5 January 2015

PROMO JANUARY 2015 - ALFALFA COMPLEX SMALL & LARGE


Hebat : Promo Januari 2015 boleh buat pilihan samada hendak beli 2 sahaja atau 6 sekaligus.

Bila beli 2 - dapat 5% diskaun
Bila beli 6 - dapat percuma 1 botol yang bernilai RM475

PROMO JANUARY 2015 - VIVIX SHAKLEE


Hebat : Promo Januari 2015 boleh buat pilihan samada hendak beli 2 sahaja atau 6 sekaligus.

Bila beli 2 - dapat 5% diskaun
Bila beli 6 - dapat percuma 1 botol yang bernilai RM475


7 TABIAT MAKAN SIHAT SEMASA HAMIL

Selalu... selalu sangat.. dengar orang yang hamil berkata, "Saya ni berdua, kena makan untuk dua orang la..". 

Walaupun sepanjang kehamilan, bayi hanya mempunyai satu sumber untuk membesar dengan sihat, iaitu anda.. ini tidak bermakna anda harus makan untuk "dua orang". Anda sebenarnya harus makan agar kedua-dua bayi dan anda sihat sepanjang kehamilan.

Bagaimana hendak memastikan agar kedua-dua bayi dan anda sihat sepanjang kehamilan? Dengan mngamalkan tabiat makan yang sihat!

7 TABIAT MAKAN YANG SIHAT
(1) Amalkan pemakanan seimbang

Diet anda harus terdiri daripada makanan yang mengandungi 
1- karbohidrat
2- lebih buah-buahan & sayur-sayuran
3- jumlah protin, susu & produk tenusu yang sederhana
4- lemak, minyak, gula dan garam yang minimum


(2) Pelbagaikan makanan anda

Makanan yang berbeza memberikan gabungan nutrien yang berlainan dalam jumlah yang berbeza-beza.

Makan makanan yang pelbagai bagi mendapatkan kebaikan daripada makanan yang berbeza.

(3) Makan mengikut keperluan

Perkembangan bayi dan juga perubahan pada tubuh menyebabkan penambahan keperluan tenaga harian anda. Jadi, adalah biasa sekiranya selera makan anda bertambah sedikit.

Walaupun begitu, tubuh anda lebih cekap menggunakan apa yang telah dimakan dan ini menyebabkan ramai wanita mengalami peningkatan berat badan yang normal semasa hamil, tanpa perlu makan dengan banyak daripada biasa.

(4) Makan dengan teratur

Amalkan makan tiga (3) sajian utama setiap hari:
- sarapan pagi
- makan tengahari
- makan malam

Sekiranya sajian utama anda kecil atau anda terasa lapar antara waktu makan tersebut, jangan ragu-ragu untuk makan snek seperti susu, dadih, biskut atau roti dan buah-buahan di waktu pagi atau tengahari.

(5) Pilih makanan yang kaya dengan vitamin & mineral

Semasa hamil, anda memerlukan hampir kesemua vitamin dan mineral dengan jumlah yang lebih banyak. Kebanyakan peningkatan keperluan ini dapat dipenuhi dengan merancang dan mengamalkan diet yang berkhasiat.

Anda seharusnya memilih makanan yang kaya dengan :-

Mikronutrien tersebut boleh didapati dalam makanan yang tersenarai di bawah.


(6) Jangan makan terlalu banyak atau terlalu sedikit

Makan dengan terlalu banyak semasa hamil menyebabkan peningkatan berat badan yang keterlaluan.

Anda juga tidak harus mengamalkan diet pengurangan berat badan.

Kedua-dua situasi ini boleh mendatangkan bahaya kepada kandungan serta diri anda.

(7) Imbangkan pengambilan tenaga dengan aktiviti fizikal

Kehamilan merupakan peluang yang baik untuk anda mengamalkan kehidupan yang aktif. Samada berjalan, berenang, meregang badan ataupun sebarang aktiviti fizikal ringan yang anda gemari.
Lakukannya untuk sekurang-kurangnya 30 minit sehari setiap sesi atau 10 minit setiap sesi sebanyak 3 sesi sehari.

Aktiviti ini membantu menggunakan tenaga daripada makanan dan memperbaiki penghadaman.

Di samping itu, ia turut menyediakan tubuh anda untuk kelahiran dan kehamilan seterusnya.


ANDA MESTI BACA NI JUGA : Anda Dah Bersedia Untuk Hamil?


Rujukan : positive parenting

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign