Ok, now jom kita kenali apa itu resveratrol.
TESTIMONI 1
Untuk mendapatkan konsultansi yang lebih lanjut, boleh hubungi saya di 019 - 289 6117.
Klik pada gambar untuk pautan link
Wajib daftar dengan SSM?
Adakah anda tahu bahawa anda sebagai peniaga online perlu mendaftar perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)?
Tidak mendaftarkan perniagaan anda adalah satu kesalahan dan anda boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 12(1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.
Siapakah yang dikatakan peniaga online?
Sesiapa sahaja yang melakukan urusniaga di Facebook, Mudah.my, website, blogspot dan/atau apa-apa sahaja medium pengiklanan yang menggunakan internet, adalah wajib mendaftar dengan SSM walaupun anda hanya berniaga dari rumah, secara sambilan walaupun tidak mengaut keuntungan yang banyak.
Kenapa perlu berdaftar?
Manfaat kepada Peniaga
(1) Membolehkan perniagaan anda mendapat pengiktirafan entiti perniagaan yang sah di sisi undang-undang
(2) Melayakkan peniaga mendapatkan pelbagai faedah dan kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan seperti (a) perlindungan insuran, (b) kemudahan kredit, (c) kursus dan latihan (d) faedah baik-pulih premis perniagaan (jika ada) dan lain-lain.
(a) Skim Perlindungan Insurans Berkelompok Penjaja dan Peniaga Kecil yang dikenali sebagai Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional ataupun singkatannya PIMPIN dimana menerusi Bajet 2013, sebanyak RM16 juta setahun diperuntukkan untuk bayaran premium insurans bagi anggaran 1.5 juta penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara.
Ia memberi perlindungan sepanjang 24 jam sehari dan 365 hari setahun sekiranya berlaku kematian di kalangan penjaja dan peniaga kecil.
(b) Skim kredit khas untuk golongan penjaja dan peniaga kecil bilamana peruntukan berjumlah RM90juta diperuntukkan oleh pihak kerajaan dan disalurkan melalui Bank Rakyat bagi membantu golongan peniaga memajukan perniagaan mereka.
Ciri istimewa skim kredit ini adalah pinjaman ini tidak dikenakan faedah dan tempoh pembayaran yang munasabah.
(c) Suruhanjaya Syarikat Malaysia, sebagai sebuah agensi di bawah KPDNKK dipertanggungjawabkan untuk menyedia dan menguruskan kursus dan latihan berterusan kepada komuniti penjaja dan peniaga kecil untuk melakukan tranformasi ke atas perniagaan mereka agar lebih mampan, berdaya maju dan boleh bersaing.
(3) Membolehkan pihak kerajaan mendapatkan data dan informasi tepat bagi melaksanakan pelbagai program pembangunan dan penyediaan kemudahan untuk golongan penjaja dan peniaga kecil.
Manfaat kepada Pengguna
Sekarang ni orang suka shopping online, dan kemungkinan besar akan ada yang mengambil kesempatan.
Jadi, semua peniaga wajib berdaftar dengan SSM, untuk melindungi pengguna daripada unsur penipuan pembelian secara online selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia akan sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.
Bagaimana hendak mendaftar di SSM?
Anda boleh mendaftar perniagaan* anda di bawah
(1) Pendaftaran Perniagaan atau
(2) Pendaftaran Syarikat
(1) Pendaftaran Perniagaan
Untuk pendaftaran perniagaan, anda boleh memilih pandaftaran perniagaan tunggal/perseorangan ataupun perkongsian.
Ia juga lebih dikenali sebagai enterprise.
Anda boleh pergi ke pejabat SSM terdekat untuk mendaftar atau melalui perkhidmatan online e-Lodgement. Anda akan memperolehi Sijil Pendaftaran Perniagaan dalam masa 1 jam.
Bayaran yuran tahunan:
Nama Tred (Perlu Kelulusan Nama Perniagaan) – RM60 setahun
Nama sendiri (nama sendiri seperti di kad pengenalan)- RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan .
Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership untuk Pendaftaran Perniagaan.
(2) Pendaftaran Syarikat
Untuk Pendaftaran Syarikat pula, proses pendaftaran adalah sedikit rumit.
Anda memerlukan
-sekurang-kurangnya dua pengasas kepada syer syarikat,
-dua pengarah dan Setiausaha syarikat (berlesen dengan SSM atau ahli badan professional).
Syarikat berhad dengan syer boleh diperbadankan sebagai syarikat persendirian (mempunyai perkataan ‘Sendirian Berhad’ atau ‘Sdn. Bhd.’ pada nama syarikat) atau syarikat awam (mempunyai perkataan ‘Berhad’ atau ‘Bhd’ pada nama syarikat).
Bayaran yuran tahunan:
Yuran tahunannya adalah bergantung kepada Modal dibenarkan dan Fee/yuran bermula dari RM1,000 sehingga RM70,000.
Untuk kepastian boleh lawati laman web SSM http://www.ssm.com.my/ms/syarikat/pemerbadanan-syarikat-tempatan
*Nota :
Pada pendapat saya, bagi peniaga online yang berniaga secara kecil-kecilan, boleh berdaftar sebagai Peniaga Enterprise. Lebih murah dan mudah.
Peringatan
Peniaga online juga perlu mematuhi Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012 yang mula dikuatkuasa pada 1 Julai 2013.
Anda perlu memaparkan informasi berkaitan perniagaan anda pada laman jualan
-Nama perniagaan (nama pemilik, perniagaan atau syarikat)
-Nombor pendaftaran perniagaan atau syarikat
-Alamat e-mel dan nombor telefon, atau alamat pembekal perniagaan
-Maklumat tentang ciri-ciri utama barang atau perkhidmatan
-Harga penuh barang atau perkhidmatan termasuk kos penghantaran dan lain-lain
-Kaedah pembayaran
-Terma dan syarat jualan
-Waktu anggaran penghantaran barang atau perkhidmatan kepada pembeli
Semoga bermanfaat.
|
Add caption ----------------------------------------------------------------------------- |
Wajahnya dulu berjerawat teruk.. sekarang alhamdulillah dah takde.
Parut-parut jerawat dah makin pudar.
Wajah pun kurang berminyak.
Tak lama lagi flawless le tu.
Ruzana Ibs, 019-289 6117
Eureka Millionaire
Gambar ni diambil dari Hanya Sebuah Blog |
Suami saya suka sangat puding roti ni..banyak kali dah buat tapi katanya yang saya buat 3 hari lepas yang paling dia suka.
BAHAN-BAHAN
A
6 keping roti dipotong kecil-kecil (lagi banyak roti lagi tebal puding)
B
375ml susu cair
2 biji telur
3 sudu gula
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu mentega
C
kismis (ikut suka banyak mana nak letak)
CARA :
Mentega bagi lembut dulu.. keluarkan dari peti ais & biar pada suhu bilik. Kalau tak sabar.. letak sebelah periuk nasi elektrik yg sedang panas.
Sementara tunggu mentega lembut.. potong roti bagi kecil.. kalau guna roti gardenia.. potong 4 (saya guna gunting.. ada orang koyakkan je). Saya gunting kerak.. asingkan dari bahagian yang lembut putih tu. Kerak roti saya susun di bahagian tepi atau dasar loyang.. roti yg putih di bahagian tengah / atas.
Dalam bekas lain, gaul bahan B iaitu gula, telur, mentega dan esen vanilla, kacau rata. Saya guna hand mixer.. nak guna blender pun boleh. Masukkan pula susu cair serta kacau hingga sebati. Ada kala saya masukkan susu pekat dalam 1/4 cawan & tepung kastard 1 sudu besar.
Adunan B tadi dituang ke atas roti dan bolehlah diletakkan kismis. Tekan-tekan roti-roti tu supaya adunan B meresap ke dalam roti. Rendam dalam 5-10 minit sebelum kukus, supaya roti tu kembang.. lagi cantik jadinya.. nampak macam bengkang.
Kukus selama 25 minit dengan api sederhana. (Letak kain di penutup pengukus supaya air dari wap tu tak masuk ke dalam puding).
Apabila sudah masak, sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan. Mak saya suka makan panas-panas.. suami suka makan sejuk. Kalau rajin buatla kuah kastard.. sedaaap. (Resepi kuah kastard lainkali ye.. sebab takdak kuah pun sedap dah).
Dari kiri : Tuan rumah, Mazlin, Fauziah, Jalilah, Hanizar, Nilly |
This is me (yg dukung Adik yg pemalu) with Noryati Ismail |
Che Ta Rosnita & Mazlin |
RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign