti duduk/mencangkung bila nak kencing.

Teringat saya semasa kem motivasi anak dengan Dato Dr Fadzillah Kamsah beberapa tahun lalu.
Beliau ada meminta para hadirin yang lelaki untuk angkat tangan jika pada tahun itu TIDAK PERNAH kencing berdiri. Terkejut saya tengok, hanya beberapa orang sahaja yang angkat tangan (mereka yang tak pernah kencing berdiri sahaja yang dikehendaki angkat tangan). Maknanya kebanyakan lelaki memang kencing berdiri. Masyaa Allah!

Jadi, semua orang lelaki, dan juga perempuan..  jangan lagi kencing berdiri tau! Risiko  penyakit tu. Lagipun, hendakkah anda menyamai syaitan? Hendakkah anda rezeki anda terganggu? Hendakkah anda menjadi seorang pelupa? Nauzubillahi minzalik.

Bayangkan jika anda kencing berdiri, sudah pastinya kencing anda akan terpercik mengenai tempat lain seperti seluar dan baju anda dan pakaian itu anda bawa solah? Pastinya tak sah solah anda kerana pakaian tersebut terkena najis.

Ingat ye kawan-kawan, lepas ni jangan lagi kencing berdiri.



JOM BISNES CREAM PUFF

Saya nak berkongsi resepi Puan Herda Johan yang rakan FB kongsikan. Sangat pemurah beliau ni. Doakan beliau bertambah rezeki. (Copy paste exactly takdak edit langsung)



Saya kongsikan resepi dan tips bisnes bagaimana menambah pendapatan dengan membuat dan menjual Cream Puff hanya dari rumah.

Ia adalah PERCUMA!!

=============================

Peralatan yang diperlukan:
Mangkuk pemutar
Pengayak
Periuk untuk masak Marjerin & Air
Piping Beg saiz L
Nozzle Bunga Pecah 7 (Besar)
Oven Pembakar
Dulang Pembakar
Spatula

Masa Penyediaan : 30 Minit
Masa Bakar : 30 minit
Anggaran: 1-2 jam

===========================
Bahan-bahan yang diperlukan (Lihat keterangan terperinci dalam resepi):

200gm Marjerin
470gm Air
300gm Tepung Naik Sendiri
200gm Instant Custard
350gm Susu Full Cream
6 biji Telur Ayam
1 sudu kecil Esen Vanila
1 sudu besar Snow Powder

Resepi Cream Puff :

Bahan A:
- Marjerin (Brand Pelangi harga dalam RM5.00) : 200 gm
- Air : 470gm
===>> Masak bahan di atas sehingga mendidih

Bahan lain:
- Tepung Naik Sendiri (Anggaran Harga Brand Blue Keys RM3.90) - 300gm
(Kalau tak jumpa guna tepung gandum + tambah baking powder 10gm)

- Telur (Anggaran Harga RM2.40) : 6 Biji
- Esen Vanilla : 1 sudu teh

1 sudu Snow Powder untuk di ayak atas cream puff selepas siap.
(Boleh dapat di kedai bahan bakeri - 100gm RM 3.00+-)
============================

Anda akan mendapat sebanyak 50-55 biji cream puff melalui resepi ini. Jika nak buat makan-makan sendiri cuma bahagikan saja adunan ini.

Tapi apa salahnya buat banyak kan, selebihnya boleh jamu jiran makan. (Manalah tau dapat order lepas tu hihihi)

============================
Cara:

1) Sediakan Tepung dan letak dalam mangkuk pemutar.

2) Masak Bahan A hingga mendidih dan terus tuang di dalam tepung. Putar adunan sehingga suam.
***PASTIKAN BAHAN A BETUL-BETUL PANAS DAN TERUS TUANG DI DALAM TEPUNG**

3) Bila adunan suam masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Putar hingga sebati.

4) Pipe kan adunan di atas dulang pmbakar yang telah di sapukan marjerin

5) Renjiskan permukaan cream puff dengan air

6) Bakar:

- Oven Kecil Suhu 120'c - 30 Minit sehingga permukaan keperangan. Tambahkan masa 5 minit jika belum masak.

- Oven Besar Suhu 170'c atas, 160'c bawah - 30 minit sehingga permukaan keperangan. Tambahkan masa 5 minit jika belum masak.

==============================

Resepi Custard Cream:

1) 200 gm Instant Custard (Boleh dapat di bahan bakeri = Anggaran Harga RM 8.50/500gm)

2) 350 gm Susu Full Cream (RM5.50 sekotak)
**sukatan ini bergantung pada kecairan custard jika adunan custard pekat tambah sedikit demi sedikit lagi susu sehingga ia cair dan sesuai untuk di isikan ke dalam cream puff**

==============================

Cara meletakkan adunan ke dalam piping beg dan memicit adunan:

***Sila rujuk gambar***

===============================

Q&A Bisnes Cream Puff:

1) Berapa banyak boleh dapat satu adunan ni?

=> Anggaran 50-55 biji untuk saiz nozzle ini. Jika nak saiz kecil tukar nozzle yang lebih kecil dan akan dapat lebih lagi.

2) Harga yang oleh di jual?

Ini adalah anggaran kos bagi resepi ini.

Kos Resepi => RM 10 +-

Jika anda jual 25 Biji:
Kos Cream puff => RM 5 +-
Kos Packaging untuk 25 biji => RM 1.50
Total Kos => RM 6.50 +-

Kos adalah bergantung pada anda. Sebab lain tempat lain harga belian bahan mentah.

Harga jual sebekas 25 biji dalam => RM 17.50 - RM 20.00
Harga sebiji => RM 0.70 - RM 0.80

**Ini adalah harga ikut saiz cream puff resepi ni**

3) Macamana nak jual kak?

+++++++++++++++++++++++++++++++++
Tips Bagi Mereka Yang Baru Nak Niaga...
+++++++++++++++++++++++++++++++++

1) Betulkan niat dahulu. Bersyukur dahulu sebab Allah dah bagi jalan nak berniaga. Betulakn niat Kenapa nak jual? Niat berniaga adalah kerana Allah. Berniaga kerana nak menambah pendapatan dan membantu orang lain juga. Bukan nak KAYA!

2) Praktis dahulu buat. Test dulu untuk diri sendiri dan family sebelum nak menjual.

3) Kalau dah capai piawaian dari orang yang merasa kata "ini boleh jual ni" hahaha try test pula bagi kat jiran-jiran. Sedekah. Banyak dapat ni. 50 biji leh bagi kat 5 orang jiran sorang 10 biji hihi. Masa bagi tu promot-promot laa terus kat jiran tu.

4) Bila dah dapat order JANGAN TAMAK. Buat slow-slow kat kawasan perumahan dulu. Buat laa promo. Letak flyer ke. FB pun ada. Ikut kemampuan sendiri dulu.

+++++++++++++++++++++++++++++++
Tips bagi mereka yang dah BERNIAGA:
+++++++++++++++++++++++++++++++

Jika anda berniaga..

TOLONG BACA INI...TOLONG SANGAT!!

Kerana jika tak baca anda RUGI 30% dalam jualan harian anda..

SAYA NAK BANTU ANDA NI..

Ini penting untuk anda...

Dalam berniaga aspek paling penting adalah MEMBINA HUBUNGAN..

Anda perlu berterima kasih dengan pelanggan anda kerana merekalah yang membantu anda dalam menjalankan perniagaan. Apa yang nak saya tekankan disini ialah bukan cara anda buat iklan atau cara anda memasarkan produk servis anda tapi BAGAIMANA ANDA MEMBINA HUBUNGAN DENGGAN PROSPEK DAN PELANGGAN ANDA.

Sesetengah dari anda masuk kesini sebab niat anda nak jual CREAM PUFF ni kan??

Atau anda memang dah berniaga tapi nak add produk CREAM PUFF ni atau nak TRY JUAL dengan guna resepi ni pulak.. KAN???

Jadi...

Saya nak anda tonton VIDEO PERCUMA ini selama 9 minit! (Asyik percuma je...ya percuma..)

Anda sudah berniaga. Anda nak sales anda meningkat, betul??

Dalam VIDEO PERCUMA ni anda akan tau bagimana anda boleh tingkatkan jualan sebanyak 30% hanya dengan "mengambil tahu tentang prospek dan pelanggan anda".

Ya, anda tak perlu risau nak susun ayat buat iklan baru dan akhirnya takda orang 'LIKE' pun apatah lagi nak membeli dari anda.

Saya jamin VIDEO PERCUMA ini akan dapat membantu anda yang sedang berniaga..

http://brc.my/jualan-banyak-rugi/?ref=60

http://brc.my/jualan-banyak-rugi/?ref=60

http://brc.my/jualan-banyak-rugi/?ref=60
===========================

Selamat Mencuba dan Selamat Berjaya!!!

Nanti dulu!!!

Boleh tak SHARE album ni. Manalah tau ada yang nak cuba buat. Sama-sama kita berkongsi rezeki ya. Semoga Allah panjangkan ukhwah kita..

Jika nak tanya apa-apa tentang resepi ni, WhatApps saja saya. InsyaAllah saya sudi membantu anda..

Untuk lebih jelas, boleh tengok video ni.


21 September 2015

JOM MAIN BUIH SABUN

Ahmad baru ni main tiub pencuci muka saya, dia picit keluar buih. Excited bila keluar buih. Malangnya, itu pencuci muka saya, nanti habis la pulak. So, of course saya tak bagi dia main dah la. Syukur dia tak mengamuk, sebab saya janji nak bagi yang lebih best dari tu. So, dia ok la.

So, saya pun google cara nak buat buih sabun untuk dia main sepuas-puasnya. Cuti sekolah pulak sekarang ni.

Saya guna bahan recycle untuk bekas isi air sabun dan peniup.

Bekas untuk letak air sabun tu saya guna botol Vita-Lea Shaklee, sebab penutupnya jenis berkunci, maka air takkan tumpah walaupun tudungnya longgar.
Tudung_botol_berkunci

Untuk meniup belon, batangnya saya guna berus gigi yang dapat free dari hotel dan besi bulat keychain disambung ke berus gigi. Tak reti nak explain, tengok gambar di bawah :)

Resepi untuk buat buih agar jadi belon yang besar dan banyak :

Bahan yang diperlukan
1/2 cawan air panas untuk bancuh gula
1 1/2 cawan air biasa untuk bancuh sabun
1/2 cawan gula (untuk pekatkan campuran, bila pekat buih tahan lama)
1 sudu kecil tepung jagung (tak bubuh pun takpa - fungsi sama dengan gula)
1 cawan sabun pencuci pinggan (saya guna brand JOY.. buih banyak)
Cawan penyukat
Sudu untuk mengacau campuran

Cara
Masukkan gula ke dalam 1/2 cawan air panas. Kacau sehingga larut.
Masukkan sabun ke dalam 1 1/2 cawan air biasa. Tutup botol & goncang sehingga sebati.
Masukkan air gula ke dalam air sabun. Tutup botol & goncang sehingga sebati.
Masukkan 1 sudu kecil tepung jagung dalam sebati sabun & gula tadi. Tutup botol & goncang sehingga sebati.
Lepas tu boleh dah main air sabun tu.. yeay.

Ahmad main dalam bilik air je.. hehe. (Gambar sedang bermain tak boleh letak sini sebab "censored".. hehe.)

11 September 2015

KEK MILO 3 MINIT YANG AWESOME!

Resepi ni saya copy dari Blog azlita.masammanis.
Gambar-gambar lain (cara buat kek) boleh tengok kat blog beliau.. .menarik sangat. Saya tak boleh copy gambar semua kat sini.. nanti jadi plagiarism pula.
Gambar dari blog azlita.masammanis

BAHAN-BAHAN
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar Milo
4 sudu besar gula kastor atau gula halus
4 sudu besar susu segar
4 sudu besar minyak jagung
1 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
sedikit choc cip dan choc rice untuk hiasan
2 mug atau ramekin ( yang boleh di bakar dalam microwave )

CARA BUAT
Sebaiknya tepung gandum dan baking powder di ayak bersama terlebih dahulu
Masukkan milo, tepung, gula, baking powder, susu, minyak jagung, telur dan vanilla ke dalam mangkuk pengadun
Kacau adunan rata dengan senduk kayu, sudu atau wisk
Kacau rata

Sediakan ramekin atau mug atau apa-apa mangkuk yang boleh di bakar dalam microwave
Tuangkan adunan ke dalam mangkuk 3/4 atau 1/2 bahagian mangkuk sahaja , kerana adunan akan naik dan di takuti membuak dan tumpah
Akhir sekali taburkan choc cip atau choc rice dia atasnya

Bakar dalam microwave selama 3 minit sahaja. Kalau lebih masa bakar dia akan sedikit keras. Kalau 3 minit ngam-ngam sedap dan lembut.
Kalau tak ada microwave boleh juga di bakar dalam oven, masa membakar lebih kurang 15 minit jika menggunakan oven.

8 September 2015

RESEPI KEK LAPIS ASAM MANIS

Resepi Kek Lapis Asam Manis (TQ to Puan Tahrunnisah Jali sebab share kat FBnya)



http://dayangjack.blogspot.com/…/kek-lapis-asam-manis-bakar…
dicuba oleh : Tahrunnisah Jali

bahan-bahan : 
loyang 8" x 8" atau 9" x 9"
10 biji telur A
200 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
100 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
450 g mentega berkualiti
1 sudu besar ovallete
1 sudu kecil esen vanilla
150 g gula kastor
300 g susu pekat manis
haw slice/ hawflake secukupnya
pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

cara-cara :
1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung
hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar
lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
6. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 180-200C atau mengikut kepanasan
suhu oven masing-masing. Sediakan loyang yang telah disapu mentega dan
dialaskan dengan kertas minyak/baking paper.
7. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut
citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 7 sudu makan adunan).
8. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya
menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau
hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10
minit lagi supaya kek masak sempurna)

Nota :
***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust
sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut
marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan
permukaannya dgn jem atau mentega.

LAGI RESEPI MEATBALL (SWEDISH MEATBALL)

Saya copied dari facebook Puan Tahrunnisah Jali. Macam2 resepi dia share.
Semoga Allah memberi kebahagiaan & keberkatan kepada beliau sekeluarga.

------
Hasil carian imej untuk swedish meatball recipe


Resepi asal dari kak Sue Norrman yg kini menetap di Sweden...sangat berpuashati dengan resepi kak sue... kata kak sue ini resepi asli swedish meatball dr mak mertua kak sue dan kak sue ubah ikut citarasa..haa tu diaaa resepi asli ni...Jazakillahu khairan kak..

Swedish Meatball Sue Norrman

Meatball homemade (mmg best resepi ni)
Bahan2 :-
500 gm mince beef
1/2 biji bwg besar - cincang halus (*)
1 sdm butter. (*)
3/4 sdt lada hitam- powder
1 sdt kryddpeppar@ mixed spices
1/3 serbuk kayu manis- saya tambah
1/3 sdt gula
1-1/2 sdt garam
2 sdm bread crumb- blend halus
30 ml fresh milk.
1 biji telur 'c'- saya tak guna tapi klau nak bole masukan.

cara :-

1) tumis yg bertanda (*) keperangan dan ketepikan.
2) satukan bahan2 selebihnya dan sebatikan rata. masuk bwg tadi sekali dgn butter. uli lagi sebati dan bulat2 kan ikut besar mana yg kalian suka.
3) guna non stik pan, masuk kan sikit butter sikit dan masak api sederhana. tutup pan supaya masak rata dan balik2 kan kejap hingga masak.

p/s .- butter dlm pan gn di buang. di guna utk membuat sos.

Sos Gravy

butter lepas masak meatball.
2 cwn chicken stok
2 cwn whipping krim (*)
1 sdm kicap cair
1 ketul kiub ayam
lada hitam sikit - powder
1/2-1 sdm tpg kentang bancuh dgn air sikit utk memekat.
garam/gula- tambahan kalau kurang rasa.

cara :-

1) satukan semua bahan kecuali yg bertanda (*) dan bancuhan tpg kentang.
2) didihkan dan rasa secukupnya baru masukan (*). didihkan lagi dlm seminit dan kecilkan api masuk bancuhan tepung sikit2 . jgn terlalu pekat.

sampingan - lingon jem dan kentang. Bole ganti mix friuts jem.

Universal Cell Phone Battery Charger

Soket handphone buat hal lagi, certain cable je boleh masuk caj.

Last-last beli universal cellphone battery charger macam dalam youtube ni (RM10 je) & seketul lagi bateri (RM50 - dia kata bater bukan ori, warranty 3 bulan saja.)

Habih bateri tu, ganti bateri ni, caj bateri tu. Ok la kot.. Kan?



2 September 2015

PETUA LEBATKAN BUNGA MAWAR


Mawar adalah pokok bunga yang cantik tetapi manja. Ia mesti dibelai dan dibaja selalu. Ada pelbagai petua untuk membantu bunga mawar sentiasa subur dan lebat. Namun ini ada tip yang sangat berkesan dan mudah daripada editor majalah LAMAN IMPIANA. Sekiranya anda masak udang. Kulitnya jangan terus dibuang. Anda boleh gunakan baja kulit udang tersebut dan tabur di keliling pokok bunga. Lakukan cara  ini  tiga atau empat hari sekali secara berselang seli. Anda akan lihat perubahan bunga mawar anda bukan sahaja tumbut lebat malah subur.  Selamat mencuba!

http://impiana.karangkraf.com/tips/petua-lebatkan-bunga-mawar-1.425720

PETUA MENCARI BARANG HILANG

Subhanallah hebat sungguh kuasamu ya-allah terima kasih y sudi share petua ni pada sy " 2hari wallet sy hilang akhirnya ada juga walaupn dlm nya x kembali pada asal n duit tinggal 100 je " sy rasa sungguh rugi kalau sy x share ngn u all so cuba laa petua ni k mana y dah kehilangan barang tu ☺

️Petua Untuk Mencari Barang Yang Hilang

Pernahkan anda terlupa di mana letaknya barang yang anda simpan di dalam rumah kerana terlalu lama disimpan ataupun barang itu hilang di kawasan halaman rumah ataupun di mana juga? Untuk mencarinya bukanlah perkara yang mudah dan mungkin sehingga berpeluh dibuatnya pun masih belum berhasil untuk menemuinya. Untuk membantu anda mudah untuk mencari sesuatu yang anda cari, amalkanlah petua ini:

Petua 1. Baca SELAWAT (berulang-ulang kali) ketika anda sedang mencari barang itu sambil fikiran anda ingatkan kembali bilakah waktu akhir anda Nampak atau pegang barang itu. Sekiranya barang itu masih ada di dalam rumah anda, anda akan menemuinya semula.

Petua 2.
Baca:
1. Al-Fatihah 7 kali
2. Al Fath 1-3 7 kali
3. Al Khafi Ayat 19 7 kali
4. Surah Al-Ikhlas 7 kali
5. Selawat 7 kali
6. Ya Allah 3 kali.
7. Kemudian wirid 'Ya Hafiz' 119 kali
8. Sesudah selesai semuanya, tadahkan tangan lalu berdoa, mohon dari ALLAH pertolongan supaya dipulang/digantikan barang yang hilang tersebut.

Petua 3: Doa yang menjadi amalan para awliya’ dan solihin yang terdapat di dalam kitab Bustanul Arifin (Taman Orang-orang yang A’rifin / Ahlillah / Awliya’ Allah) tulisan Imam an Nawawi. Imam Nawawi meriwayatkan doa ini daripada kitab Risalah al Qusyairiah tulisan Imam Abul Qasim al Qusyairi radiyAllahu anhu di dalam bab ‘Karamah Awliya’.
Doa itu adalah:

“ Ya Jami’an Naasi li yaumil la raiba fihi, ijma’ alayya dhollati”

Maksudnya: “ Wahai Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada keraguan padanya,himpunkanlah aku dengan barang aku yang hilang itu.”

Berkata Imam Nawawi:
“ Sebenarnya doa ini telah saya cuba maka saya mendapatinya sangat bermanfaat dan menjadi sebab untuk mencari barang yang hilang itu dengan tidak bersusah payah mencarinya. Barang itu juga tidak jauh dari tempat yang kita sangka. Saya juga telah mendengar perkara yang sama daripada Sheikh al Hafiz Abu Baqa’ ketika beliau mengajarkan doa ini dahulu kepada saya.”


Copypaste from Yayare Cassie's Facebook

AUGUST 2015 BIRTHDAY CELEBRATIONS WITH BESTFRIENDS

Kenangan mengusik jiwa.
Semoga boleh bertemu lagi dan lagi seperti ini, wahai sahabat..

Love you all!

With Shelly (Birthday on 15 Aug) @ Wood & Steel U3, Subang Perdana


Asiah & Iza @ Wood & Steel U3, Subang Perdana

Laili @ Wood & Steel, U3 Subang Perdana

With Mimi @ MisiCafe & Shoppe, Bukit Jelutong


FLOWERS USING RIBBONS


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign