5 October 2015

7 TIPS MEMBELI EMAS

Saya jarang-jarang membeli barang kemas emas. Sekali saya beli, pakainya bertahun. Anak-anak perempuan saya pun bukan yang jenis suka memakai barang kemas, bila belikan kepada mereka, mereka tak pakai pun. Jadi, beli & pakai untuk diri sendiri sajalah.
EMASGOLD

Anda pun macam saya juga kah? Atau anda memang suka dengan barang kemas emas ni?

Kalau macam tu, jom kita tengok tips membeli emas yang saya baca ni. Ada beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan sebelum membeli barang kemas malah jongkong emas. Pastikan anda membuat kajian tentang syarikat atau kedai menjual emas itu.

(1) HARGA PER GRAM MURAH
HARGAEMAS
Rujuk laman web rasmi ataupun pengedar anda. Memang setiap syarikat memaparkan harga semasa, namun ada syarikat yang menjual di bawah paras harga tersebut.

(2) SUSUTNILAI RENDAH
Susutnilai adalah perbezaan harga beli dengan harga jual atau disebut spread.
Pastikan anda menyemak harga beli dan harga jual yang biasanya tertera di dinding kedai.
Jika tiada, anda patut bertanya & rekodkan.
Bandingkan dengan kedai-kedai lain.

(3) STOK TIADA HAD
Pesanan minimum adalah satu gram dan tiada had maksimum.
Belilah seberapa banyak emas yang anda mahu dan mampu.

(4) BERBILANG CAWANGAN
Lebih banyak cawangan, maka lebih stabil sesebuah syarikat / kedai tersebut.
Mungkin mereka mampu tawarkan harga yang lebih rendah kerana mereka mengeluarkan emas secara pukal.

(5) MUDAH DIJUAL BALIK
Pastikan syarikat tersebut bersedia membeli semua barang emas anda pada kadar yang lebih tinggi.
Adalah lebih baik jika anda berpeluang menjual balik di tempat yang anda membeli emas itu dulu.
Kalau tidak, baru cuba jual sendiri melalui facebook atau kepada pembeli lain.

(6) KUALITI TERJAMIN / DIIKTIRAF
GOLDBARPastikan syiling atau jongkong yang anda beli didatangkan dengan sijil keasliannya.
Sijil tersebut ada menyatakan tentang ketulenan emas tersebut samada 999 atau 916 berserta beratnya.
Sebaiknya ada tandatangan dan tanda kualiti daripada organisasi bertaraf jongkong Public Gold.

(7) MUDAH DITERIMA DI ARRAHNU
Inilah syarat paling utama apabila anda membeli jongkong/barang kemas.
Awas juga kerana syarikat arrahnu tidak menerima barang kemas yang berbatu permata.
Pastikan jongkong yang anda beli itu mudahlaku.
Tanya terlebih dahulu kepada pengedar atau pengendali arrahnu jika anda perlukan kepastian.

Semoga perkongsian ini dapat memberi anda idea untuk membeli emas di masa akan datang.




Kredit :Liza Zahira (Nur)



KITKAT GREEN TEA - REVIEW SAYA

KITKATGREENTEA

Ini dia rupa bungkusan KitKat Green Tea. Tadi pi Speedmart nak beli roti & beberapa barang lain.. nampak KitKat dalam bungkusan hijau ni.. eh menarik ni. Saya memang peminat KitKat.. nak rasalah.. Pasti sedap. Saya tanya kat Adik yang kerja situ. Dia kata, "Ok la.. tak rasa Green Tea pun, macam KitKat biasa je kak"
Ok. Saya percaya cakap dia, tapi mesti ada juga rasa Green Tea ni sikit kan. Meh la cuba satu.
Saya ambil saiz yang tak berapa besar tapi bukan yang kecil sekali.. ada satu lagi saiz kecil berharga RM1.90 tapi takut tak cukup pula.. haha. Mana tahu, kot kot sedap kan.

KITKATGREENTEA

Ini dia rupa KitKat Green Tea bahagian dalam. Coklat bersalut Green Tea. Sangat menarik rupanya tu.
Ok Jom rasa...
Semasa mula-mula masuk mulut, kena kat lidah, rasa manissss sangat. Lepastu rasa susu. Hmm. Not bad. Eh, mana rasa Green Tea nya?
Dah lama tu.. bila dah habis coklat ditelan, baru ada rasa pahit Green Tea tu lekat di mulut.. owh, ok. Betulla ada rasa Green Tea .. hehe.


Ahmad memang suka KitKat, mulanya dia excited bila nampak KitKat ni di atas meja. Tapi bila saya buka dan offer dia.. haa macam tu la rupanya... sambil berkata "Taknak ni.... nak coklat!!!"
Agaknya apa la benda ni kot Ahmad ingat ye. Rupa macam coklat KitKat favourite dia, tapi warna hijau pulak..eee..

9 TIPS MEMOTONG RAMBUT BAYI

Salah satu detik penting bagi bayi baru anda adalah memotong rambut buat pertama kali. Akan sampai masa apabila bayi anda perlu memotong rambut beliau dan anda mungkin ingin tahu tempat terbaik atau bagaimana cara jika anda sendiri yang memotong rambut bayi anda.

Bayi yang ada rambut yang banyak biasanya perlu memotong rambut mereka buat pertama kali semasa berumur kira-kira 8 atau 9 bulan. Ada juga yang masa berumur 6 bulan, rambut dah tumbuh lebat, walaupun sudah dicukur semasa baru lahir dulu. Atau selewat-lewatnya ketika berumur 2 tahun.

Anak saya yang bongsu (yang tu yang boleh saya ingat pun), pertama kali nak memotong rambutnya yang keriting dan lembut adalah ketika berumur 2 tahun. Masa tu memang panjang rambutnya tetapi tak berapa nampak panjang sebab it curls in. Ayahnya sendiri yang memotongnya & menghadapi sedikit kesukaran... lalu kami terus mencukur licin menggunakan mesin. Sedih juga saya mula tu, sebab rambutnya keriting.. comel sangat, tapi ramai pula yang tersilap sangkakan dia perempuan, jadi, eloklah dicukur botak..hehe.

Bagi bayi yang rambutnya nipis dengan kulit kepala yang lembut pula pasti ibubapa menghadapi kesukaran memotong rambut bayi tersebut. Anda pasti gerun terutama sekali bagi yang pertama kali mendapat cahaya mata.

Jadi, eloklah memotong rambut bayi ketika mereka dalam keadaan baik dan tidak meragam.

Untuk pertama kalinya, adalah lebih baik memilih untuk memotong sendiri rambut bayi anda, di rumah sendiri. Jom tengok tips ni:



(1) Pilih masa yang sesuai untuk bayi dan anda sendiri
Pastikan bayi anda dah kenyang dan dah nak dekat waktu tidur.
Lampin kering dan bayi di dalam mood yang baik.
Suhu bilik tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk.

(2) Pastikan bayi anda berada di dalam posisi yang selesa
Riba bayi atau baringkan di ruang katil yang selesa jika mereka masih kecil.
Atau bagi bayi yang dah boleh duduk, dudukkan mereka dalam kerusi tinggi (kerusi makan mereka) yang mana adalah lebih baik kalau boleh pakaikan talipinggang kepada bayi anda.
Beri mainan atau apa-apa bahan yang boleh membuatkan mereka asyik / ralit seperti menonton tv atau ayah/ibu boleh membantu bersembang dengan bayi.

(3) Pastikan berapa pendek rambut bayi anda kehendaki
Kalau terlalu pendek / botakkan terus, boleh gunakan mesin pencukur.
Kalau sikit saja, gunting saja seperti biasa.
Cadangan saya, potong sekadar untuk nampak kemas, kerana jika pendek sangat akan mengambil masa yang lama dan kemungkinan gunting sangat hampir dengan kepala bayi yang mungkin boleh menyebabkan bayi tidak selesa.

(4) Sediakan peralatan yang diperlukan seperti kertas suratkhabar/atau pelapik getah/silikon yang mudah dibersihkan untuk melapik rambut yang jatuh, kain untuk menutup badan bayi, gunting yang hujungnya bulat tapi bilahnya tajam, spray rambut, sikat, mainan.

(5) Basahkan dahulu rambut bayi sebelum mula menggunting, kerana lebih mudah menggunting rambut bayi yang nipis ketika basah.
Spray rambut bayi sambil berbual-bual dengan bayi anda. Lakukan dengan berhati-hati supaya air tidak memasuki mata.

(6) Jika rambut bayi jenis lebat, sikat rambut yang telah dibasahkan dengan kemas. Cara ini memudahkan anda memotong rambut bayi tanpa mencederakannya. Semasa sikat rambut bayi, lebihkan sikat pada bahagian rambut yang akan dipotong supaya tidak terkena mata.

(7) Untuk memotong bahagian hadapan rambut yang sudah panjang sehingga menutupi mata bayi anda, anda perlu menaikkan sedikit rambut ke bahagian atas dahi, kemudian baru mula menggunting.

(8) Potong sedikit sedikit pada satu masa
Gunakan klip untuk memegang rambut yang lain ke sisi semasa anda memotong pada hanya satu bahagian kecil. Letakkan bahagian rambut yang hendak dipotong di antara ibu jari dan jari telunjuk anda dan hanya dipotong kira-kira satu perempat daripada satu inci pada satu masa. Selepas anda selesai, anda boleh mengurangkan lebih banyak jika diperlukan.

(9) Jangan paksa bayi anda
Kalau tiba-tiba anak anda meronta atau mengamuk, berhenti memotong.
Tunggu sehingga bayi anda tertidur atau berikan sesuatu yang lain untuk menarik perhatiannya.


Good luck!

TAK MAHU KETINGGALAN INFO?

Name

Email *

Message *

Klik Like jika anda rasa blog ini bermanfaat :) TQ.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RuzanaIbs.com Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign