28 October 2020

BEST SANGAT KA BUAT BIZ FOREVER?

YA! MEMANG BEST BIZ FOREVER NI!!!

Produk makanan sunnah kegunaan harian, repeat order tinggi, demand pun tinggi sebab memang produk keperluan. Kalau tak beli dengan kita pun, depa beli kat tempat lain. So why not sama guna sama jual?

Requirement to maintain

TAK PERLU maintain belian!!! Tak beli beberapa lama pun takpa. Keahlian dan rank takkan expire. Tak perlu renew membership pun. Sekali register, seumur hidup la pakai.

Nak kena beli banyak mana? 

Tiada kuantiti minima, seketui lipbalm pun boleh.
Branch banyak, hq pun boleh tolong pos

Material untuk buat iklan

Ada support grup- macam2 benda boleh copypaste ja. HQ pun buatkan advertisement, ambik & guna saja.

Company kukuh 

Dah 42 tahun bertapak di 169 negara, bukan kaleng2 dapat masuk Arab Saudi dan Brunei dan juga 169 negara tersebut.

Halal dan lulus KKM

Produk pun simple takyah nak study sungguh sungguh. Sebut saja madu minyak ikan aloevera orang memang dah tahu khasiat.

Sabun
Lipbalm
Madu
Sempoo
Ubat tiak
Ubatgigi
Fishoil
Aloevera detox
Patidelima

Untung runcit pun besar

Tak perlu resign kerja hakiki

Tak perlu stop produk niaga sedia ada, cuma tambah koleksi barangniaga

Grup #familymagika - proven result 3-4-5-6 angka monthly.



ALOE VERA BERACUN? ALOE BARBADENSIS MILLER TIDAK.

Ada banyak jenis lidah buaya, lebih 300 jenis. Tapi yang selamat untuk dimakan tak banyak, cuma 5 saja & KRu minum species terbaik di dunia - iaitu Aloe Barbadensis Miller yang Forever tanam di ladang sendiri, proses & kilangkan serta botolkan di kilang




KRu pun ada juga tanam banyak pokok aloevera tapi taktau spesis apa. Suka tengok cantik. Gemuk lebaq jugak daun dia tapi tak selebaq segemuk Aloe Barbadensis ni & tak berani pulak kRu memandai ambik aloevera kRu tanam buat minum kot jenis tak boleh minum / makan naya ja. Tapi boleh buat sapu luaran kulit .. buat sapu kat bincut tang dai ka atau kena ayaq panas ka berani la sebab luaran. 

Bila patahkan daun aloevera ni, akan keluaq getah dia hat kunin tu busuk sangat. Nama dia emodin. Kalau kena kulit takpa, tapi kalau termakan boleh jadi keracunan kepada kita.

Kesimpulannya, lebih baik minum Pati AloeVera yang PAKAR (FOREVER Living Products) buat tu... yang botoinya warna kuning debab tu. Biiznillah sangat bagus untuk kesihatan, selamat serta halal!




Nak minum AloeVera macam kRu ka? Mai roger kRu. 

#AloeVeraGel 
#TheAloeVeraCompany
#ForeverSubang
 







MADU FOREVER ADA GULA TAK?


Sapa macam kRu, suka baca label pada botol / bekas makanan/minuman, sewaktu sedang makan / minum. Saja suka angkat tengok & baca.

Anda tau tak perbezaan antara NUTRITION FACTS & INGREDIENTS?

Mai baca, #kRunakshare tentang yang ada kat label BOTOL MADU FOREVER ni, jom!!!

KRu suka baca dari bawah label... 

Bawah sekali dia tulis 

Madu ni keluaran SPAIN

Wow! Tak dapat pi Spain, dapat minum madu dari sana pun dah rasa HEBAT, MASYAA ALLAH!!! (Terbayang hips don't lie Shakira.. eh dia Spanish ka..)  Yang penting MADU FOREVER TERBAIK.

Ya, kawan-kawan. Lebah diternak di ladang di kawasan Pergunungan Sepanyol yang bebas pencemaran. Kawasan yang bercuaca kering tapi padat  dengan FLORA dari 8 ke 10 ribu spesis. Ini dapat menghasilkan kandungan enzim dan mineral yang tinggi, warna madu adalah amber gelap yang indah! Mempunyai aroma bunga dominan dan rasa yang kekal sehingga ke hari ini. Ada lebih 20,000 koloni lebah yang diternak untuk pengeluaran madu ke seluruh negara Asia yang ada branch Forever.

Next, naik ke atas sikit depa tulis 

INGREDIENTS = bahan kandungan madu. PURE Honey. Eh, itu je? Ya..Madu semata-mata tak dicampur benda lain. BEST!!!

Atas sikit dari Ingredients tu, depa tulis ni - kRu translate kan :
Asli dan tulen. Tidak mengandungi preservatives, perasa tiruan mahupun pewarna tiruan.

Ok next, paling atas, adalah 

panel NUTRITION FACTS.

Nutrition Facts tu adalah Fakta Pemakanan tentang MADU tersebut iaitu :

Dalam madu tiada lemak, tiada sodium dan tiada protein.

Karbohidrat sebanyak 17gram. 

Kalori pulak 70.

Gula ada 14gram... aa yang ni memang mengundang persoalan. Kata MADU Asli, kenapa ada gula?

Kandungan gula dalam madu adalah

 GULA SEMULAJADI iaitu FRUKTOSA

Gula dari bunga, senang dicernakan. Pakar kesihatan ada bagitau, 'sugar' kat madu tu bukan gula putih. dia manisan asli. Madu ni karbo komplek dan GI (indeks glisemik) rendah. Nak tau dia ada gula putih atau tidak, lepas dua jam minum madu pi test darah, bacaan naik ke tak? Kalau naik tu, ok boleh say goodbye la to madu. Setakat ni takdak sapa komplen bacaan diabetik depa naik disebabkan minum Madu Forever. 

Madu juga mengandungi antara 4 hingga 5% fruktooligosakarida baik untuk pertumbuhan bakteria probiotik dalam usus manusia. 

Oleh itu, madu sangat popular sebagai pemanis semula jadi serta sumber tenaga segera bagi manusia.

Btw, madu ni termasuk dalam #wellnesspack yang popular tu.. elok la tu, riki2 nk pinang si madu, pinang sekali la set wellness ni, berbaloi2😍 Eh, terpromote pulak. Sila, sila.. wasap kRu. klik ja nombor ni 0192256117




YE KE MADU FOREVER NI TULEN?



Madu yang berkualiti baik adalah madu yang tidak diubah, yang tidak dicampur dengan bahan lain yang macam air gula atau sirap jagung tu. 

Madu yang berkualiti mesti mempunyai kandungan air kurang daripada 18% dalam madu tersebut. Tahap air yang lebih tinggi boleh menyebabkan penapaian dalam madu yang akan menyebabkan kehilangan kesegarannya.

Anda perlu membaca label pada bekas madu itu sebelum anda membelinya, jadi anda tahu apa yang anda beli dan berbaloi bila bayar.

Ramai orang berfikir bahawa madu berkualiti baik kelihatan bersih dan warna yang cerah . Madu yang mengandungi kandungan serbuk sari tinggi akan kelihatan lebih gelap warnanya.

Pentadbiran Makanan dan Dadah USA (USFDA) menyatakan bahawa madu sebenar mesti mengandungi debunga. Madu berkualiti baik biasanya ditapis ringan untuk mengeluarkan lilin, bahagian-bahagian lebah, dan serpihan lain. Proses penyaringan ini akan meninggalkan sebahagian besar debunga dan ia juga membantu madu untuk memiliki jangka hayat yang lebih lama.

Proses penapisan ultra menghilangkan kebanyakan debunga dan juga mereka akan mencampur air ke dalam madu. Produk yang dihasilkan begitu tidak dianggap sebagai madu asli.

Madu Forever Living 0.5kg sebotol RM86.00

Harga VIP RM55.90
Harga Ahli Novus RM73.10

Madu FOREVER didatangkan daripada sumber ladang di Sepanyol untuk pasaran seluruh benua Asia dan sekitarnya bebas daripada pencemaran alam sekitar dan dijamin halal oleh IFANCA.


KUALITI TERBAIK MADU FOREVER

Madu Forever Living mempunyai kualiti TERBAIK yang dihasilkan daripada ladang madu Forever di pergunungan Sepanyol iaitu mempunyai kandungan air kurang daripada 17%. Ini membuatkan madu Forever Living sangat berkualiti dan telah pun diterima masuk di 169 negara di dunia termasuk Arab Saudi, Brunei dan of course di Malaysia.

Madu yang dihasilkan oleh lebah ternak ini dibiarkan di kawasan pergunungan dan gurun luas yang mempunyai lebih 8,000 - 10,000 jenis bunga agar lebih dapat menghasilkan madu yang lebih berkualiti dan mempunyai nutrisi, vitamin dan khasiat yang lebih baik. 

Warna biasanya ditentukan oleh jenis bunga yang dilawati oleh lebah. Secara umum, madu berwarna terang lebih lembut dan manis, sementara madu yang lebih gelap mempunyai rasa yang lebih kuat.

Gred Madu lebah dibuat berdasarkan faktor kandungan air, tahap ketulenan, rasa, aroma dan kandungan bahan cemar. 

Untuk pengetahuan umum, USRDA meletakkan beberapa gred untuk madu seperti berikut :

Gred A madu mengandungi kurang dari 18.6% air, rasa dan bau sangat baik juga warna dan tanpa kandungan bahan-bahan yang merbahaya. 

Gred B mengandungi air kurang 18.6% serta rasa sederhana baik.

Gred C mengandungi air kurang 20% dengan kualiti rasa sederhana baik.

Boleh rujuk maklumat penggredan USDA di sini : 
https://www.honeytraveler.com/types-of-honey/grading-honey/ 

Madu di Malaysia biasanya mengikut piawaian antarabangsa bagi kebanyakan madu impot yang banyak dijual di pasaraya tetapi piawaian untuk madu tempatan masih belum wujud lagi. Kebanyakan madu tempatan dijual dalam kaedah tradisional dan ujian makmal jarang dijalankan kecuali oleh beberapa usahawan madu. Madu asli di Malaysia masih menggunakan botol sos atau botol kicap untuk dijual.

Semoga penerangan serba-sedikit tentang madu ini dapat membantu anda mendapatkan madu yang lebih berkualiti dan asli dengan harga yang berpatutan dengan kualit yang anda beli.

Untuk dapatkan maklumat dan membeli madu Forever Living dengan harga diskaun dari 15% ke 35% boleh direct wasap kRu. 

Penghantaran ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak adalah dibuat dari Head Quarters Forever Living di Kuala Lumpur. Untuk penghantaran ke seluruh dunia, anda adalah digalakkan menjadi ahli dan boleh berdaftar di Malaysia. Wasap kRu untuk keterangan lanjut. Forever ada di 169 buah negara, tak kisah di mana kita berada walaupun kita warga Malaysia atau tidak, boleh saja buat belian di mana-mana negara yang ada branch Forever Living.

Harga produk sama di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak tiada perbezaan harga terdapat juga diskaun yang sama seperti diatas.

Apa2 roger kRu ya! Terimakasih semua!

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign