11 December 2014

ANDA BOLEH KAWAL DARI MENJADI TUA

Melihat kepada sejarah perubatan & kesihatan keluarga anda adalah seperti melihat ke dalam bola kristal. Anda dapat membayangkan masa hadapan anda tetapi bukan secara tepat. Anda tidak boleh mengubah gen yang anda warisi, tetapi anda boleh mengelakkan tabiat yang menyumbang kepada masalah kesihatan keluarga anda.

"Sesetengah orang boleh mempunyai sejarah keluarga penyakit jantung, tetapi ia sebenarnya mempunyai sejarah merokok, makan berlebihan, dan gaya hidup tak aktif. Dan jika anda mengamalkan gaya hidup yang sebegitu anda akan menghadapi masalah yang sama ibu bapa anda hadapi," kata James Pacala, MD. Beliau adalah Associate Head Jabatan Perubatan Keluarga dan Kesihatan Komuniti di Universiti Minnesota.

Mengambil tindakan pencegahan mulai sekarang dapat membantu memastikan anda sihat apabila anda berumur 60-an, 70-an, 80-an, dan seterusnya. "Anda mesti kekal aktif iaitu secara fizikal dan mental dan juga libatkan diri dengan aktiviti sosial," kata Pacala, yang juga Presiden Persatuan Geriatrik Amerika. 

Anda juga perlu berusaha untuk mengelakkan penyakit. "Amalkan supplement, ujian saringan kanser, jantung dan faktor-faktor risiko osteoporosis, sebelum anda menghadapi masalah tersebut," kata Pacala lagi.

Antara supplement awet muda (anti-aging) yang boleh anda amalkan adalah VIVIX, Collagen Powder dan Vitamin C. Selain itu anda boleh amalkan supplement lain yang berkaitan dengan tekanan darah tinggi, jantung dan kolesterol seperti B-Complex, Omega Guard, Lecithin, Phytocol dan banyak lagi. Boleh tengok semuanya pada senarai PRODUK.



ADIK BAKAL HAFIZ AL-QURAN

Alhamdulillah. Pagi tadi dah berjumpa dengan Ustaz/Ustazah yang incharged untuk sekolah tahfiz untuk Adik & bayar yuran pendaftaran. Hari pertama belajar baru perlu bayar yuran sepenuhnya.

Isteri beliau bawa kami bertiga (saya, adik & kakak) melawat kawasan.. hehe.. sekolah tahfiz tu la. Rumah baru.. nilainya.. masyaa Allah.. RMjuta bukan RM ratus ribu. Saya saja gatal mulut tanya, berapa ratus ribu rumah ni? Beliau kata juta Puan.

Semasa melihat-lihat tempat bakal jadi kelas Adik, Adik tersenyum-senyum. Dia faham kot.. nanti dia akan belajar di situ. 

Sambil bertanyakan itu ini, salah satu concern saya adalah makanan yang akan dimakan oleh Adik khususnya ... kanak-kanak lain amnya. Concern saya adalah portion untuk anak-anak ni, supaya tidak terlalu besar sehingga boleh menyebabkan mereka tercekik dan sebagainya. Selama ini, saya memang akan perhatikan Adik ketika dia makan.. walaupun dia suap sendiri. Phobia betul dengar cerita tentang kanak-kanak mati tercekik. Nauzubillahiminzalik.. ya Allah, jauhkanlah dari anak-anak saya. Ustaz tu sebut yang ayam yang dimasak adalah dibeli dari supplier Az-Zain, ayam organik. Makanan mereka sudah tentu pilihan yang baik-baik .. sebab nak bagi anak-anak bakal Hafiz Hafizah ni.

Pembelajaran akan dibuat secara santai.. sebab baru umur 3 tahun kan.. kanak-kanak besar ni kan cepat jemu kalau strict & straight sangat.

Pembelajaran pun 1/2 day je.. sampai pukul 12 tengahari.
Antara aktiviti mereka termasuk solat dhuha, mengenali huruf-huruf al-quran, rumi, menghafaz al quran dan bermain.

Semoga Adik happy belajar di situ dan menjadi seorang Hafiz suatu hari nanti.
Amin!

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign