14 May 2014

WARDROBE BARU - IKEA BRIMNES 3 PINTU

Hari Selasa pagi-pagi kami pi Ikea nak cari wardrobe baru sebab baju dah makin banyak.. tak de tempat nak simpan. Hubby nak cari yang smaller than yang ada sekarang.. wardrobe lama tak buang.. cuma ubah ke luar bilik je.

Wah.. sangat ramai orang kat Ikea. Hubby kata salah hari la datang.. semalam Selasa 13 May cuti wesak day. Sistem down plak dah. Takleh nak add point.. lenkali mai plak. Tapi staf kat situ ok la.. sistem down pun berusaha lancarkan proses kat situ.. specifically bahagian delivery. Delivery charges area lembah klang RM75 je. Upah pasang RM55.75. Hubby kata takpa.. upah RM55.75 bagi kat dia.. hehe.. dia boleh pasang sendiri. Orait RM75 saja untuk IKEA. Delivery the next day betwee  5pm to 7 pm. Ok.. bolehla. Tengah malam tadi pukul 12 delivery man Ikea tu call bagitau nak hantar pukul 3 petang.. ok la.. better.

So.. harini sampai dah wardrobe tu..pukul 2.45 petang. Tak sabar nak tunggu hubby balik untuk pasang.

Pada waktu saya menulis blog ni.. hubby tengah dok memasang la.. hebatla dia. Bukan senang oo .. nak pasang mungkin senang tapi nak identify papan mana nak letak bahahian mana sebab dia takde tanda number 1, 2, 3 atau a,b,c.. cuma gambarajah. Saya memang surrender la bab ni. Nampak sama je. Ni nak kena makan Omega Guard lebih ni supaya otak tajam cerdas cergas macam hubby.

Kalau tukang pasang Ikea tak heran la.. sebab tentu mereka dah biasa atau diberi kursus yang khusus.

Sekarang dah 40% siap. Peluh2 hubby I.. sebbek ada aircond. Pasang suhu paling sejuk. Saya jamu air oren tropicana twister pun dia takmau.. nak siapkan dulu baru nak minum.

Nanti dah siap saya share gambar ok. Wardrobe kecik je.. muat muat bilik tidur kami yang tak besar mana.

Tadaaa... tahniah Abang for the job well done!!!
Next : mengemas pakaian ke dalam almari ni pulak. Transfer out.. transfer in.. phew. Yang ni Abang kata tak larat nak tolong... It's ok. ♥u!
Ini gambar cupboard display di Ikea

Tengah belek gambarajah untuk pasang bahagian seterusnya

Ni baru pasang 2 - 3 keping

Gigih memasang


Almost done - bahagian belakang almari

Tinggal nak pasang pintu je

Almari dah siap dipasang...Tahniah Darling

LUNCH @ PIZZAHUT PINGGIRAN SUBANG

Harini lepas hantar kakak ke korikulum, terus pi Shaklee. Sampai Shaklee dalam pukul 12 t.hari. Orang tak berapa ramai so settle tak sampai 1/2 jam kot. Pastu ajak Alog pi round Empire Shopping Gallery. Tak sempat habis 1 round pun.. org nak pasang decoder Astro plak call.. lagi 1/2 jam katanya nak sampai rumah... ok Along jom balik. Kesian Along.. baru nak belek2 kasut yg berkenan di hati. Lain kali kita mai balik ye long.

Ok.. settled dgn Astro.

Pukul 3 Ikea nak deliver new wardrobe. Eh sampai awal plak. Baguus.
Oh ya.. nak kena ambik barang kat Poslaju plak. Ingat tadi nak ambik lepas balik dari Shaklee.. tapi sebab org Astro sampai awal..postpone la.

Dah solat zohor.. kami pi Piza hut kat bandar pinggiran subang. Mama order seadood lasagna.. Along order fettucini pepperoni carbonara. Untuk adik smoked chicken wings.

Aisey.. lasagna basi.. bau masam ... so minta waiter tu ambik balik. Kalau boleh replace lagi baik tapi takde le harap sangat. I redho je kalau dia tak replace pun tapi i will still pay.
Alhamdulillah dia bagi yg baru.. tapi kena tapau la sebab kami dah settled makan.

Petangnya.. makanla lasagna tu. Rasa dia OK...tak macam masa kat Pizzahut tadi.  Conclusion yg kami berdua buat.. lasagna pagi tadi or malam tadi depa recycle kot.. yg dah issued out tapi customer tak makan. Wallahualam.

Fettucini plak rasa msg sangat2 la banyak. Jadi mengugai kami berdua. Selalunya makanan kat pizza hut sangat sedap. Tapi makan kali ni sangat2 dissapointed.

i feel sorry for them. Tujuan saya tulis ni harap2 adalah management pizza hut yang terbaca & buat perubahan ke arah lebih baik.



TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign