Nak tahu? AJHT (Advanced Joint Health Tablet) adalah salah satu produk Shaklee yang sangat HOT di kalangan orang yang sakit sendi. Sebelum diteruskan cerita tentangnya, let us get to know apa itu "JOINT" dan next... kenapa kita perlu makan AJHT ni.
Apa itu "Joint"?
Joint adalah perkataan Inggeris yang bermaksud sendi.
Sendi-sendi membentuk hubungan antara tulang-temulang yang memberi sokongan dan membantu kita bergerak. Ia terdiri dari tulang rawan (yang lembut tu), ligamen, tendon, dan cecair sinovia (sebagai pelincir) yang beri keselesaan dan membantu menyerap hentakan dari impak fizikal. Gambarajah di bawah menunjukkan bahagian-bahagian yang melibatkan sendi tersebut.
Bila umur semakin meningkat, tulang rawan menyusut secara semulajadi. Tekanan fizikal yang berterusan boleh mempercepatkan kerosakan tulang rawan dengan mencetuskan pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Ini yang menyebabkan "joint discomfort" - ketidakselesaan sendi.
Bukan saja kerana umur yang telah meningkat, tetapi kekerapan melakukan aktiviti seperti kedudukan poster yang tidak betul yang terlalu lama seperti mendukung anak dengan lama, tidur yang salah posisi dan juga sering mengangkat benda-benda berat, boleh mengundang sakit bila kekerapan aktiviti-aktiviti ini berlaku untuk jangkamasa panjang yang menyebabkan sakit sendi lutut, sakit sendi tangan, sakit sendi kaki, sakit sendi bahu dan sakit sendi siku.
Saya pasti setiap orang pernah rasa joint discomfort ni, kan? Kalau ibubapa kita yang telah tua memang sudah biasa mengalaminya. Jadi, AJHT ini boleh melegakan dan membantu..dan mengikut clinical test yang dibuat oleh Shaklee, kesannya sudah boleh dirasai seawal 5 hari selepas memakan AJHT ini.
Bagaimana AJHT bertindak?
AJHT ini membantu dalam 3 cara:
1. Menyokong keselesaan sendi
Ekstrak Boswellia menghalang pembentukan bahan kimia yang menyerang tulang rawan.
2. Bertindak sebagai 'kusyen'
Ekstrak jagung membantu mengekalkan tulang rawan
3. Memelihara tisu penyambung yang sihat
Zinc, copper, manganese dan vitamin C merupakan nutrien penting dalam kesihatan sendi dengan membekalkan sokongan nutrien untuk kolagen dan komponen tisu penyambung lain yang memberikan kekuatan dan struktur terhdap sendi.
Melalui 3 cara di atas AJHT membantu melegakan sakit-sakit sendi.
Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini tersangatlah bagus kerana ia dihasilkan dari ramuan aktif iaitu Boswellia yang bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yang diperlukan oleh sendi.