30 December 2014

KECUTKAN FIBROID DENGAN RESVERATROL

Jom tonton video ni dulu, sebelum saya terangkan lebih lanjut apa itu resveratrol dan bagaimana ia boleh mengecutkan fibroid.
Anda dah tengok kan video ni? Anda tentu setuju dengan saya bahawa dari apa yang Dr William Li kata, resveratrol boleh menjadi alternatif terbaik secara semulajadi untuk membuat ketumbuhan / kanser terbantut (which, fibroid adalah juga satu jenis ketumbuhan).

Beliau pada awalnya menceritakan tentang apa itu Angiogenesis yang pada saya ada persamaan dengan bagaimana Fibroid membesar.

Ok, now jom kita kenali apa itu resveratrol.

RESVERATROL 
Resveratrol adalah sejenis plolyphenol yang dipanggil phytoalexin, merupakan sejenis bahan yang dikeluarkan oleh tumbuhan sebagai pertahanan tumbuhan tersebut terhadap penyakit. 

Ia dihasilkan daripada tindakbalas tumbuhan tersebut terhadap jangkitan kulat, tekanan, kecederaan akibat dirosakkan haiwan, sinar UV, cuaca ekstrem dan sebagainya.

Menurut American Cancer Institute, resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa yang mengurangkan pengaktifan NF kappa B, yakni sejenis protin yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh.

PRODUK SHAKLEE ADA RESVERATROL?
Produk Shaklee yang mana ada reseveratrol?
Ya... VIVIX

Malah, Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol. ia berfungsi sebagai anti growth.

TESTIMONI 1

TESTIMONI 2


Untuk mendapatkan konsultansi yang lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019 - 289 6117. 



PRODUK SHAKLEE INI TIDAK BERTUJUAN UNTUK MENDIAGNOS, MERAWAT, MENYEMBUH ATAU MENCEGAH SEBARANG JENIS PENYAKIT
Pembaca digalakkan mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan

Anda juga mungkin ingin mengetahui tentang apa itu Fibroid dan mengapa anda ada Fibroid. Klik sini.

29 December 2014

NAK PRODUK SHAKLEE SECARA PERCUMA?

Bagaimana nak dapatkan produk Shaklee - PERCUMA
Anda telah mencuba beberapa produk Shaklee - dan sekarang anda telah tertawan! Malah, anda dah jatuh cinta dengan produk Shaklee dan tanpa sedar anda dah beritahu keluarga dan rakan-rakan semua tentang produk Shaklee dengan bersemangat.

Bagaimana jika saya beritahu anda bahawa itu saja yang diperlukan untuk mendapatkan produk yang anda gunakan dan jatuh cinta - secara PERCUMA? 
Anda berminat? 
Teruja?

Ya...sudah tentulah, kan?!

Pada asasnya, apa yang anda hanya perlu lakukan adalah berkongsi tentang produk Shaklee, dengan orang yang anda kenal dan dengan sesiapa saja yang anda berjumpa. 

Sebagai Pengedar Bebas Shaklee, anda boleh mendapat bonus wang tunai apabila seseorang membeli produk melalui anda, sama ada sebagai pelanggan anda atau sebagai "Ahli" yang menyertai Shaklee sama seperti yang anda lakukan. Bonus tersebut boleh bertambah dan terkumpul... dan, lepas itu... anda dapati yang bonus anda itu telah cukup untuk membayar produk untuk kegunaan anda sendiri.

Jika anda membuat keputusan untuk membina sebuah perniagaan Shaklee secara sepenuh masa malah secara sambilan pun, anda berupaya mendapat wang tunai. Anda juga boleh mendapat faedah hebat termasuk lawatan ke tempat-tempat eksotik, bayaran untuk kereta idaman anda... dan banyaaaak lagi.

Seronok kan?! Ya memang seronok. Itu yang saya dan ramai lagi yang telah nikmati!

Untuk mengetahui tentang faedah menjadi Pengedar Shaklee, sila klik sini atau hubungi saya di 019 - 289 6117... boleh kita sembang-sembang, lebih direct.. nak tanya apa pun boleh.

Jadi, anda telah membuat keputusan untuk mendapat produk Shaklee secara percuma? Syabas! Klik sini.


26 December 2014

KENTUT FARAJ - HUKUM IBADAH SOLAT

Soalan:
Apakah hukum ibadah bagi seseorang yang mengalami masalah keluar angin daripada kemaluan terutama ketika sedang solat?

Jawapan:
Telah disepakati oleh ulama' bahawa batal wudhu' jika yang keluar dari kemaluan itu (sama ada depan atau belakang) adalah benda-benda yang biasa keluar iaitu tahi, air kencing, air wadi, air mazi dan kentut. 

Adapun jika yang keluar ialah yang luar biasa (yakni jarang berlaku) seperti batu, darah atau sebagainya, para ulama' berbeza pandangan:

Pertama: menurut jumhur ulamak (iaitu mazhab Syafi’ie, AbuHanifah dan Ahmad); batal wudhu'

Kedua: menurut mazhab Maliki; tidak batal wudhu'

Dinisbah kepada kemaluan hadapan, keluar angin darinya merupakan suatu yang luar biasa (jarang berlaku). Maka mengikut pandangan jumhur, ia tetap membatalkan wudhu'.

Bagi Imam Malik pula; tidaklah membatalkan wudhu' kerana bagi beliau; perkara-perkara yang jarang keluar melalui kemaluan tidak membatalkan wudhu'.

Merujuk masalah keluar angin daripada kemaluan, jika pandangan jumhur ulamak yang dijadikan panduan, maka wajiblah berhenti dari solat dan mengambil wudhu' semula dan kemudian mengulangi semula solat. Itu sekiranya masalah tersebut berlaku sekali-sekala kepada anda. 

Adapun jika ia menjadi masalah berterusan kepada anda -yakni keluar angin itu tanpa menentu termasuk adakalanya waktu solat-, maka anda menghadapi keuzuran yang sama seperti wanita istihadhah (yakni wanita yang keluar darah penyakit dari kemaluannya tanpa henti) dan orang yang menghadapi masalah sulasul-baul (kencing tak putus). 

Apa yang perlu anda lakukan ialah;
1) Hendaklah menunggu waktu solat masuk terlebih dahulu

2) Apabila masuk waktu solat, ambil wudhu' sebagaimana biasa. Jika tengah mengambil wudhu' angin keluar dari kemaluan, jangan hiraukan dan teruskan wudhu' hingga selesai.

3) Setelah selesai wudhu' hendaklah segera menunaikan solat, tanpa menangguh lagi.

4) Jika semasa solat itu dirasakan angin keluar dari kemaluan, tidak perlu berhenti solat. Solat terus seperti biasa.

5) Setiap kali hendak solat fardhu, hendaklah anda memperbaharui wudhu'. Tidak harus memakai wudhu' yang sama kecuali untuk mengerjakan ibadah-ibadah sunat sahaja (iaitu solat-solat sunat, bacaan al-Quran dan sebagainya).
Untuk ibadah wajib, hendaklah diulangi semula wudhu'.

Firman Allah (bermaksud); "Bertakwalah kepada Allah sehabis yang kamu mampu” (al-Quran). Maka, apabila anda telah melakukan ibadah mengikut yang termampu, tidak perlulah anda merasa syak atau was-was lagi. Begitu juga, tidak perlu anda mengqadha semula solat yang dilakukan kerana anda telah berusaha melakukan apa yang terdaya dilakukan. 

Dalam kaedah fiqh ada disebutkan; “Orang dalam kepayahan harus baginya mengambil kemudahan”.

Wallahu a’lam.


dipetik dari Figh Wanita TV3

PENYELESAIAN KEPADA KENTUT FARAJ DENGAN SHAKLEE

Setelah anda mengetahui apa itu Kentut Faraj di sini... apakah pula penyelesaian kepada Kentut Faraj ini?

Senaman Kegels

Ia cukup senang dibuat:
(1) Kemutkan otot pelvis seperti anda mahu menahan air kencing.
(2) Tahan selama 2-3saat. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
(3) Buat 25 kali setiap kali.
     Tiga kali sehari (pagi, petang atau malam) tidak kira di mana anda berada        (sambil menonton TV, sambil memasak, mencuci kain dan sebagainya).
   
Anda mungkin boleh meningkatkan masa kecutan sekiranya otot sudah menjadi kuat.

Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan.

Amalkan supplement
Di samping senamana Kegel's, anda boleh cuba amalkan supplement untuk penyelesaian dari dalam.
Anda boleh cuba Vivix dan / atau Alfalfa Complex dari Shaklee untuk membantu masalah kehilangan grip yang semakin lama semakin ketara. 
   

Kadang-kadang perkara kecil begini boleh menyebabkan anda malu untuk melakukan hubungan intim atau keseronokan ketika bersama sedikit terganggu. 

Dengan mengamalkan Vivix dan Alfalfa Complex, vagina bukan sahaja semakin ketat, hubungan intim yang selama ini hambar kembali hangat seperti pengantin baru. Masalah keputihan juga semakin berkurang. Anda akan rasa awet muda. Dari hujung rambut ke hujung kaki... serta bahagian dalaman anda terasa masih muda.

Bonus dengan Alfalfa Complex, bau badan pun hilang.

KENTUT, TAPI KELUAR DARI FARAJ


Pernah tak anda merasai / mengalami ketika solat, terutama setelah bangun dari sujud, terasa ada angin keluar melalui faraj seperti terkentut?

Ia dipanggil "kentut faraj".

Pasti anda berasa ragu-ragu, samada solat anda sah atau tidak?
Samada perlu berhenti dan mengambil semula wudhu' atau teruskan solat seperti biasa?

Sebelum mengetahui hukum solat, jom kita kenali dulu apa sebenarnya kentut faraj ini.

Kentut faraj ini berlaku apabila kumpulan udara dikeluarkan daripada faraj. Angin dalam faraj adalah udara sekeliling yang masuk ke dalam faraj yang boleh berlaku ketika ataupun setelah melakukan hubungan seks bersama suami.

Mengikut kaedah saintifik, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7 hingga 9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan faraj ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengelilingi bukaan dubur dan salur kencing. 

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup, dindingnya kempis menyentuh antara satu sama lain dan tidak mengeluarkan sebarang angin. Ini adalah kerana bakteria yang berada di sel-sel lapisan dalam vagina hanya bertindak balas mengeluarkan asid laktik untuk menjadikan faraj berasid, lembab dan membantu mengelakkan jangkitan kuman pada permukaannya.

Dalam keadaan normal, vagina sepatutnya tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan sekiranya seseorang wanita itu mengalami masalah fistula (lubang penyambung) antara rektum (usus besar) dengan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar masuk ke dalam faraj.

Kebanyakan wanita sebenarnya mengalami masalah keluar masuk angin di antara kelopak besar labia (labia majora), angin ini berkumpul di celah ruang yang terbentuk antara kelopak dan faraj.  

Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj.  

Air yang terperangkap di celah kelopak-kelopak besar labia, menyebabkan pergerakan angin keluar masuk melalui kelopak-kelopak labia ini lebih ketara dirasai semasa pergerakan solat, yang akhirnya turut mengeluarkan bunyi dan rasa keluar angin seperti kentut.  

Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Namun begitu, keluar masuk angin di vagina berkemungkinan berlaku kepada wanita yang mengalami kelemahan pada otot-otot kemut seperti wanita yang telah melahirkan ramai anak, mengalami masalah jatuh peranakan dan juga tidak dapat mengawal kencing (kencing dedas).

Bagi memastikan bahawa angin yang keluar masuk itu bukan dari vagina, wanita disarankan :
(a) berdehem selepas membuang air sebagaimana dianjurkan Rasulullah bagi orang yang mengalami masalah kencing dedas, 

(b) mengelap kering bahagian sulit selepas berhadas kecil, 

(c) atau melakukan ujian dengan meletakkan tisu di antara kelopak ini (bukan menyumbat faraj). 

Sekiranya angin sudah tidak kedengaran lagi, maka sahlah ia berasal dari masalah ini, jika ia terus menerus berlaku, maka wanita perlu mengakui besar kemungkinan angin itu berasal dari faraj. 

Wanita berkenaan disarankan untuk mempraktikkan senanam kemut untuk menguatkan semula otot-otot kemut bagi menutup kemas bukaan faraj.

Bagaimana angin boleh memasuki faraj?
Keadaan bibir pada kemaluan wanita lazimnya bertemu antara satu sama lain dan keadaan ini menghalang udara daripada masuk ke dalam faraj.

Walau bagaimanapun, keadaan bibir di permukaan faraj boleh menjadi renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj disebabkan beberapa keadaan yang berikut:

Ketika hubungan seks
Ketika hubungan seks, pergerakan alat kelamin suami boleh menyebabkan udara terkumpul di dalam saluran faraj isteri.

Melahirkan anak
Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopause. 

Menopause
Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari.

Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasuki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud. 

Oleh itu amat penting bagi wanita untuk melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot yang terdapat pada pelvis (senaman Kegel’s).


Perbezaan kentut faraj dengan kentut biasa
Kentut adalah gas yang terhasil daripada proses pencernaan makanan di dalam usus manusia. Oleh itu, lazimnya kentut berbau busuk disebabkan oleh gas seperti sulphur.

Angin itu adalah udara di sekeliling, yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau...walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.

Kesimpulan
Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.

Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.

Rawatan "kentut faraj"
Ada pembedahan yang boleh dilakukan untuk mengecilkan kembali saluran faraj yang telah “over expanded” disebabkan proses kelahiran. Pembedahan ini dikenali sebagai “pelvic floor repair”.

Selain mengecilkan saluran dan pembukaan faraj, pembedahan ini juga boleh membetulkan sudut (angle) saluran pengeluaran air kecing daripada pundi kencing keluar.

Dengan pembetulan sudut ini, masalah terkencing semasa batuk atau bersin boleh diatasi.

Selain daripada pembedahan, penggunaan hormon gentian (HRT) bagi mereka yang telah menopause berserta senaman Kegel's, mungkin juga dapat menolong mengatasi masalah ini.

Langkah-langkah menghadapi "kentut faraj"
Wanita yang mengalami masalah angin pada faraj disarankan mengambil langkah-langkah berikut;

1. Berdehem selepas membuang air kecil.

2. Membasuh kemaluan dengan sempurna.

3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain atau menutupi ruang dengan rapat menggunakan tuala pelekat yang nipis dan bersih.

4. Kemudian memakai seluar dalam yang kemas agar udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.

Supplement untuk "kentut faraj" rujuk sini
Hukum solat apabila "kentut faraj" berlaku rujuk sini.

24 December 2014

5 MANFAAT PENIAGA ONLINE BERDAFTAR DENGAN SSM



Klik pada gambar untuk pautan link 

Wajib daftar dengan SSM?
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga online perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)? 

Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Siapakah yang dikatakan peniaga online?
Sesiapa sahaja yang melakukan urusniaga di Facebook, Mudah.my, website, blogspot dan/atau apa-apa sahaja medium pengiklanan yang menggunakan internet, adalah wajib mendaftar dengan SSM walaupun anda hanya berniaga dari rumah, secara sambilan walaupun tidak mengaut keuntungan yang banyak.

Kenapa perlu berdaftar?

Manfaat kepada Peniaga
(1) Membolehkan perniagaan anda mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang

(2) Melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti (a) perlindungan insuran, (b) kemudahan kredit, (c) kursus dan latihan (d) faedah baik-pulih premis perniagaan (jika ada) dan lain-lain.

(a) Skim Perlindungan Insurans Berkelompok Penjaja dan Peniaga Kecil yang dikenali sebagai Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional ataupun singkatannya PIMPIN dimana menerusi Bajet 2013, sebanyak RM16 juta setahun diperuntukkan untuk bayaran premium insurans bagi anggaran 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. 

Ia memberi perlindungan sepanjang 24 jam sehari dan 365 hari setahun sekiranya berlaku kematian di kalangan penjaja dan peniaga kecil.

(b) Skim kredit khas untuk golongan penjaja dan peniaga kecil bilamana peruntukan berjumlah RM90juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan disalurkan melalui Bank Rakyat  bagi membantu golongan peniaga memajukan perniagaan mereka. 

Ciri istimewa skim kredit ini adalah pinjaman ini tidak dikenakan faedah dan tempoh pembayaran yang munasabah.

(c) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebagai sebuah agensi di bawah KPDNKK dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menguruskan kursus dan latihan berterusan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk melakukan tranformasi ke atas perniagaan mereka agar lebih mampan, berdaya maju dan  boleh bersaing.

(3) Membolehkan pihak kerajaan mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil.

Manfaat kepada Pengguna
Sekarang ni orang suka shopping online, dan kemungkinan besar akan ada yang mengambil kesempatan.
Jadi, semua peniaga wajib berdaftar dengan SSM, untuk melindungi pengguna daripada unsur penipuan pembelian secara online selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan. 

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

Bagaimana hendak mendaftar di SSM?
Anda boleh mendaftar perniagaan* anda di bawah 
(1) Pendaftaran Perniagaan atau 
(2) Pendaftaran Syarikat

(1) Pendaftaran Perniagaan
Untuk pendaftaran perniagaan, anda boleh memilih pandaftaran perniagaan tunggal/perseorangan ataupun perkongsian. 

Ia juga lebih dikenali sebagai enterprise

Anda boleh pergi ke pejabat SSM terdekat untuk mendaftar atau melalui perkhidmatan online e-Lodgement. Anda akan memperolehi Sijil Pendaftaran Perniagaan dalam masa 1 jam.

Bayaran yuran tahunan:
Nama Tred (Perlu Kelulusan Nama Perniagaan) – RM60 setahun
Nama sendiri (nama sendiri seperti di kad pengenalan)- RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan .

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership untuk Pendaftaran Perniagaan.

(2) Pendaftaran Syarikat
Untuk Pendaftaran Syarikat pula, proses pendaftaran adalah sedikit rumit. 

Anda memerlukan 
-sekurang-kurangnya dua pengasas kepada syer syarikat, 
-dua pengarah dan Setiausaha syarikat (berlesen dengan SSM atau ahli badan professional). 

Syarikat berhad dengan syer boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (mempunyai perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ pada nama syarikat) atau syarikat awam (mempunyai perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ pada nama syarikat). 

Bayaran yuran tahunan:
Yuran tahunannya adalah bergantung kepada Modal dibenarkan dan Fee/yuran bermula dari RM1,000 sehingga RM70,000.

Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pemerbadanan-syarikat-tempatan

*Nota :
Pada pendapat saya, bagi peniaga online yang berniaga secara kecil-kecilan, boleh berdaftar sebagai Peniaga Enterprise. Lebih murah dan mudah.

Peringatan
Peniaga online juga perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013. 

Anda perlu memaparkan informasi berkaitan perniagaan anda pada laman jualan 
-Nama perniagaan (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
-Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
-Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
-Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
-Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
-Kaedah pembayaran
-Terma dan syarat jualan
-Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli


Semoga bermanfaat.


7 KRITERIA UNTUK MEMILIH SUPPLEMENT PROTIN SOYA

1- Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organik
Kenapa kacang soya mesti ditanam secara organik?
Sebab kajian penanaman secara kimia (bukan organik) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan. 

Dari segi kajian.. sudah terbukti ada hubungkait antara cancer dan nitrates.. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan sepanjang proses pembesaran kacang soya ini.

2- Kacang soya tersebut mestilah yang Non GMO ( tak dihasilkan secara genetik)
Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered?
Sebab secara umumnya kacang soya yang dari jenis genetik ni adalah murah untuk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik dan vitamin natural..)…dan kebanyakan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos..dan semestinya menggunakan kacang soya yang dihasilkan secara genetik.

Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian... toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan di dalam sel tumbuhan

3- Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu

Ini ciri yang amat penting. Badan memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menghasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzyme.

If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.

4- Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alkohol

Alkohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alkohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedangkan isoflavone itu diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser paru2, dsbnya. Isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang.

5- Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan

Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome.

" Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat."

6- Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan

Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result

7- Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?

Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAUPUN NYAWA... ATAU RASA?

"Berkorban apa saja.. harta ataupun nyawa." Itu kata P. Ramlee.
Bab supplement ni.. kena korban duit je la.. sebab nak lawa sihat gojes.
Lawa je tak sihat pun.. tak seronok juga... kan?

Oh ya.. lagi satu nak kena korban rasa. Ada yang tak suka rasa soya dalam ESP.. tapi sebab kita sendiri terdiri daripada sel.. dan, untuk mendapatkan kulit yang cantik kita perlukan sel-sel baru yang sihat, di mana protein merupakan makanan asas kepada sel. Dan ESP adalah sumber protein soya yang lengkap, iaitu 14 gram protein soya bukan GMO berkualiti tinggi termasuk sembilan asid amino penting yang diperlukan untuk proses sintesis protein tubuh.

Berbanding protein daripada sumber daging, telur dan tenusu, ESP mengandungi kandungan lemak yang rendah tanpa laktosa dan kolesterol.

Saya memang suka soya.. apatah lagi ESP yang banyak khasiat ni.

Shaklee ESP:
1. Menyediakan sumber tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar selama beberapa jam selepas diminum

2. Mengandungi 5 jenis vitamin B penting yang diperlukan tubuh.

3. Mengandungi Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian, serta isoflavon soya, yang membantu meningkatkan fungsi jantung, tulang, payudara dan prostat
Kajian menunjukkan bahawa soya dapat membantu menyeimbangkan semula hormon semasa tempoh peralihan menopaus.

3. Protein soya bukan GMO ini dihasilkan di bawah Program Pengekalan Identiti atau Identity Preservation Program (IPP), di mana proses penanaman hingga pemprosesan kacang soya dipantau dengan teliti dan dilakukan dalam keadaan terkawal dan sangat ketat pada setiap peringkat dari penanaman sehinggalah sampai kepada pengguna.

4. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones

5. Dijamin Halal.

6. Tanpa Laktos, kolesterol dan bebas kafien.


14 December 2014

TESTIMONI - VIVIX : DETOX DALAM MASA 14 HARI JE!!!

Saya pengamal tegar Vivix. Memang rasa perubahan ketara sebelum dan selepas : rasa hebat!...dari banyak aspek: kulit, tenaga, berat badan, kebas sebelah tangan due to mengadap komputer selama 20 thn pun hilang, buasir & banyak lagi.

Saya minum sesudu sehari, 5ml sehari. Setakat ni dah 9 botol saya minum.

Harini dapat tahu ada grup testimonial yg minum 1/2 botol vivix sehari which is 75ml sehari... lepas 14 hari memang ketara perubahan.. detox abih. Kulit depa jangan cerita la.. flawless.. Awet muda.

Uish. Jeles.

Jomla sama2 cun awet muda.. well.. cun satu hal.. nak awet muda dari aspek tenaga tu yang penting. (Takkan nak bagi suami tengok muka monyok tak bertenaga kita setiap kali balik opis kan?)

Kat bawah ni cerita grup testimoni yang minum 1/2 botol vivix sehari tu.. jom baca jom. Sangat hebat Shaklee Effect dari Vivix ni. SubhanAllah! (courtesy from safiyhealthy)

Vivix 14-Days Cellular & Organ Detox Program

-----------------------------------------------------------------------------------

vivix detox
Add caption
-----------------------------------------------------------------------------
Toxic danger! I have just finished a 14-day Vivix entrails deep cell detox program.
 Good spirit, good skin supple and light, 30 “pants are loose, and sleep through the night every day (without reading the theatre to see sleeping).Originally thought should be distracted by food and party have been dropped, but so many friends supporting each other, we also will host a day, gallstones, and testimony of various magical and true feelings, not selfish, post on Facebook, so I completed 14 days of smooth and happy.
Now to start the cinch and collagen, let me turn turn turn. Received many users of PM, several old friends I hadn’t seen in many years begins at home: Detox.
At home my mom his detoxification. You must be wondering, why are so many people doing Vivix treads cellular detoxification, detoxification. PM me, and want to know more.
vivix -3
-------------------------------------------------------------------------

---------------------------------------------------------------------------------------------------

PM ANDREW PANG 
Awet mude sungguh PM Andrew ni..

KOLESTEROL TINGGI PUNCA MAUT

KOLESTEROL TINGGI PUNCA MAUT?

Haha... seram bila baca tajuk? Acah je tu. Tapi selalu sangat dengar orang cakap "jaga kolesterol, jangan makan tu, nanti kolesterol tinggi" & selalunya orang akan kaitkan kolesterol dengan gemuk & sakit jantung yang boleh membawa maut. 

KOLESTEROL_TINGGI_PUNCA_MAUT

Kenapa dikatakan kolesterol tinggi punca maut? 


Kolesterol adalah sejenis bahan seperti minyak yang memang dah ada dalam badan kita, iaitu yang didapati di dalam darah dan setiap sel di dalam badan kita. Kerana banyak yang berfikir bahawa kolesterol sama dengan lemak, jadi ada yang berfikir orang gemuk banyak kolesterol dan orang kurus sedikit kolesterol. Tapi tak semestinya begitu tau. Ada orang yang kurus tapi tahap kolesterolnya sangat tinggi. (Sesiapa yang kurus tu, baik pi check, entah2 tahap kolesterol anda tinggi).

MANFAAT KOLESTEROL BAGI TUBUH

Kolesterol dalam kadar tertentu sebenarnya bermanfaat bagi tubuh.
Manfaat kolesterol antara lain :
- membantu pembentukan dinding sel tubuh
- membentuk hormon-hormon
- pembentuk vitamin D yang penting bagi kesihatan tulang
- membantu proses pembentukan asam dan garam hempedu dalam proses
  emulsi lemak dalam tubuh
- merupakan sumber tenaga bagi tubuh.

GANGGUAN KOLESTEROL BAGI TUBUH

Namun, jika tidak dikawal dan kadarnya berlebihan dalam badan, kolesterol boleh menyebabkan pelbagai gangguan kesihatan seperti darah tinggi, penyakit jantung, strok, batu hempedu dan kegagalan buah pinggang. Kolesterol tinggi punca maut.

Oleh itu, kita perlu mengawal kadar kolesterol di dalam tubuh dengan mengambil makanan yang boleh membantu menurunkan kadar kolesterol di tubuh. Kebanyakan makanan yand dicadangkan adalah ikan yang kaya dengan omega-3, kayu manis, badam, epal, anggur merah, apricot, bawang putih, teh, jus lemon.

Kajian yang pernah dilakukan di Norway University of Science and Technology mendapati penghidap diabetes tahap 2 yang banyak makan ikan yang kaya Omega 3 selama 9 minggu ternyata mengalami penurunan kepekatan dan saiz jenis kolesterol di dalam tubuhnya.

Untuk menangani kolesterol yang berlebihan yang tidak diperlukan tubuh, mulai sekarang amalkan makanan dan minuman di atas secara teratur dan konsisten.

Leceh? Ok, ada cara yang paling mudah : amalkan supplemen OMEGA-3 dalam bentuk kapsul. Pilihan saya? Mestilah dari bahan yang semulajadi, cara proses yang bermutu tinggi & selamat. Nak tau lebih lanjut? Telegram/Whatsapp/sms/call me @ 019-2256117 / 019-2896117 atau klik sini

Anda akan berminat untuk membaca tentang Omega Guard & Phytocol-ST.

OMEGAGUARD

PHYTOCOL

STROK & VIVIX

Strok adalah serangan otak secara tiba-tiba yang terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh dan tempat mengawal semua benda yg kita fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.

Bagaimana otak berfungsi? Otak perlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien penting. Bila saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat, maka bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien. Apabila ini terjadi bahagian otak mulai mati. Strok pun terjadi. Maka berlakulah kerosakan otak, deria akan terjejas, pertuturan bahasa dan pemahaman bahasa juga akan terjejas. 

Sebab tu dalam banyak situasi, kita boleh tengok orang yang diserang strok akan lumpuh sebelah tubuh. Sikap, corak pemikiran dan ingatan juga mungkin berubah (www.nasam.org)

Sila baca testimoni strok pulih dengan Vivix, dengan Izin Allah Taala.

13 December 2014

TESTIMONI SUPPLEMENT CANTIK

Wajahnya dulu berjerawat teruk.. sekarang alhamdulillah dah takde.
Parut-parut jerawat dah makin pudar.
Wajah pun kurang berminyak.
Tak lama lagi flawless le tu.

Ruzana Ibs, 019-289 6117
Eureka Millionaire

11 December 2014

ANDA BOLEH KAWAL DARI MENJADI TUA

Melihat kepada sejarah perubatan & kesihatan keluarga anda adalah seperti melihat ke dalam bola kristal. Anda dapat membayangkan masa hadapan anda tetapi bukan secara tepat. Anda tidak boleh mengubah gen yang anda warisi, tetapi anda boleh mengelakkan tabiat yang menyumbang kepada masalah kesihatan keluarga anda.

"Sesetengah orang boleh mempunyai sejarah keluarga penyakit jantung, tetapi ia sebenarnya mempunyai sejarah merokok, makan berlebihan, dan gaya hidup tak aktif. Dan jika anda mengamalkan gaya hidup yang sebegitu anda akan menghadapi masalah yang sama ibu bapa anda hadapi," kata James Pacala, MD. Beliau adalah Associate Head Jabatan Perubatan Keluarga dan Kesihatan Komuniti di Universiti Minnesota.

Mengambil tindakan pencegahan mulai sekarang dapat membantu memastikan anda sihat apabila anda berumur 60-an, 70-an, 80-an, dan seterusnya. "Anda mesti kekal aktif iaitu secara fizikal dan mental dan juga libatkan diri dengan aktiviti sosial," kata Pacala, yang juga Presiden Persatuan Geriatrik Amerika. 

Anda juga perlu berusaha untuk mengelakkan penyakit. "Amalkan supplement, ujian saringan kanser, jantung dan faktor-faktor risiko osteoporosis, sebelum anda menghadapi masalah tersebut," kata Pacala lagi.

Antara supplement awet muda (anti-aging) yang boleh anda amalkan adalah VIVIX, Collagen Powder dan Vitamin C. Selain itu anda boleh amalkan supplement lain yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi, jantung dan kolesterol seperti B-Complex, Omega Guard, Lecithin, Phytocol dan banyak lagi. Boleh tengok semuanya pada senarai PRODUK.



ADIK BAKAL HAFIZ AL-QURAN

Alhamdulillah. Pagi tadi dah berjumpa dengan Ustaz/Ustazah yang incharged untuk sekolah tahfiz untuk Adik & bayar yuran pendaftaran. Hari pertama belajar baru perlu bayar yuran sepenuhnya.

Isteri beliau bawa kami bertiga (saya, adik & kakak) melawat kawasan.. hehe.. sekolah tahfiz tu la. Rumah baru.. nilainya.. masyaa Allah.. RMjuta bukan RM ratus ribu. Saya saja gatal mulut tanya, berapa ratus ribu rumah ni? Beliau kata juta Puan.

Semasa melihat-lihat tempat bakal jadi kelas Adik, Adik tersenyum-senyum. Dia faham kot.. nanti dia akan belajar di situ. 

Sambil bertanyakan itu ini, salah satu concern saya adalah makanan yang akan dimakan oleh Adik khususnya ... kanak-kanak lain amnya. Concern saya adalah portion untuk anak-anak ni, supaya tidak terlalu besar sehingga boleh menyebabkan mereka tercekik dan sebagainya. Selama ini, saya memang akan perhatikan Adik ketika dia makan.. walaupun dia suap sendiri. Phobia betul dengar cerita tentang kanak-kanak mati tercekik. Nauzubillahiminzalik.. ya Allah, jauhkanlah dari anak-anak saya. Ustaz tu sebut yang ayam yang dimasak adalah dibeli dari supplier Az-Zain, ayam organik. Makanan mereka sudah tentu pilihan yang baik-baik .. sebab nak bagi anak-anak bakal Hafiz Hafizah ni.

Pembelajaran akan dibuat secara santai.. sebab baru umur 3 tahun kan.. kanak-kanak besar ni kan cepat jemu kalau strict & straight sangat.

Pembelajaran pun 1/2 day je.. sampai pukul 12 tengahari.
Antara aktiviti mereka termasuk solat dhuha, mengenali huruf-huruf al-quran, rumi, menghafaz al quran dan bermain.

Semoga Adik happy belajar di situ dan menjadi seorang Hafiz suatu hari nanti.
Amin!

10 December 2014

JOM JANA INCOME SAMPINGAN 4 ANGKA SEBULAN

Tinggal 21 hari saja sebelum kita akan masuk ke tahun 2015. Tak lama tu..Anda dah sedia nak masuk tahun baru? 

Matlamat pun kena baru! Saya ucapkan Tahniah kalau anda dah berjaya capai matlamat tahun 2014 ni..

Tahun 2015 ada cabaran yang lebih besar, samada anda bersedia atau tidak, anda tetap kena hadapi cabaran-cabaran itu. 

Apakah cabaran tersebut?
Ini antara cabaran tahun hadapan yang pasti buat kita tak senang duduk.

Nilai matawang RM turun, inflasi akan naik
Inflasi naik harga barang makin naik
Kenapa naik sebab import barang mahal
Bulan 4/2015 ada cukai GST
Lagilah barang naik sebab cukai baru
Gaji pulak tak naik lagi....

Saya ingin mengajak anda bersedia dengan memulakan langkah bina bisnes online anda sendiri. Kos rendah, tak perlu keluar beli stok produk kalau tak mahu.

Buang pemikiran takut mula bisnes sebab takut gagal. Ramai gagal sebab mula bisnes tanpa ILMU. Bila anda ada ilmu, jualan pun lumayan. Pendapatan anda akan bertambah. 

Mula dengan matlamat kecil dulu. Jangan gelojoh. 

Contoh:
RM3,000 sebulan (nampak macam besar kan ... 4 angka tu). Rileks.
Kemudian bahagikan RM3,000 dengan 30 hari.

RM3000/30 hari = RM100 sehari (kecil je rupanya angka ni - mudah untuk dicapai)

Mulakan langkah anda sekarang. Hubungi saya di 019-289 6117.

Apa tunggu lagi? Hubungi saya sekarang!



9 December 2014

UKURAN GAMBAR PASSPORT - UNTUK DAFTAR SEKOLAH BARU KAKAK

Dah berhari-hari kakak minta tanya sekolah kat masjid tu, untuk daftar kakak kat sekolah tu. Tahun lepas Ayah dah tanya.. tiada kekosongan.

So, pagi ni saya pergi dengan kakak sendiri bertanyakan di pejabat sekolah masjid tu. Alhamdulillah ada kekosongan untuk darjah yang kakak nak masuk tahun depan. Senyuuuumm kakak sampai ke telinga. Dah berangan nak pergi rehat dengan kakak angkatnya yang tinggal di depan rumah ni nanti. Saya pun rasa senang hati sebab tak payah hantar jauh-jauh. Jimat minyak, jimat masa. Sekolah agama tahun ni pun tak lah jauh sangat.. tapi nak sampai ke situ biasanya terlibat juga dengan jem orang nak pergi kerja pagi-pagi tu. Haish. Jadi, kalau dapat pindah sekolah kat masjid yang ni.. dekaaat sangat. 

Borang dah isi. Nak kena sertakan gambar berukuran passport 2 keping. Tangkap sendiri gambar kakak kat rumah & print sendiri, boleh tak? Hehe.. nak 2 keping ja.. kalau pi kedai kena print 4 keping sekali.. bazir la pulak lagi 2 keping tu (berkira betul.. haha). Kertas untuk gambar dah ada. Boleh la kot. Untuk simpan dalam fail je kan.

Beria pulak nak tahu ukuran sebenar gambar saiz pasport ni.

GAMBAR UKURAN PASSPORT MALAYSIA
Gambar ni diambil dari Hanya Sebuah Blog


TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign