14 October 2014

VITAMIN B - KECIL TAPI BERMANFAAT

Kenali Vitamin B yang tak kurang pentingnya kepada tubuh badan kita. Ada 8 jenis vitamin B dan setiap jenis ada fungsinya masing-masing.

(1) VITAMIN B1-TIAMIN
Vitamin ini diperlukan untuk mengubah karbohidrat menjadi tenaga.
Makanan yang mempunyai vitamin B1 adalah makanan yang berkabohidrat tinggi seperti bijirin, tepung & roti.

JIKA KURANG B1
Boleh mengakibatkan pergerakan pola mata, tangan dan kaki tidak seimbang

KEPERLUAN
Wanita : 1.1mg
Wanita hamil & menyusu : 1.4mg
Lelaki : 1.2mg
SUMBER B1
Roti
Bijirin
Makanan laut (kerang & ikan)
Ragi

(2) VITAMIN B2-RIBOFLAVIN
Sangat berguna untuk kesihatan mata, kulit & membantu metabolisma karbohidrat & lemak.

JIKA KURANG B2
Masalah pada kulit terutama di bahagian hidung & mulut, bibir jadi kering, mata merah & sensitif kepada cahaya.

KEPERLUAN
Wanita 19-70 tahun : 1.1mg
Wanita menyusu : 1.6mg
Lelaki : 1.3mg

SUMBER B2
Susu
Ayam
Brokoli
Cendawan
Bayam

(3) VITAMIN B3-NIASIN
Ia diperlukan untuk mengubah makanan yang diambil menjadi tenaga
Ia juga memainkan peranan dalam kesihatan kulit.
Ia juga menaikkan nafsu makan dan memperbaiki sistem penghadaman.

JIKA KURANG B3
Kekurangan vitamin ini boleh mengakibatkan kulit kering & mudah luka.
Ia juga akan membuatkan anda mudah cirit birit dan mudah marah.

KEPERLUAN
Wanita : 14mg
Wanita hamil : 18mg
Wanita menyusu : 17mg
Lelaki : 16mg

SUMBER B3
Bijirin
Beras
Kekacang
Susu
Daging lembu
Cendawan

(4) VITAMIN B5-PANTHOTENIC ACID
Vitamin ini akan memecah lemak, protin & karbohidrat untuk menjadi tenaga.
Vitamin ini diperlukan untuk membuat vitamin D dan beberapa jenis hormon membentuk sel darah merah.

JIKA KURANG B5
Cepat marah
Penat
Masalah tidur
Mual, muntah
Kebas anggota badan

KEPERLUAN
Wanita : 4mg
Wanita hamil : 5mg
Lelaki : 6mg

SUMBER B5
Ikan sardin
Ayam
Avokado
Kacang lentil
Tembikai

(5) VITAMIN B6-PIRIDOKSIN
Vitamin ini diperlukan untuk pengeluaran sel darah merah dan beberapa zat kimia dalam otak.

JIKA KURANG B6
Luka pada bahagian mulut
Hilang rasa
Depresi & Anemia
Terlebih ambil pula (lebih dari 50mg sehari) menyebabkan kerosakan saraf

KEPERLUAN
Wanita 19-50 tahun: 1.3mg
Wanita hamil : 1.9mg
Wanita menyusu : 2mg
Lelaki 19-50 tahun: 1.3mg

SUMBER B6
Daging lembu muda
Ikan
Kentang
Pisang
Tomato
Sayuran hijau
Buahan ungu

(6) VITAMIN B7-BIOTIN
Juga dipanggil Vitamin H yang berperanan memecah lemak, protin & karbohidrat menjadi bahan bakar yang boleh digunakan oleh badan.

JIKA KURANG B7
Masalah mata merah
Rambut gugur
Pucat
Kulit bersisik

KEPERLUAN
Wanita : 25mcg
Wanita hamil : 30mcg
Wanita menyusu : 35mcg
Lelaki : 30mcg

SUMBER B7
Telur
Kacang tanah
Susu
Ikan salmon
Oat
Tiram
Pisang

(7) VITAMIN B9-FOLIK
Vitamin ini penting untuk mencegah kerosakan saraf pada bayi dalam kandungan.
Dapat membantu mengawal perasaan & nafsu makan
Tidur lebih nyenyak

JIKA KURANG B9
Kerap merasa penat
Berat badan menurun & anemia

KEPERLUAN
Wanita : 400mcg
Wanita hamil : 600mcg
Lelaki : 400mcg

SUMBER B9 
Buah bit
Susu
Sayuran hijau
Tembikai susu

(8) VITAMIN B12-KOBALAMIN
Kadar Vitamin B12 yang rendah dikatakan dapat memberi risiko mengalami penyusutan otak, menurut penelitian di Oxford University.

JIKA KURANG B12
Kurang ingatan
Murung
Mudah stress
Hilang keseimbangan 
Hilang nafsu makan
Anemia

KEPERLUAN
Wanita : 2.4mcg
Wanita hamil : 2.6mcg
Wanita menyusu : 2.8mcg
Lelaki : 2.4mcg

SUMBER B12
Daging lembu
Ikan
Telur
Susu
Kacang soya
Rumpai laut

♥mcg = microgram
♥mg = miligram

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign